Balai Bomba Dan Penyelamat Kapar

Balai Bomba Dan Penyelamat Kapar Balai bomba dan penyelamat kapar meru klang

09/09/2026

KEBAKARAN KERETA DI MERU JAYA BERJAYA DIPADAM

KLANG, 9 Sept – Sebuah kereta jenis Toyota Estima terbakar di bahagian enjin dan papan pemuka dalam kejadian di Taman Meru Jaya 4, Meru Klang awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), panggilan kecemasan diterima pada jam 1.30 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas ke lokasi sejauh 3 kilometer. Pasukan tiba hanya empat minit kemudian dan mendapati kebakaran telah merebak sehingga 30 peratus pada bahagian hadapan kenderaan.

Komander Operasi, PBK I Nurul Azman bin Muhammadan, bersama enam anggota bertindak pantas menggunakan satu aliran salur bantu mula air tangki pam jentera untuk memadamkan api. Kebakaran berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang mangsa.

JBPM menegaskan tindakan pantas anggota bomba berjaya mengelakkan kebakaran daripada merebak lebih teruk. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

KEBAKARAN KERETA DI MERU JAYA BERJAYA DIPADAMKLANG, 9 Sept – Sebuah kereta jenis Toyota Estima terbakar di bahagian enji...
09/09/2026

KEBAKARAN KERETA DI MERU JAYA BERJAYA DIPADAM

KLANG, 9 Sept – Sebuah kereta jenis Toyota Estima terbakar di bahagian enjin dan papan pemuka dalam kejadian di Taman Meru Jaya 4, Meru Klang awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), panggilan kecemasan diterima pada jam 1.30 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas ke lokasi sejauh 3 kilometer. Pasukan tiba hanya empat minit kemudian dan mendapati kebakaran telah merebak sehingga 30 peratus pada bahagian hadapan kenderaan.

Komander Operasi, PBK I Nurul Azman bin Muhammadan, bersama enam anggota bertindak pantas menggunakan satu aliran salur bantu mula air tangki pam jentera untuk memadamkan api. Kebakaran berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang mangsa.

JBPM menegaskan tindakan pantas anggota bomba berjaya mengelakkan kebakaran daripada merebak lebih teruk. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

MAKLUMAN ANGGOTA MASUK HOSPITALKapar, 6 September 2026 – Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kap...
07/09/2026

MAKLUMAN ANGGOTA MASUK HOSPITAL

Kapar, 6 September 2026 – Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, iaitu PB 21650 Nik Muhammad Syawal Fitri bin Mohd Noor, telah dihantar ke Hospital Puncak Alam selepas mengalami kecederaan di bahagian muka ketika operasi pemadaman kebakaran pokok setinggi kira-kira 30 kaki.

Insiden berlaku pada jam 19:21 malam, ketika anggota sedang melakukan pemadaman menggunakan 1 aliran sepanjang 100 kaki dengan 1 pancutan. Difahamkan, plain nozel yang digunakan telah terlepas dari genggaman lalu terpelanting mengenai muka beliau.

Keadaan semasa masih dalam pemantauan, dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa. PB Syawal di rawat di Zon Kuning tapi dalam proses untuk keluar. Kecederaan tulang p**i retak dan hidung patah.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi PBK II Ahmad Fuad Nasruddin bin Johari di talian 0182160406.

Kebakaran Kilang Sparepart Kereta di KlangKlang, 6 September 2026 – Sebuah kilang sparepart kereta terpakai, di Jalan Su...
06/09/2026

Kebakaran Kilang Sparepart Kereta di Klang

Klang, 6 September 2026 – Sebuah kilang sparepart kereta terpakai, di Jalan Sungai Keramat, Klang, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Menurut maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), panggilan kecemasan diterima pada jam 9.05 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas ke lokasi sejauh 10 kilometer. Pasukan tiba pada jam 9.17 malam dengan kekuatan enam anggota diketuai oleh PBK I Saharurin bin Md Shah.

Setiba di lokasi, pemeriksaan awal mendapati kebakaran melibatkan bangunan kilang berkeluasan 150 x 150 kaki persegi. Api marak dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 60 peratus. Pasukan BBP Kapar segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dengan satu pancutan air daripada tangki pam jentera.

Api berjaya dikawal sepenuhnya sebelum operasi seterusnya diserahkan kepada BBP Klang Utara. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

JBPM menegaskan tindakan pantas anggota bomba berjaya mengelakkan kebakaran daripada merebak ke kawasan sekitar. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

fans
Following

KEBAKARAN BESAR KILANG KAYU DI JALAN KAPARKapar, 3 September – Sebuah kilang kayu, di Batu 12, Jalan Kapar, musnah dalam...
04/09/2026

KEBAKARAN BESAR KILANG KAYU DI JALAN KAPAR

Kapar, 3 September – Sebuah kilang kayu, di Batu 12, Jalan Kapar, musnah dalam kebakaran besar awal pagi semalam.

Pusat Gerakan menerima panggilan kecemasan pada jam 1.04 pagi sebelum pasukan pertama tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian. Api marak dengan cepat melibatkan kawasan penyimpanan habuk kayu dan pelbagai jenis kayu dengan keluasan anggaran 500 x 100 kaki persegi.

Operasi Pemadaman
Sebanyak 11 balai bomba dan penyelamat bersama pasukan sukarela digerakkan, termasuk BBP Kapar, Klang Utara, Klang Selatan, Bukit Jelutong, Pelabuhan Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya serta PBS Kampung Delek dan Rantau Panjang. Turut membantu ialah PDRM dengan dua MPV dan sembilan anggota.

Komander operasi, PBK II KUP Mohd Hafiz bin Noorbik, bersama Komander Operasi Kanan, PPgB Syazwan bin Zakaria, mengarahkan pemadaman menggunakan 5 aliran sepanjang 200 kaki dan 10 pancutan air daripada jentera serta water tanker secara ulang-alik.

Situasi Terkawal
Selepas beberapa jam bertungkus-lumus, api berjaya dipadam sepenuhnya. Pemeriksaan lanjut dilakukan di sekitar kawasan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum operasi ditamatkan. Semua jentera dan anggota kemudian berundur ke balai masing-masing.

Keanggotaan Terlibat
Seramai 46 anggota bomba dan sukarela terlibat dalam operasi ini, terdiri daripada PBK I, PBK II, PB, PBB dan PBS.

Insiden ini sekali lagi menekankan risiko tinggi kebakaran di kilang berasaskan kayu, khususnya di kawasan penyimpanan bahan mudah terbakar seperti habuk kayu.
fans

03/09/2026

Kebakaran Kilang Kayu di Kg Tok Muda, Kapar – Operasi Besar-Besaran Bomba

Kapar, 3 September – Satu kebakaran besar melibatkan sebuah kilang kayu di Kampung Tok Muda, Kapar, berlaku awal pagi tadi sekitar jam 1.20 pagi. Api marak dengan cepat memusnahkan struktur kilang berkenaan dan mencetuskan operasi pemadaman berskala besar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

🚒 Pasukan Bomba Dikerahkan
Seramai 43 anggota bomba digerakkan dari beberapa balai berdekatan termasuk:
- BBP Kapar
- BBP Klang Utara
- BBP Klang Selatan
- BBP Bukit Jelutong
- BBP Pelabuhan Klang
- PBS Rantau Panjang

Selain itu, bantuan jentera tanker turut dikerahkan dari Klang Utara, Subang Jaya, dan Puchong, manakala ALP Petaling Jaya digunakan bagi memperkuatkan operasi.

📌 Situasi Terkini
Operasi pemadaman masih giat dijalankan dengan anggota bomba bertungkus-lumus mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran. Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan, namun kebakaran melibatkan keseluruhan struktur kilang kayu menjadikan usaha kawalan lebih mencabar.

Kebakaran Kilang Kayu di Kg Tok Muda, Kapar – Operasi Besar-Besaran BombaKapar, 3 September – Satu kebakaran besar melib...
03/09/2026

Kebakaran Kilang Kayu di Kg Tok Muda, Kapar – Operasi Besar-Besaran Bomba

Kapar, 3 September – Satu kebakaran besar melibatkan sebuah kilang kayu di Kampung Tok Muda, Kapar, berlaku awal pagi tadi sekitar jam 1.20 pagi. Api marak dengan cepat memusnahkan struktur kilang berkenaan dan mencetuskan operasi pemadaman berskala besar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

🚒 Pasukan Bomba Dikerahkan
Seramai 43 anggota bomba digerakkan dari beberapa balai berdekatan termasuk:
- BBP Kapar
- BBP Klang Utara
- BBP Klang Selatan
- BBP Bukit Jelutong
- BBP Pelabuhan Klang
- PBS Rantau Panjang

Selain itu, bantuan jentera tanker turut dikerahkan dari Klang Utara, Subang Jaya, dan Puchong, manakala ALP Petaling Jaya digunakan bagi memperkuatkan operasi.

📌 Situasi Terkini
Operasi pemadaman masih giat dijalankan dengan anggota bomba bertungkus-lumus mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran. Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan, namun kebakaran melibatkan keseluruhan struktur kilang kayu menjadikan usaha kawalan lebih mencabar.

Bomba Kapar

02/09/2026

Kebakaran kilang perabot
Kg tok muda

02/09/2026

3hb September 2026
0120am
Kebakaran kilang perabot di kg tok muda kapar.
Anggota bomba sedang giat memadam kebakaran ..

Kebakaran Hutan di Taman Sri Wangi, Kapar Berjaya DipadamKapar, 2 September 2026 – Sebuah kebakaran hutan kecil dilapork...
02/09/2026

Kebakaran Hutan di Taman Sri Wangi, Kapar Berjaya Dipadam

Kapar, 2 September 2026 – Sebuah kebakaran hutan kecil dilaporkan berlaku di kawasan Taman Sri Wangi, Kapar malam tadi. Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 8.44 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan tiba di lokasi pada jam 8.51 malam, kira-kira 6 kilometer dari balai. Pemeriksaan awal mendapati kebakaran melibatkan kawasan hutan seluas 10x10 kaki persegi. Komander Operasi, PBK II Mohd Hafiz bin Noorbik bersama kekuatan tujuh anggota segera melaksanakan tindakan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari tangki pam jentera.

Api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang mangsa atau kerugian harta benda. Operasi tamat dengan keadaan selamat dan terkawal.

Address

Persiaran Hamzah Alang
Kapar
42200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Kapar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share