Masjid Jamek Al Istiqlal, Taman Mewah, Kamunting

Masjid Jamek Al Istiqlal, Taman Mewah, Kamunting Masjid Istiqlal Taman Mewah terletak di tengah-tengah Taman Mewah Fasa 3, Kamunting, Perak. Dulunya dikenali sebagai Surau Istiqlal.

26/06/2019

Kisah bermula di mana ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba beliau melihat seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu.

Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan: "Wahai budak, berhati-hati dengan kasut kayumu itu. Bimbang nanti engkau akan tergelincir."

(Baca: Dalam Sehari, Berapa Kalikah Anda Bersangka Buruk Terhadap Orang Lain?)

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya.

Budak itu tiba-tiba bertanya: “Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”

Imam Abu Hanifah lalu menjawab: “Namaku Nu’man“.

“Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam (Imam Yang Sangat Hebat) itu?”, budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

Imam Abu Hanifah lalu menjawab: "Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku yang meletakkannya."

Budak itu lalu menjawab: “Wahai Imam, janganlah sampai engkau tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu. Aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir, tapi hanya di dunia semata-mata. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang tergelincir ke dalam neraka Allah lantaran angkuh dan bangga.”

Lalu menangislah Imam Abu Hanifah mendengar nasihat daripada anak kecil tersebut.

Allahu Allah. Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A’dzam ini.

Terima kasih atas baik sangka orang lain terhadap kita.

“Mangsa dipercayai digilis pada bahagian separuh badan terutama bahagian kaki dan masih bernyawa selepas kejadian namun ...
23/06/2019

“Mangsa dipercayai digilis pada bahagian separuh badan terutama bahagian kaki dan masih bernyawa selepas kejadian namun menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian,” katanya.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama para syuhada.

“DIA suami yang baik,” kata Juwariyah Sulaiman, 32, isteri kepada Pensyarah Tahfiz Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Mokhamad Ngifni Abdul Basir, 33, yang maut digilis lori dalam kemalangan di Kilometer 28 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh, hari ini.

23/06/2019

Makluman berkenaan jenazah Al-Marhum Ustaz Mohd Ngifni Bin Abdul Basir.

⭕ Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Forensik Hospital Raja Perempuan Bainun.

⭕ Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Azlan Shah selepas isyak malam ini.

⭕ Solat jenazah akan diadakan pada jam 9.15 malam di Masjid Sultan Azlan Shah.

⭕ Jenazah dibawa p**ang ke rumah mertua beliau di Meru Raya dan urusan pengkebumian di Tanah Perkuburan Meru Raya.

-Info Semasa-

21/06/2019

Kadang2 admin hairan.

Sering datang masjid tp tak kenal antara satu sama lain. Bersalam dan bertegur dengan orang yang dia kenal saja. Allah laknat orang seperti ini.

Berubahlah wahai jemaah Masjid Istiqlal sekalian.

18/05/2019

Kuliah Subuh Hari ini 14 Ramadhan 1440H

Dalam sebuah hadis, tercatat kisah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengaminkan doa malaikat Jibril.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، ” أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَى الْمِنْبَرَ ، فَلَمَّا رَقَى الدَّرَجَةَ الأُولَى ، قَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّانِيَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، ثُمَّ رَقَى الثَّالِثَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ، فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، سَمِعْنَاكَ تَقُولُ : آمِينَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ؟ قَالَ : لَمَّا رَقِيتُ الدَّرَجَةَ الأُولَى جَاءَنِي جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ رَمَضَانَ ، فَانْسَلَخَ مِنْهُ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ، ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ” .

Jabir bin ‘Abdullah berkata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menaiki minbar, ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, baginda menyebut “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, baginda menyebut “Amin”. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah. Kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali. Baginda menjawab: Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepada ku dan berkata: Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut Amin. Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkannya ke dalam syurga. Aku pun menyebut Amin. Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang engkau (iaitu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam) di sebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut Amin.

[Al-Imam Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, hadis no: 640. Shaikh al-Albani berkata ia Sahih Lighairihi dalam Sahih al-Adab al-Mufrad]

05/05/2019

Alhamdulillah. Ramai hari ini jemaah habiskan 20 rakaat solat terawih malam pertama Ramadhan.

Selamat menyambut Ramadhan 1440 H buat semua jemaah Masjid Istiqlal Taman Mewah.

Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang Ramadhan 1440 H :
1. Bacaan Tahlil setiap hari di bulan Ramadhan bermula 7.00 malam
2. Majlis Iftar Ramadhan setiap hari
3. Tazkirah ringkas selepas solat Isyak
4. Solat Tarawih 20 rakaat dan Witir 3 Rakaat setiap malam Ramadhan.

Selamat menunaikan ibadah dan semoga amalan kita diterima oleh Allah s.w.t

21/04/2019

MAKLUMAN:

🚩 SOLAT SUNAT TARAWIH 20 RAKAAT

🚩 LARANGAN MENGADAKAN TAZKIRAH SEBELUM DAN DI ANTARA SOLAT SUNAT TARAWIH

🚩 JEMPUTAN IMAM LUAR UNTUK MENJADI IMAM SOLAT SUNAT TARAWIH

Kredit: Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak

08/07/2018

Salam Hari Khariah
Hari ini adalah hari Mesyuarat Agong Khairat Kematian Masjid Taman Mewah.

8 Julai 2018
8.30 pagi
Dewan Solat Masjid

Aktiviti
1. Pendaftaran ahli baru
2. Pembayaran yuran tahunan
3. Mesyuarat Agong
4. Jamuan Hari Raya

14/03/2018

Para ulama juga menyusun beberapa sifat-sifat yang digalakkan ada pada imam. Ini berdasarkan daripada Ibn Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِى الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِى السُّنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِى الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ سِناً

Maksudnya: “Yang menjadi imam bagi sesuatu kump**an ialah orang yang lebih pandai membaca al-Quran. Sekiranya mereka setara dalam bacaan, maka yang lebih alim dalam hadith, jika dalam hadith mereka pun sama maka yang lebih dahulu berhijrah, dan jika dalam hijrah juga mereka masih sama maka yang lebih tua usianya di kalangan mereka.”

Riwayat Muslim (613)

Justeru, sifat yang sangat digalakkan bagi seseorang imam antaranya ialah yang lebih alim, lebih fasih, lebih soleh dan lebih tua di kalangan mereka. Apabila sifat-sifat ini terdapat kepada seseorang imam, maka bersolatlah di belakangnya adalah lebih afdhal dan pahalanya lebih diharapkan.

Manakala antara imam yang dimakruhkan untuk diikuti ialah ahli bidaah dan orang yang fasiq (mereka yang dikenali kerap berbuat maksiat). Namun jika bertembung antara mana yang lebih adhal; solat bersendirian atau berjemaah dengan ahli bidaah atau orang fasiq, maka di sini ada perbezaan pendapat. Imam Ibn Hajar al-Haitami menyatakan lebih baik bersolat sendirian, manakala Imam al-Ramli p**a berkata bersolat Jemaah bersama mereka adalah lebih afdhal. Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah Qism Ibadat (ms. 308).

Kami cenderung kepada pendapat bahawa hukum merokok adalah haram, menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali ke-37 pada 23 Mac 1995 telah memutuskan tabiat merokok itu adalah haram mengikut pandangan Islam. Justeru tidak sepatutnya seorang imam solat berjemaah itu adalah seorang perokok sekalipun hukum solat mengikutnya adalah sah. Tetapi kami lebih cenderung untuk menyatakan bahawa janganlah ditinggalkan solat berjemaah di satu-satu tempat hanya kerana imamnya seorang perokok. Sebaiknya bersama-sama membantu mengubah tabiat buruk ini dengan nasihat dan doa sebagai saudara seislam.

Wallahua’lam.

Selamat Datang Dr Zulkifli M***i Wilayah Persekutuan ke Masjid Taman Mewah Kamunting Perak
08/09/2017

Selamat Datang Dr Zulkifli M***i Wilayah Persekutuan ke Masjid Taman Mewah Kamunting Perak

Masjid sudah hilang tarbiah bila hati yg hadir masih penuh riak dan sombong..
16/07/2017

Masjid sudah hilang tarbiah bila hati yg hadir masih penuh riak dan sombong..

Jadual Kuliah Agama Bulan Julai 2017
03/07/2017

Jadual Kuliah Agama Bulan Julai 2017

Address

Taman Mewah Fasa 3
Kamunting
34600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Al Istiqlal, Taman Mewah, Kamunting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share