Masjid Darussalam Padang Keria, Perlis.

Masjid Darussalam Padang Keria, Perlis. Welcome

Innalillah..Dukacita dimaklumkan bahawa Setiausaha Masjid Darussalam Padang Keria iaitu Rhahazi Bin Mat Nanyan (Sinar Sa...
20/05/2026

Innalillah..
Dukacita dimaklumkan bahawa Setiausaha Masjid Darussalam Padang Keria iaitu Rhahazi Bin Mat Nanyan (Sinar Safari) telah kembali ke Rahmatullah pada jam 11.30 malam tadi.

Jenazah akan disolatkan pada jam 11 pagi ini di Masjid Darussalam Padang Keria.

Semoga Allah mencucuri rahmat buat Allahyarham Rhahazi Bin Mat Nanyan.

FORUM IHYA' MASJID SEMARAK DAKWAHForum yang menampilkan Ust Amnan Wuthqa bin Azanol dan Ust Mohd Sufrizan bin Sudin seba...
10/12/2025

FORUM IHYA' MASJID SEMARAK DAKWAH

Forum yang menampilkan Ust Amnan Wuthqa bin Azanol dan Ust Mohd Sufrizan bin Sudin sebagai ahli panel, dikelola oleh Ust Shafi Akhyar bin Zulkefli sebagai Moderator ini bermula selepas solat Maghrib.

Antara beberapa intipati menarik dalam forum malam ini adalah :

1. Walau sibuk kejar dunia, jangan terlalai untuk menjejakkan kaki ke masjid.

2. Allah yang akan meletakkan seseorang itu di syurga atau neraka, bukannya manusia. Maka janganlah kita sewenangnya melabel seseorang itu ahli syurga atau neraka hanya dengan penilaian sesama manusia.
Jika seseorang itu berpakaian sunnah dan rajin solat, belum tentu dia akan masok syurga, dan walau seseorang itu banyak perbuatannya pada mata kita amat negatif, belum tentu dia itu akan masok neraka. Itu semua Allah yang tentukan.

3. Berhati hati dengan media sosial yang pada hari ini menjadi medan fitnah. Ada golongan tertentu menunggang agama demi kepentingan dan keuntongan peribadi, dan dengan sewenangnya menggunakan gelaran 'Ustaz' sebagai modus operandi. Maka hadirin diseru agar bijak menilai baik dan burok sesuatu hidangan di media sosial agar terhindar dari kesesatan.

Pihak Masjid Darussalam Padang Keria mengucapkan ribuan Terima Kaseh kepada panel jemputan, tak lupa juga Terima Kaseh kepada muslimin serta muslimat yang hadir mengimarahkan program malam ini.

Jumlah kehadiran jemaah dianggarkan menghampiri angka 100 orang, dimana ianya adalah signal bahawa program sebegini mendapat sambutan dan sokongan ahli kariah.
Semoga program sebegini diteruskan serta diperbanyakkan lagi dimasa hadapan.

Address

KAMPUNG PADANG KERIA
Kangar
02800

Telephone

+60103854225

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Darussalam Padang Keria, Perlis. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share