Kempen Produk Amalan dan Pemakanan Sunnah

Kempen Produk Amalan dan Pemakanan Sunnah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kempen Produk Amalan dan Pemakanan Sunnah, Jalan Khamis 10/KU8, Taman Meru Mulia 2, Kapar.

26/02/2022

☆Tadabbur Kalamullah 24 Rejab 1443H☆

وَلَىِٕن سَأَلۡتَهُمۡ لَیَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَایَـٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَهۡزِءُونَ * لَا تَعۡتَذِرُوا۟ قَدۡ كَفَرۡتُم بَعۡدَ إِیمَـٰنِكُمۡۚ إِن نَّعۡفُ عَن طَاۤىِٕفَةࣲ مِّنكُمۡ نُعَذِّبۡ طَاۤىِٕفَةَۢ بِأَنَّهُمۡ كَانُوا۟ مُجۡرِمِینَ

"Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?". Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah" [Surah at-Taubah 65-66]

daripada Hisyam bin Sa’ad, dari Zaid bin Aslam, disebutkan bahawa:

"Dalam perjalanan menuju ke medan perang Tabuk, ada seorang dari kalangan munafikin berkata kepada Sayidina ‘Auf bin Malik r.a: “Kami tidak pernah melihat seperti para ahli Al-Quran (yang dimaksudkan adalah Nabi saw dan para sahabatnya) kecuali mereka adalah orang yang paling buncit perutnya, yang paling dusta ucapannya dan yang paling pengecut tatkala berhadapan di medan perang”. Mendengar hal ini, Sayidina ‘Auf bin Malik r.a
berkata kepada orang tersebut: "Engkau dusta, engkau itu munafik. Sungguh aku akan melaporkan ucapanmu tadi kepada Rasulullah saw. Sayidina ‘Auf bin Malik r.a pun pergi menghadap Rasulullah saw. Namun sebelum Sayidina ‘Auf sampai, wahyu telah turun kepada baginda (tentang peristiwa itu).

Zaid berkata bahawa Ibnu Umar bercerita: “Sepertinya aku melihat ia (orang munafik itu) berpegangan pada tali pelana unta Rasulullah saw sedangkan kakinya tersandung-sandung batu sambil merayu-rayu kepada Nabi sambil berkata:

إِنَّمَا كُنَّا نَخُوْضُ وَنَلْعَبُ

“Kami tadi hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja".

Kemudian Rasulullah saw berkata kepadanya (dengan membacakan firman Allah yang bermaksud: "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok" [Surah at-Taubah 65-66]

Nabi saw tidak bersabda lebih dari itu” (HR Ibnu Jarir At-Thabari. Sanad hadis ini jayyid)

sesekali berani memperolok-olokkan kekasih Allah dan para wali Allah swt. Hal ini boleh menyebabkan kehancuran dan keguguran akidah seseorang.

as-Syafi’i rahimahullah ditanya mengenai orang yang bersenda gurau dengan ayat-ayat Allah swt. Beliau mengatakan bahawa orang tersebut kafir dan beliau berdalil dengan firman Allah swt:

أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ, لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ

“Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?”. Tidak usah kamu meminta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman” [Surah at-Taubah 65-66]

menunjukkan bahawa mengolok-olok Allah, Rasulullah saw dan ayat-ayat Allah termasuk kekafiran dan merosakkkannya iman.

♡Jagalah lidah, jangan mengucapkan sesuatu yang melampaui batas. Jangan sesekali menghina, memperolok dan memperlecehkan Allah, Rasulnya, sahabatnya dan orang-orang yang soleh kerana ia boleh merosakkan iman dan Islam seseorang♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

31/08/2021
Korbankanlah sebahagian harta yang kita sayangi untuk diinfaq atau diwakafkan di jalan Allah. Contohi para sahabat Nabi ...
01/11/2020

Korbankanlah sebahagian harta yang kita sayangi untuk diinfaq atau diwakafkan di jalan Allah. Contohi para sahabat Nabi dalam menggapai redha dan syurga Allah dengan infaq dan wakaf harta yang sangat mereka sayangi.
Jom infaq!! Jom wakaf!! Jom derma!!

Facebook PAGE:
https://fb.me/tadabburkalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Rabiul Awwal 1442H☆

لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" [Surah Aali Imran 92]

Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di dalam tafsirnya: "Ayat ini merupakan dorongan Allah swt kepada hamba-hambaNya untuk menginfakkan harta pada jalan-jalan kebaikan. Orang yang lebih mencintai Allah akan rela mengorbankan harta yang dicintainya dengan menginfakkannya di jalan-jalan yang diredhaiNya. Termasuk dalam maksud menginfak harta yang disayangi ialah berinfak ketika sangat memerlukan, berinfak ketika dalam keadaan sihat serta terasa berat untuk mengeluarkannya, berinfak dalam keadaan di mana ia bimbang takut miskin dan mengharap ingin jadi kaya. Ayat ini menunjukkan bahawa tingkatan kebajikan seorang hamba bergantung sejauh mana kerelaan menginfakkan harta yang dicintainya".

menceritakan kepada kita bahawa para sahabat Nabi saw terdiri di kalangan hamba Allah yang paling pantas dalam melakukan kebaikan. Mereka tidak bakhil dalam mengorbankan harta mereka, bahkan jiwa mereka, demi membela agama Islam dan menyebarkannya.

sahabat r.anhum merupakan contoh teladan terbaik untuk teladani dalam segala kebaikan, termasuk dalam hal infaq dan mewakafkan harta yang disayangi di jalan Allah. Mereka sangat bersemangat mewakafkan harta mereka yang termahal dan tersayang di jalan Allah, lalu Allah memelihara infaq dan wakaf mereka sehingga terus bermanfaat sampai berabad-abad.

al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra meriwayatkan: Berkata al-Humaidi:“Sayidina Abu Bakar as-Shiddiq r.a mewakafkan rumahnya di Mekah kepada anaknya dan wakaf tersebut masih ada sampai sekarang (di zaman Al-Humaidi)". Dan rumah tersebut adalah sebuah rumah terkenal di Mekkah.

Rasulullah saw sampai di Madinah , tidak ada air yang lazat untuk diminum kecuali dari telaga ar-Rumah milik Yahudi. Rasullulah saw bersabda: "Sesiapa yang membeli telaga ar-Rumah ini dan mewakafkan airnya kepada orang-orang Islam, dia akan diberikan pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga". Dan diriwayatkan bahawa Sayidina Utsman r.a membeli dan mewakafkan teelaga itu untuk kegunaan kaum muslimin.

-Humaidi berkata: "Sayidina Ali bin Abi Talib r.a mewakafkan tanahnya di daerah Yanbu’ dan wakaf tersebut masih ada sampai sekarang (di zaman al-Humaidi)" (HR al-Baihaqi)

bin Abdul Rahman rahimahullah berkata: “Saya tidak mengetahui seorang pun sahabat Rasulullah saw peserta perang Badar, baik dari kalangan Muhajirin mahupun Ansar, melainkan telah mewakafkan hartanya (di jalan Allah), tidak boleh dibeli, tidak boleh diwariskan dan tidak boleh dihibahkan".

♡Korbankanlah sebahagian harta yang kita sayangi untuk diinfaq atau diwakafkan di jalan Allah. Contohi para sahabat Nabi dalam menggapai redha dan syurga Allah dengan infaq dan wakaf harta yang sangat mereka sayangi. Jom infaq!! Jom wakaf!! Jom derma!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Bersempena sambutan Maulidur Rasul saw, mari kita manfaatkan bulan ini untuk mempelajari serta mengkaji al-Quran dan had...
30/10/2020

Bersempena sambutan Maulidur Rasul saw, mari kita manfaatkan bulan ini untuk mempelajari serta mengkaji al-Quran dan hadis nabi, memperbanyakkan selawat, mendalami sirah dan menggandakan amalan kebaikan dan kebajikan

*Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1442H*

Facebook:
https://fb.me/tadabburkalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Rabiul Awwal 1442H☆

مَّن یُطِعِ ٱلرَّسُولَ فَقَدۡ أَطَاعَ ٱللَّهَۖ وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَاۤ أَرۡسَلۡنَـٰكَ عَلَیۡهِمۡ حَفِیظࣰا

"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)" [Surah an-Nisa' 80]

taat kepada Allah, syaratnya mestilah taat kepada Rasulullah saw. Dengan taat kepada Rasulullah barulah dikira kita taat kepada Allah. Tidak boleh kita mengaku taat kepada Allah, tetapi kita tidak peduli dan tidak ambil tahu apa yang disampaikan oleh baginda saw.

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِی یُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَیَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورࣱ رَّحِیمࣱ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Aali Imran 31]

ketaatan kepada Nabi saw ini penting kerana Nabi saw menyampaikan apa yang Allah swt perintahkan baginda sampaikan, bukannya dari diri baginda saw sendiri. Oleh itu, kita wajib taat sungguh-sungguh kepada ajaran yang di bawa oleh baginda Nabi saw.

Nabi saw:

مَنْ أَطَاعَنِى فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ يَعْصِنِى فَقَدْ عَصَى اللَّهَ

“Barangsiapa mentaatiku, maka dia mentaati Allah. Barangsiapa yang tidak mentaatiku bererti dia tidak mentaati Allah” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Zun Nun al-Misri rahimahullah: "Tanda cinta kepada Allah adalah mengikuti jejak langkah kekasih Allah (Nabi Muhammad saw) dalam ucapan dan perbuatan".

sesekali menderhaka kepada Allah dan Rasul, hal ini boleh membawa kepada kekufuran.

قُلۡ أَطِیعُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَۖ فَإِن تَوَلَّوۡا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا یُحِبُّ ٱلۡكَـٰفِرِینَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak s**a kepada orang-orang yang kafir" [Surah Aali Imran 32]

♡Bersempena sambutan Maulidur Rasul saw, mari kita manfaatkan bulan ini untuk mempelajari serta mengkaji al-Quran dan hadis nabi, memperbanyakkan selawat, mendalami sirah dan menggandakan amalan kebaikan dan kebajikan♡

*Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1442H*

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Selamat berbahagia kepada seluruh umat nabi Muhammad saw atas kelahiran insan termulia, penutup para Nabi, itulah rasul ...
28/10/2020

Selamat berbahagia kepada seluruh umat nabi Muhammad saw atas kelahiran insan termulia, penutup para Nabi, itulah rasul teragung Baginda Nabi Muhammad saw. Jadikanlah Rasulullah saw ikutan terbaik dalam segala urusan hidup kita. Allahumma solli 'Ala Sayyidina Muhammad wa 'ala Aali Sayyidina Muhammad

*Salam Maulidur Rasul 1442H*

Facebook PAGE:
https://fb.me/tadabburkalamullah

In Shaa Allah MujarabPenawar Gout & Urat Saraf.
06/07/2020

In Shaa Allah Mujarab
Penawar Gout & Urat Saraf.



☆Tadabbur Kalamullah 9 Ramadhan 1441H☆فَإِن تُبْتُمْ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ"...Oleh itu jika kamu bertaubat, maka yang de...
02/05/2020

☆Tadabbur Kalamullah 9 Ramadhan 1441H☆

فَإِن تُبْتُمْ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ

"...Oleh itu jika kamu bertaubat, maka yang demikian adalah baik bagi kamu" [Surah at-Tawbah 3]

perkara besar dan utama yang perlu diberi perhatian oleh setiap hamba Allah ialah sentiasa bertaubat di atas segala dosa dan kesilapan yang telah dilakukan samada

1. Secara sengaja
2. Tidak sengaja
3. Dalam keadaan jahil
4. Dalam keadaan tahu
5. Secara terang-terangan
6. Secara sembunyi
7. Dilakukan beramai-ramai
8. Dilakukan berseorangan
9. Dalam apa cara sekalipun.

taubat adalah kembali tunduk kepada Allah dari bermaksiat kepadaNya kepada ketaatan kepadaNya. Taubat adalah kewajiban seluruh orang beriman, bukan kewajipan orang yang baru sahaja berbuat dosa. Allah berfirman:

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan bertaubatlah kalian semua wahai orang-orang yang beriman supaya kalian beruntung" [Surah an-Nur 31]

-syarat taubat:

1. Islam
2. Ikhlas
3. Mengakui dosa
4. Menyesali dosa
5. Meninggalkan perbuatan dosa
6. Bertekad untuk tidak mengulanginya lagi
7. Mengembalikan hak orang yang dizalimi
8. Bertaubat sebelum nyawa sampai ke kerongkong/leher (ghargharah/nazak)
9. Bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat.

keutamaan dan kemuliaan orang yang bertaubat:

1. Meraih kecintaan Allah (Surah al-Baqarah 222)
2. Tergolong dalam kalangan orang yang beruntung (Surah an-Nur 31)
3. Diterima amal dan diampuni kesalahan (Surah as-Shura 25)
4. Diterima taubat dan bersih dari dosa (Surah al-Furqan 71)
5. Penyebab dimasukkan ke syurga dan selamat dari azab neraka (Surah maryam 59-60)
6. Beroleh keampunan, rahmat dan kasih sayang Allah (Surah al-Araf 153)
7. Keburukan digantikan dengan kebaikan (Surah al-Furqan 68-70)
8. Meraih segala macam kebaikan (Surah at-Taubah 3 dan 74)
9. Digolongkan dikalangan orang beriman dan beroleh pahala yang besar (Surah an-Nisa' 146)
10. Penyebab turunnya barakah serta bertambahnya kekuatan (Surah Hud 52)
11. Beroleh doa keampunan daripada para malaikat (Surah Ghafir 7)
12. Menjadikan hati bersinar dan bercahaya (HR Ahmad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

dengan bersungguh-sungguh dan pastikan kita sentiasa bertaubat. Hal ini kerana Allah swt gembira dengan hamba-hambaNya yang bertaubat. (Rujuk HR Muslim)

dosa-dosa kita dengan taubat yang tulus kerana Allah swt sentiasa bersedia mengampuni kita. Nabi saw bersabda, Allah swt berfirman:

قَالَ اللَّهُ يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِى وَرَجَوْتَنِى غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلاَ أُبَالِى يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِى غَفَرْتُ لَكَ وَلاَ أُبَالِى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِى بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِى لاَ تُشْرِكُ بِى شَيْئًا لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

”Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau menyeru dan mengharap padaKu, maka pasti Aku ampuni dosa-dosamu tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya dosamu membumbung tinggi hingga ke langit, tentu akan Aku ampuni, tanpa Aku pedulikan. Wahai anak Adam, seandainya engkau mendatangiKu dengan dosa sepenuh bumi dalam keadaan tidak berbuat syirik sedikit pun padaKu, tentu Aku akan mendatangiMu dengan ampunan sepenuh bumi p**a” (HR at-Tirmizi)

♡Oang yang benar-benar bahagia ialah yang menjadikan taubat sebagai sahabat dekat dalam perjalanannya menuju Allah dan negeri akhirat. Sedangkan orang yang binasa adalah orang yang mencampakkan taubat di luar jadual hidupnya dan p**ang bertemu Allah dalam keadaan tidak sempat bertaubat♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

☆Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan 1441H☆إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِینَ وَٱلۡمُصَّدِّقَـٰتِ وَأَقۡرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا ی...
28/04/2020

☆Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan 1441H☆

إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِینَ وَٱلۡمُصَّدِّقَـٰتِ وَأَقۡرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا یُضَـٰعَفُ لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرࣱ كَرِیمࣱ

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka p**a akan beroleh pahala yang mulia" [Surah al-Hadid 18]

amalan yang digalakkan untuk dilakukan ialah bersedekah. Amalan yang mudah dan menjanjikan pahala yang besar dan berganda-ganda. Bahkan sifat dermawan merupakan sifat orang yang bertaqwa. Orang yang kuat bersedekah akan memasuki syurga melalui pintu sedekah (rujuk HR al-Bukhari).

kita berada di bulan Ramadhan ini, maka sepatutnya kita menggandakan amal sedekah kita dan menjadi manusia yang paling pemurah berbanding di bulan yang lain.

Ibnu Abbas r.huma berkata: "Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah dalam berbuat kebajikan. Rasulullah saw akan menjadi lebih pemurah terutama di bulan Ramadan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadan. Rasulullah saw memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda akan lebih banyak lagi berbuat kebajikan (lebih pemurah) melebihi dari angin yang bertiup" (HR Muslim)

perkara yang kita boleh lakukan dengan harta dan wang kita untuk bersedekah:

1. Infaq untuk pembinaan masjid, surau, sekolah, tempat menuntut ilmu, rumah anak yatim dan seumpamanya.
2. Wakaf mesin air minuman
3. Infaq al-Quran, buku agama dan buku yang bermanfaat
4. Membiayai anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan orang sakit.
5. Membiayai para pelajar menuntut ilmu
6. Membina atau menyediakan rumah untuk fakir miskin dan orang musafir
7. Membiayai para alim ulamak dan orang yang menyampaikan ilmu
8. Belikan barang-barang keperluan dan kemudahan untuk masjid/surau
9. Mewaqafkan kenderaan untuk kerja-kerja kebajikan dan khidmat kemasyarakatan.
10. Membiayai golongan yang kurang berkemampuan menunaikan ibadah umrah/haji.
11. Menyediakan makanan dan minuman utk orang yang memerlukan dan juga binatang yang berkeliaran.
12. Dan apa sahaja yang berunsur kebaikan dan kebajikan.

itu, terdapat beberapa jenis perbuatan yang dianggap sedekah/beroleh ganjaran sedekah:

1. Memberi senyuman dan bermanis muka
2. Melakukan kerja amar mahruf nahi mungkar
3. Menolong menyelesaikan masalah orang lain
4. Memberi khidmat/pertolongan kepada orang yang memerlukan
5. Mendamaikan orang yang bersengketa.
6. Menolong mengangkat barangan (meringankan beban orang lain)
7. Melangkah kaki ke tempat solat (tempat yang baik).
8. Membuang duri atau perkara yang menghalang laluan di jalan
9. Tidak mengganggu, menyusah dan menyakiti orang lain
10. Dan segala perbuatan baik yang dianjurkan oleh agama.

itu, Islam menganjurkan beberapa adab dalam memberi dan menerima sedekah:

1. Ikhlas
2. Memberi barang yang baik dan disayangi
3. Tidak mengungkit pemberian
4. Tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk
5. Mengucapkan terima kasih saat menerima
6. Menghargai pemberian orang lain dengan menjaganya
7. Tidak meminta-meminta akan sesuatu

لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" [Surah Aali Imran 92]

♡Rebutlah peluang Ramadhan ini dengan memperbanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan. Tunaikan segera kerana belum tentu kita akan hidup lagi pada esok hari dan pada Ramadhan yang akan datang♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

☆Tadabbur Kalamullah 4 Ramadhan 1441H☆وَلَا یَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَیُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن یَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِیهِ...
27/04/2020

☆Tadabbur Kalamullah 4 Ramadhan 1441H☆

وَلَا یَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَیُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن یَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِیهِ مَیۡتࣰا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابࣱ رَّحِیمࣱ

"...Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu s**a memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani" [Surah al-Hujurat 12]

dalam ayat ini, menyebut dengan jelas berkaitan pengharaman mengumpat sehingga diumpamakan seperti memakan daging saudaranya.

al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan: "Ghibah (mengumpat) diumpamakan seperti memakan daging kerana mengumpat itu bererti menyiat-nyiat kehormatan seperti memakan dan menyiat-nyiat daging. Perumpamaan seperti ini sesuai dengan cara orang Arab berkomunikasi".

seorang muslim yang beriman kepada Allah swt, maka kita perlulah menjaga lidah daripada memperkatakan sesuatu yang haram dan sia-sia, apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ini kerana, sifat orang yang beriman sentiasa bercakap perkara yang baik atau mendiamkan diri daripada bercakap perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa dan menghilangkan pahala.

dosa lidah yang menyebabkan dosa dan menghilangkan pahala khususnya pahala puasa ialah:

1. Mengumpat
2. Mencaci/mencela
3. Berdusta/menipu
4. Bercakap perkara keji/lucah
5. Mengadu domba
6. Sumpah palsu
7. Memfitnah
8. Bercakap kasar
9 Menghina serta merendahkan orang lain
10. Marah tanpa sebab.

ulamak mengatakan amat dimakruhkan bagi sesiapa yang mengumpat, mencela, berdusta dan seumpamanya ketika sedang berpuasa, akan tetapi tidaklah membatalkan puasa. Hukum ini disepakati oleh ulamak kecuali Imam al-Auza’ie di mana ia berpandangan batal puasa orang yang mengumpat, berdusta dan mencela orang semasa sedang berpuasa.

*Maksud makruh di sini ialah akan mengurangkan pahala puasa dan mungkin menghapuskannya. Banyak orang berpuasa dan puasanya sah tetapi tidak berpahala.

Nabi saw:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya maka Allah tidak berhajat (tidak memberi pahala) ke atas perbuatannya yang meninggalkan makan dan juga minum" (HR al-Bukhari)

hadis yang lain, Nabi saw bersabda:

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ

“Puasa bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum sahaja, akan tetapi puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan yang melalaikan dan lucah”. (Lihat: al-Targhib wat Tarhib)

♡Perbuatan mengumpat dan dosa lidah adalah suatu perkara yang perlu dielakkan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Jadikanlah bulan Ramadhan sebagai medan tarbiah diri agar menjauhi segala perbuatan dosa dan maksiat♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

☆Tadabbur Kalamullah 2 Ramadhan 1441H☆وَمَاذَا عَلَیۡهِمۡ لَوۡ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ وَأَنفَقُوا۟...
26/04/2020

☆Tadabbur Kalamullah 2 Ramadhan 1441H☆

وَمَاذَا عَلَیۡهِمۡ لَوۡ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَزَقَهُمُ ٱللَّهُۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِهِمۡ عَلِیمًا

"Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka". [Surah an-Nisa' 39]

beriman kepada Allah swt dan hari akhirat serta menginfaqkan sebahagian dari rezeki kurniaan Allah yang banyak itu, tidaklah berat dan tidak akan mendatangkan kerugian. Bahkan menguntungkan dan menyelamat seseorang itu daripada kecelakaan didunia dan di akhirat.

swt berfirman menyebut keuntungan orang yang beriman dan melakukan amal soleh:

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya” [Surah al-Baqarah 82]

juga keuntungan menginfaqkan sebahagian rezeki:

إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِينَ وَٱلۡمُصَّدِّقَٰتِ وَأَقۡرَضُواْ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنٗا يُضَٰعَفُ لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرٞ كَرِيمٞ

"Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka p**a akan beroleh pahala yang mulia" [Surah al-Hadid 18]

swt mempersoalkan dalam ayat diatas, apa sebenarnya yang memberatkan bagi mereka untuk beriman kepada Allah dan hari akhirat dan apa kerugian jika mereka menginfakkan sebahagian nikmat, bukan seluruhnya, dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada mereka. Hal ini kerana tiada sebarang mudharat dan kerugian dalam perkara keimanan, ketaatan dan kebajikan. Bahkan orang yang beriman dan taat akan beroleh kemenangan di akhirat kelak.

وَمَن یُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَیَخۡشَ ٱللَّهَ وَیَتَّقۡهِ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡفَاۤىِٕزُونَ

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan" [Surah an-Nur 52]

manusia yang tidak mahu beriman dan bakhil adalah disebabkan mereka terpedaya dengan hasutan nafsu dan syaitan.

قَالَ رَبِّ بِمَاۤ أَغۡوَیۡتَنِی لَأُزَیِّنَنَّ لَهُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ وَلَأُغۡوِیَنَّهُمۡ أَجۡمَعِینَ

Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya" [Surah al-Hijr 39]

bakal menjahanamkan masa depan mereka di akhirat serta merugikan mereka dan menyebabkan kesengsaraan ditimpa azab.

إِنَّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ وَمَاتُوا۟ وَهُمۡ كُفَّارٌ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ عَلَیۡهِمۡ لَعۡنَةُ ٱللَّهِ وَٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِینَ * خَـٰلِدِینَ فِیهَا لَا یُخَفَّفُ عَنۡهُمُ ٱلۡعَذَابُ وَلَا هُمۡ یُنظَرُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya. Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak diringankan azab sengsara dari mereka dan mereka p**a tidak diberikan tempoh atau perhatian" [Surah al-Baqarah 161-162]

♡Berimanlah kepada Allah dan hari akhirat serta ringankan tangan untuk membelanjakan rezeki pemberian Allah untuk golongan yang memerlukan, insyaAllah tiada sebarang kerugian bahkan menguntungkan kita di dunia dan di akhirat. Yang rugi hanyalah mereka yang kafir, degil dan bakhil♡

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

☆Tadabbur Kalamullah 1 Ramadhan 1441H☆يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الّ...
24/04/2020

☆Tadabbur Kalamullah 1 Ramadhan 1441H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]

al-Maraghi dalam tafsirnya menyatakan bahawa: "Kewajipan berpuasa dan melakukan sebanyak amalan di bulan Ramadhan di samping mengawal nafsu syahwat bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt".

diwajibkan berpuasa dan sangat digalakkan untuk meningkatkan amalan di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amal soleh seperti membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat, bersedekah, menunaikan solat sunat tarawih dan witir, berqiamullail, menjamu makan orang yang berbuka puasa, menunaikan zakat, membantu golongan fakir miskin, menuntut ilmu, berdoa, dan melakukan segala kebaikan supaya dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.

peningkatan iman dan taqwa menjadikan kita bernilai dan mulia disisi Allah swt:

إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" [Surah al-Hujurat 13]

yang beriman dan bertaqwa juga dijanjikan syurga oleh Allah swt:

إِنَّ لِلۡمُتَّقِینَ مَفَازًا

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini" [Surah an-Naba' 31]

yang bertaqwa juga akan memperoleh pelbagai kesenangan dan keenakan di dalam syurga berupa makanan, minuman, gadis-gadis jelita dan kedamaian:

حَدَاۤىِٕقَ وَأَعۡنَـٰبࣰا * وَكَوَاعِبَ أَتۡرَابࣰا * وَكَأۡسࣰا دِهَاقࣰا * لَّا یَسۡمَعُونَ فِیهَا لَغۡوࣰا وَلَا كِذَّ ٰ⁠بࣰا * جَزَاۤءࣰ مِّن رَّبِّكَ عَطَاۤءً حِسَابࣰا

"(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur. Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya. Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman. Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada p**a perkataan yang dusta. Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya)" [Surah an-Naba' 32-36]

itu, Allah swt gambarkan kepada kita syurga yang terindah yang disediakan untuk hambaNya yang bertaqwa:

مَّثَلُ ٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِی وُعِدَ ٱلۡمُتَّقُونَۖ فِیهَاۤ أَنۡهَـٰرࣱ مِّن مَّاۤءٍ غَیۡرِ ءَاسِنࣲ وَأَنۡهَـٰرࣱ مِّن لَّبَنࣲ لَّمۡ یَتَغَیَّرۡ طَعۡمُهُۥ وَأَنۡهَـٰرࣱ مِّنۡ خَمۡرࣲ لَّذَّةࣲ لِّلشَّـٰرِبِینَ وَأَنۡهَـٰرࣱ مِّنۡ عَسَلࣲ مُّصَفࣰّىۖ وَلَهُمۡ فِیهَا مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِ وَمَغۡفِرَةࣱ مِّن رَّبِّهِمۡۖ

"Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada p**a untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan dari Tuhan mereka" [Surah Muhammad 15]

♡Berpuasalah dan beribadahlah dengan penuh keimanan dan pengharapan agar kita diampuni dan beroleh taqwa agar kita berjaya memperolehi ganjaran syurga terindah sebagaimana yang telah dijanjikan♡

*SALAM RAMADHAN 1441H. SEMOGA AMAL IBADAH KITA DITERIMA DAN DIREDHAI OLEH ALLAH. AAMIIIN*

🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah

FB PAGE
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

*MEMOHON SUMBANGAN DANA UNTUK KARPET SURAU NURULIMAN*Assalamualaikum..Pihak Jawatankuasa Surau Nuruliman Cemperaisari Bd...
12/03/2020

*MEMOHON SUMBANGAN DANA UNTUK KARPET SURAU NURULIMAN*

Assalamualaikum..Pihak Jawatankuasa Surau Nuruliman Cemperaisari Bdr Sg Buaya dengan kerjasama GENG TALAQQI sedang mencari dana untuk menukar karpet surau yang sedia ada kepada yang baru bagi memberi keselesaan pada jemaah untuk melakukan ibadah khususnya sempena bulan ramadhan yg bakal tiba tidak lama lagi.

Pihak kami sangat berharap agar ada penyumbang² yang sudi untuk menyumbang bagi dana tersebut. Sumbangan tuan/puan boleh la disalurkan kepada akaun surau seperti yg tertera di bawah:

*Bank_Muamalat
*1201_0000_9567_18
*Surau_Nuruliman

*MayBank
*5620_1211_1290
*Geng_Talaqqi_Resources

Jazakumullah Khairan Kathira kepada para penyumbang. Semoga Allah merahmati kalian semua dunia akhirat. Aamiiin..

Nabi saw bersabda mengenai ganjaran sedekah:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

"Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kananNya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.” [HR at-Tirmizi]





Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Ust Naim 019_6023803
Tn. Johari 016_9978283
Bendahari surau 019_2994022

Address

Jalan Khamis 10/KU8, Taman Meru Mulia 2
Kapar
42200

Telephone

+60108787654

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kempen Produk Amalan dan Pemakanan Sunnah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share