Wisdom Outreach Centre

Call Directions Website

Wisdom Outreach Centre Outreach, New Muslim Empowerment, Research and Dakwah Media Publications.

Dakwah Agency Operated by WISDOM Network Organization

(Formerly known as Perlis Centre of WISDOM)

KENYATAAN RASMI MENGENAI PENGARAH WISDOM OUTREACH CENTRE.
12/09/2026

KENYATAAN RASMI MENGENAI PENGARAH WISDOM OUTREACH CENTRE.

12/09/2026
09/08/2026

Street Dakwah di Perlis

π’π€ππ“π”ππˆ πŠπ€π’πˆπ‡ : π”π‰πˆπ€π ππ”πŠπ€π 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 πŒπ„ππˆππ†π†π€π‹πŠπ€π πŠπˆπ“π€Alhamdulillah, WISDOM berkesempatan menyantuni sebuah keluarga ...
07/08/2026

π’π€ππ“π”ππˆ πŠπ€π’πˆπ‡ : π”π‰πˆπ€π ππ”πŠπ€π 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 πŒπ„ππˆππ†π†π€π‹πŠπ€π πŠπˆπ“π€

Alhamdulillah, WISDOM berkesempatan menyantuni sebuah keluarga kecil, pasangan saudara baharu yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Pasukan WISDOM hadir ke kediaman mereka dan menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian, sebagai tanda kasih sayang, kepedulian dan persaudaraan sesama Muslim.

Namun, ada sesuatu yang jauh lebih menyentuh hati daripada sekadar sumbangan yang disampaikan.

Di sebalik ujian kesihatan yang mereka lalui, masih terpancar keyakinan dan pengharapan yang kuat kepada Allah SWT. Mereka tidak berputus asa. Mereka tidak menyalahkan takdir. Sebaliknya, mereka terus meletakkan pengharapan kepada Allah SWT agar dikurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan untuk melalui setiap detik ujian ini.

Mereka memahami bahawa iman bukan sekadar sesuatu yang diucapkan dengan lisan, tetapi sesuatu yang perlu dibuktikan ketika kita berhadapan dengan ujian.

Allah SWT berfirman, yang bermaksud :

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kemelaratan, kesengsaraan dan digoncangkan dengan pelbagai ujian sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
(Surah al-Baqarah 214)

Sesungguhnya, setiap manusia mempunyai medan ujiannya sendiri. Ada yang diuji dengan kesihatan. Ada yang diuji dengan keluarga. Ada yang diuji dengan kewangan. Ada yang diuji dengan kehilangan insan yang dicintai. Ada yang diuji dengan kesunyian dan kesedihan yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa.

Jangan pernah menyangka hanya kita yang sedang diuji. Tatkala kita melihat kehidupan orang lain dan menyangka mereka baik-baik sahaja, mungkin di sebalik senyuman mereka tersimpan perjuangan yang tidak pernah kita ketahui.

Nabi Muhammad bersabda, mafhumnya:

"Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesedihan, gangguan, kesusahan, bahkan duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dosa-dosanya disebabkan perkara tersebut."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ujian datang untuk mendidik kita.
Ujian datang untuk menghapuskan dosa kita.
Ujian datang untuk menguatkan pergantungan kita kepada Allah. Dan ujian boleh menjadi jalan untuk kita kembali lebih dekat kepada-Nya.

Saudara dan saudari sekalian, marilah kita doakan saudara kita ini. Kita mungkin tidak mampu menghilangkan kesakitan yang mereka rasakan. Kita mungkin tidak mampu mengambil ujian mereka untuk kita pikul.

Tetapi kita masih mampu menghulurkan tangan, menyumbangkan sedikit bantuan, memberikan kata-kata kekuatan dan yang paling utama mendoakan mereka di hadapan Allah SWT.

Rasulullah SAW mengajarkan doa:

Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ±ΩŽΨ¨Ω‘ΩŽ Ψ§Ω„Ω†Ω‘ΩŽΨ§Ψ³ΩΨŒ Ψ£ΩŽΨ°Ω’Ω‡ΩΨ¨Ω Ψ§Ω„Ω’Ψ¨ΩŽΨ£Ω’Ψ³ΩŽΨŒ اشْفِ Ψ£ΩŽΩ†Ω’Ψͺَ Ψ§Ω„Ψ΄Ω‘ΩŽΨ§ΩΩΩŠΨŒ Ω„ΩŽΨ§ شِفَاَؑ Ψ₯ΩΩ„Ω‘ΩŽΨ§ Ψ΄ΩΩΩŽΨ§Ψ€ΩΩƒΩŽΨŒ Ψ΄ΩΩΩŽΨ§Ψ‘Ω‹ Ω„ΩŽΨ§ يُغَادِرُ Ψ³ΩŽΩ‚ΩŽΩ…Ω‹Ψ§

Ya Allah, Tuhan manusia, hilangkanlah kesusahan ini. Sembuhkanlah, kerana Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Menyembuhkan, sembuhkanlah saudara kami ini dengan kesembuhan yang sempurna. Kurniakanlah mereka kekuatan ketika menghadapi ujian. Kurniakanlah ketenangan kepada hati mereka. Jadikanlah setiap kesakitan yang mereka rasakan sebagai penghapus dosa dan sebab untuk mereka semakin dekat kepada-Mu. Dan janganlah Engkau jadikan ujian ini sebagai sebab mereka berputus asa daripada rahmat-Mu.

WISDOM Outreach Centre
Dakwah Ilmiah, Santun Berhikmah

Jom Sampaikan mesej Islam kepada rakan-rakan bukan Islam kita. Sertai kami di lapangan, mengajak manusia kepada Tauhid !
05/08/2026

Jom Sampaikan mesej Islam kepada rakan-rakan bukan Islam kita.

Sertai kami di lapangan, mengajak manusia kepada Tauhid !

Jom Sokong Misi Dakwah kepada Non Muslim !
31/07/2026

Jom Sokong Misi Dakwah kepada Non Muslim !

πŸšΆβ€β™‚οΈ π–πˆπ’πƒπŽπŒ πŽπ”π“π‘π„π€π‚π‡: 𝐒𝐓𝐑𝐄𝐄𝐓 πƒπ€πŠπ–π€π‡β€œCalling to the One True God”Dakwah bukan hanya di mimbar, tetapi juga di jalananβ€”den...
30/07/2026

πŸšΆβ€β™‚οΈ π–πˆπ’πƒπŽπŒ πŽπ”π“π‘π„π€π‚π‡: 𝐒𝐓𝐑𝐄𝐄𝐓 πƒπ€πŠπ–π€π‡
β€œCalling to the One True God”

Dakwah bukan hanya di mimbar, tetapi juga di jalananβ€”dengan hikmah, kasih sayang dan akhlak yang baik.

πŸ“… Sabtu | 1 Ogos 2026
πŸ•˜ 9.00 Pagi
πŸ“ Persiaran Jubli Perak, Kangar, Perlis

✨ Sertai kami menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat dalam suasana santai, berhemah dan penuh hikmah. Tidak perlu menjadi pakar, cukup hadir dengan hati yang ikhlas dan semangat untuk berkongsi kebaikan.

🀝 Terbuka kepada semua yang ingin bersama-sama menyebarkan mesej tauhid dan rahmat Islam.

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.

β€œSerulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik…”
(Surah An-Nahl: 125)

Penyertaan WISDOM Outreach Centre dalam program Konvensyen Dakwah Waqaf Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur Convention Cen...
30/07/2026

Penyertaan WISDOM Outreach Centre dalam program Konvensyen Dakwah Waqaf Antarabangsa 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre.

Sekalung TahniahKepadaTUAN MARJA TUAN MATatas penganugerahanPingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)Anugerah ini bukan sekadar seb...
29/07/2026

Sekalung Tahniah

Kepada

TUAN MARJA TUAN MAT

atas penganugerahan

Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)

Anugerah ini bukan sekadar sebuah pengiktirafan, tetapi lambang penghargaan terhadap dedikasi, integriti dan pengorbanan dalam berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga setiap jasa yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT serta terus menjadi inspirasi kepada masyarakat.

Tahniah dan semoga terus cemerlang dalam khidmat bakti

Terima Kasih Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan atas jemputan untuk bersama para pelajar muallaf Kompleks Darul Hida...
24/07/2026

Terima Kasih Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan atas jemputan untuk bersama para pelajar muallaf Kompleks Darul Hidayah.

Turut hadir bersama Puan Maizura binti Shamsuddin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis. Dalam majlis yang penuh makna ini, Tuan Marcellus Mourine, Ketua Pegawai Eksekutif WISDOM Outreach Centre turut dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Menjadi Umat yang Terbaik".

Semoga Allah SWT kurniakn kebaikan kepada pasukan JAWI. Mudah-mudahan para peserta mendapat manfaat sekaligus dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Address

WISDOM OUTREACH CENTRE, N0 13 TINGKAT SATU Jalan MEDAN SATU MEDAN NIAGA PADANG BEHOR
Kangar
01000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wisdom Outreach Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share