Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peneraju pentadbiran hal ehwal Islam yang disegani & disayangi serta menaungi ummah www.maips.gov.my

OBJEKTIF

1.Memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran Islam;

2.Memperkasakan agenda dakwah Islam secara syumul bagi melahirkan khaira ummah;

3.Memperkukuhkan pengurusan zakat, wakaf dan Baitulmal bagi mempertingkatkan kualiti hidup umat Islam;

4.Memantapkan pentadbiran undang-undang Islam ke arah mendaulatkan pelaksanaan syariat Isl

am; dan

5.Memantap dan mengukuhkan pengurusan kewangan dan sumber-sumber secara strategik bagi memakmurkan ummah.

Terima kasih atas kerjasama semua
06/08/2026

Terima kasih atas kerjasama semua

Assalamualaikum w.b.t. Mudahkan urusan pendaftaran bantuan anda dengan Portal Asnaf Digital MAIPs! 💻📱Kini anda boleh mem...
06/08/2026

Assalamualaikum w.b.t.

Mudahkan urusan pendaftaran bantuan anda dengan Portal Asnaf Digital MAIPs! 💻📱

Kini anda boleh membuat pendaftaran akaun secara dalam talian. Klik digital[dot]maips[dot]gov[dot]my/public/daftar-akaun

Rujuk infografik untuk **4 LANGKAH MUDAH** pendaftaran akaun baru:

1. *Layari Portal MAIPs:* Guna telefon atau komputer anda.

2. *Isi Maklumat Peribadi:* Pastikan maklumat anda sah.

3. *Pengesahan Emel:* Semak peti masuk dan aktif akaun anda.

4. *Tetapkan Kata Laluan:* Log masuk buat kali pertama.

📢 *PERINGATAN PENTING: JANGAN MOHON TERUS!*

🔹 *Tempoh Menunggu Permohonan:*
Permohonan hanya boleh dibuat *SETELAH GENAP 3 BULAN* dari tarikh bantuan terakhir yang anda terima.

🔹 *Permohonan Lebih Awal:*
Jika anda memohon sebelum genap tempoh 3 bulan tersebut, permohonan anda akan *DITOLAK SECARA AUTOMATIK.* Jika ada isu keperluan segera juga, *SILA HADIR KE PEJABAT MAIPs* untuk berbincang dengan Pegawai Penyelaras Zakat mengikut zon kariah anda!

Daftar akaun anda hari ini untuk kemudahan di masa hadapan.

Semoga kemudahan digital ini bermanfaat untuk semua.

*Daftar Dahulu, Pohon Kemudian.*

MANUAL PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN
06/08/2026

MANUAL PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN

AI Tidak Mampu Ganti Guru, Sentuhan Insan Kekal Teras Pendidikan – Raja Muda Perlis KANGAR, 5 Ogos – Kepesatan teknologi...
06/08/2026

AI Tidak Mampu Ganti Guru, Sentuhan Insan Kekal Teras Pendidikan – Raja Muda Perlis

KANGAR, 5 Ogos – Kepesatan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) tidak akan mengambil alih peranan guru, sebaliknya berfungsi sebagai instrumen sokongan yang mampu memperkasakan sistem pendidikan negara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, teknologi AI perlu dimanfaatkan bagi membantu para pendidik memperkukuhkan kaedah pengajaran, menganalisis keperluan khusus murid secara lebih tepat serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih inovatif dan berkesan.

Baginda bagaimanapun menegaskan bahawa peranan guru sebagai pembimbing, pendidik dan pembentuk sahsiah insan tidak mungkin dapat digantikan oleh mesin atau teknologi.

“Keupayaan menyemai nilai moral, integriti dan etika dalam diri generasi muda hanya mampu dilaksanakan melalui sentuhan manusiawi seorang pendidik,” titah baginda.

Sehubungan itu, Tuanku Syed Faizuddin menyeru warga pendidik agar memanfaatkan kemajuan teknologi secara bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki akhlak mulia, jati diri kukuh serta daya saing tinggi.

Baginda turut mengingatkan bahawa guru perlu terus bersifat dinamik sebagai agen perubahan dalam mendepani perkembangan dunia pendidikan yang semakin dipengaruhi kemajuan teknologi.

Peluang pelaburan antarabangsa
Titah tersebut dizahirkan sempena Program Hijrah Minda anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung di Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat, baru-baru ini.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Program Hijrah Minda merupakan antara inisiatif berterusan MAIPs dalam memperkasakan golongan asnaf melalui pembangunan sahsiah, peningkatan ilmu, pembinaan motivasi serta pemerkasaan minda bagi membantu mereka berdikari, meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga dan keluar daripada kitaran kemiskinan.

Pada majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua MAIPs turut berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan berjumlah RM105,000 kepada 150 asnaf terpilih.

Setiap penerima menerima bantuan tunai sebanyak RM700, melibatkan 75 anak kariah Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat dan 75 anak kariah Masjid Kurong Batang.

Sumbangan itu mencerminkan komitmen MAIPs dalam memastikan kebajikan golongan memerlukan terus terbela, di samping memperkukuh agenda pembangunan modal insan melalui pelbagai program bersasar agar asnaf mampu membina kehidupan yang lebih berkualiti dan berdikari pada masa hadapan.

06/08/2026

Kangar: Pemimpin dalam sesebuah organisasi memegang amanah besar dalam memacu budaya tadbir urus yan

06/08/2026

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar atlet negeri Perlis yang bakal menyertai

06/08/2026

ARAU, 4 Ogos – Tradisi keilmuan yang diwariskan oleh para ulama perlu terus diperkasakan agar masyar

06/08/2026

Tuanku Syed Faizuddin mahu atlet Perlis mengekalkan tahap kesihatan optimum dan menjadikan SUKMA 2026 sebagai platform melangkah ke kejohanan lebih besar.

06/08/2026

KANGAR, 3 Ogos – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan atlet negeri y

Address

No. A2, TAMAN PENGKALAN ASSAM, Jalan TUANKU SYED PUTRA (Jalan Kangar-A. Setar)
Kangar
01000

Telephone

+6049794439

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs):

Shortcuts

Share