Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat

Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat, Mosque, Masjid Ar Raudhah Sungai Batu Pahat, Kangar.

๐Ÿ”ทFACEBOOK RASMI MASJID AR RAUDHAH KARIAH SUNGAI BATU PAHAT
2024 / 2025
๐Ÿ’ŽPengerusi Tn Hj Mohd Norwahi
012 434 3591
๐Ÿ’ŽTim Pengerusi En Mohd Zun Kofli
017 522 2947
๐Ÿ’ŽSetiausaha Tn Hj Mohlan
019 434 1820
๐Ÿ’ŽBendahari En Zahari
019 555 1152

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir Dan batin.Kesempatan ini, Saya Zunkofli bin Yahya Timbalan Pengerusi  Masjid Ar ...
22/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir Dan batin.

Kesempatan ini, Saya Zunkofli bin Yahya Timbalan Pengerusi Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat memohon sejuta kemaafan atas segala kekhilafan sepanjang berurusan dalam kariah ini.

Maaf Zahir Dan batin.

๐ŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  ๐ŸŒ™Lensa Solat Sunat Aidilfitri dan Khutbah Raya Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Paha...
21/03/2026

๐ŸŒ™ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ๐ŸŒ™

Lensa Solat Sunat Aidilfitri dan Khutbah Raya Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat
21 Mac 2026 / 1 Syawal 1447H
# sumbangan duit raya untuk anak kecil.

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Para Pegawai Masjid serta seluruh Ajk Masjid ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua para jemaah.

Semoga Syawal yang mulia ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan atas segala kekhilafan sepanjang berurusan.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kita semua.

20/03/2026
19/03/2026
Alhamdulillah, selesai sudah sesi penyerahan bantuan wang robok (Tunai)  dari Maips kepada penerima yang tidak berjaya d...
19/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah sesi penyerahan bantuan wang robok (Tunai) dari Maips kepada penerima yang tidak berjaya dikreditkan dalam akaun bank masing2.
Sesi penyerahan ini disampaikan oleh Tuan Amil Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat Ustaz Muhammad Fahmi bin Arifin pada hari Rabu 18 Mac 2026 bersamaan 28 Ramadhan 1447H.

Alhamdulillah๐Ÿคฒ,hari ini 17 Mac  2026.Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat telah menerima in...
17/03/2026

Alhamdulillah๐Ÿคฒ,hari ini 17 Mac 2026.Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat telah menerima infak Tar baru jalan / laluan masuk ke Tanah Perkuburan , selain itu Tanah Perkuburan ini juga menerima infak berupa set meja dan kerusi batu dari Hamba Allah yang mewakafkan untuk kegunaan para pengunjung yang datang menziarahi pusara keluarga masing2. Doakan agar Hamba Allah itu dipermudahkan urusannya untuk dunia dan akhirat, Aaminn.. ๐Ÿคฒ.

Majlis Khatam Al-Quran | 15 Mac 2026 (Ahad) | 25 Ramadhan 1447HAlhamdulillah ๐ŸคฒSatu lagi program penuh keberkatan dapat d...
16/03/2026

Majlis Khatam Al-Quran | 15 Mac 2026 (Ahad) | 25 Ramadhan 1447H

Alhamdulillah ๐Ÿคฒ
Satu lagi program penuh keberkatan dapat dilaksanakan di bulan Ramadan.
Bersyukur kerana berkesempatan hadir bersama para peserta tadarus dalam Majlis Khatam Al-Quran anjuran Muslimat Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat .

Program dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Zawaria bin Ahmad Imam 1 mengenai penghayatan Al-Quran dalam membentuk jati diri seorang Muslim yang taat kepada Allah SWT.

Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan khatam Al-Quran sehingga selesai dalam suasana penuh penghayatan dan ukhuwah.
Sebagai penghargaan, saguhati turut disampaikan kepada semua peserta tadarus sumbangan dari Masjid Ar Raudhah sebagai tanda sokongan dan kebersamaan dalam memperkukuh semangat komuniti Masjid.

Moga segala amal ibadah kita di bulan Ramadan Al-Mubarak ini diterima oleh Allah SWT.
Aamin Ya Rabbal Alamin.

14/03/2026
PROGRAM  PEMBERIAN SUMBANGAN WANG AIDILFITRI  KEPADA ANAK YATIMPihak Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat  telah m...
14/03/2026

PROGRAM PEMBERIAN SUMBANGAN
WANG AIDILFITRI KEPADA ANAK YATIM

Pihak Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat telah mengadakan program Sumbangan Wang Aidilfitri bagi meraikan anak-anak yatim dalam Kariah ini pada 23 Ramadhan 1447H bersamaan 13 Mac 2026.

Seramai 23 orang anak yatim berumur bawah 17 Tahun telah menerima sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang kepada mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Semoga sumbangan ini dapat menceriakan mereka serta menjadi asbab keberkatan buat semua penerima. Pihak masjid mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang wang tabung anak yatim untuk bersama-sama menjayakan program ini.

11/03/2026
Memburu Lailatul Qadar..... 10 MALAM TERAKHIRโ€œMalam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.โ€(Al-Qadr 97:3)Ramadhan ...
09/03/2026

Memburu Lailatul Qadar.....

10 MALAM TERAKHIR

โ€œMalam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.โ€
(Al-Qadr 97:3)
Ramadhan kini memasuki fasa yang paling berharga.
Sepuluh malam terakhir bukan sekadar malam biasa โ€” di sinilah tersembunyi malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.
Perbanyakkan doa, zikir, istighfar dan solat malam.
Mungkin inilah malam yang mengubah seluruh perjalanan hidup kita.

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽIsnin 9 Mac  2026 / 19 Ramadhan 1447HDukacita dimaklumkan, seorang anak karia...
09/03/2026

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Isnin 9 Mac 2026 / 19 Ramadhan 1447H

Dukacita dimaklumkan, seorang anak kariah Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat iaitu Encik YUSOF BIN HAMID telah kembali kerahmatullah pada waktu Maghrib hari ini.
Jenazah ada di rumah beliau, kampung Sungai Batu Pahat Perlis.

Solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat pada esok pagi Hari Selasa 10 Mac 2026 bersamaan 20 Ramadhan 1447H, jam 11.00pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat

Sama2 kita bacakan doa ini untuk beliau :

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽูˆูŽุณู‘ูุนู’ ู…ูุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุงุบู’ุณูู„ู’ู‡ูŽุง ุจูุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ุซู‘ูŽู„ู’ุฌู ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุฑูŽุฏูุŒ ูˆูŽู†ูŽู‚ู‘ูู‡ูŽุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูู†ูŽู‚ู‘ูŽู‰ ุงู„ุซู‘ูŽูˆู’ุจู ุงู„ุฃูŽุจู’ูŠูŽุถู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู†ูŽุณูุŒ ูˆูŽุฃูŽุจู’ุฏูู„ู’ู‡ูŽุง ุฏูŽุงุฑู‹ุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฏูŽุงุฑูู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฃูŽู‡ู’ู„ู‹ุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฒูŽูˆู’ุฌู‹ุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฒูŽูˆู’ุฌูู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฃูŽุฏู’ุฎูู„ู’ู‡ูŽุง ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽู†ูŽุฌู‘ูู‡ูŽุง ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู ูˆูŽู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู.

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah kuburnya, bersihkanlah dia daripada dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kotoran.
Gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya.
Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur serta azab neraka.๐Ÿคฒ

Address

Masjid Ar Raudhah Sungai Batu Pahat
Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ar Raudhah Kariah Sungai Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category