Madrasah Tahfiz Darul Islah Lil Banat Sg Serdang

Madrasah Tahfiz Darul Islah Lil Banat Sg Serdang MTDILB diasaskan oleh Almarhumah Ummina Hjh. Siti Hasnah Bt KH. Ahmad Syuhod@Alwy pada tahun 2011.

Bidang khusus MTDILB ialah Hafazan Al Quran & Dinniyyah , MTDILB juga mempunyai cawangan Madrasah di Rantau Panjang, Klang khusus bidang A'limah & Da'iyah.

Minggu Kemahiran MemasakAlhamdulillah, pelajar2 belajar memasak :Menu : Kuew teow kungfu kuah tomyamKuew teow goreng Kua...
09/05/2026

Minggu Kemahiran Memasak

Alhamdulillah, pelajar2 belajar memasak :

Menu : Kuew teow kungfu kuah tomyam

Kuew teow goreng
Kuah tomyam ayam
Cili oil

❣️

06/05/2026

KEM PENGUKUHAN AQIDAH

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kem Pengukuhan Aqidah Muslimat pada 1–3 Mei 2026.

Program ini bukan sekadar kem biasa, tetapi memberi penekanan khusus dalam memperkukuhkan keyakinan akidah para peserta. Sepanjang kem, para pelajar didedahkan dengan penghayatan 20 sifat wajib bagi Allah, agar mereka lebih mengenal dan meyakini kebesaran-Nya dengan lebih mendalam.

Lebih bermakna, setiap pengisian tidak hanya bersifat teori, malah dihubungkan dengan aktiviti latihan yang mencabar fizikal dan emosi seperti mendaki bukit dalam cuaca panas serta bermunajat dalam suasana hujan. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan menguji kekuatan iman, kesabaran, dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan.

Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam membina jati diri Muslimah yang teguh aqidahnya.

Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan dan doa semua pihak 🤍

06/04/2026

Menghadiri jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Maahad Tahfiz AlHidayah wal Ehsan ❣️ Jazakillahu Khayran Jaza' kepada tuan rumah atas jemputannya..

03/04/2026

Alhamdulillah pelajar2 bersama dengan para asatidzah telah hadir jemputan Majlis sambutan Hari Raya Petropower di Sg Serdang ❣️ Jazakillahu Khayran Jaza' kepada tuan rumah atas jemputannya..

بسم الله الرحمن الرحيم 🕌 *PERKONGSIAN SAHAM AKHIRAT .*-------------------------------------INFAQ / SUMBANGAN / TAJAAN MA...
09/02/2026

بسم الله الرحمن الرحيم

🕌 *PERKONGSIAN SAHAM AKHIRAT .*
-------------------------------------

INFAQ / SUMBANGAN / TAJAAN MAJLIS BERBUKA PUASA & SAHUR 1996H/2025 .

*MADRASAH TAHFIZ DARUL ISLAH SUNGAI SERDANG*

Sumbangan Tn/Pn boleh di sampaikan secara Tunai / transfer atas nama :-

🕌 *Tahfiz darul Islah lil Banat*
Bank Islam : 12010010102226
Ref : Infaq Ramadhan

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berkekalan , diberkati Allah SWT serta mendidik anak-anak agar mencintai amalan bersedekah . Setiap sumbangan dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai .
--------------------------------

📍 *Sekiranya Tn/Pn berhasrat ingin menyumbang dari segi makanan Amatlah di alu-alukan* 🌹.
* Jumlah keseluruhan penghuni di Madrasah adalah seramai 70 orang .

--------------------------------

🔖Sedikit perkongsian :-

Nabi SAW bersabda ,
" Siapa yang memberi makan ( saat berbuka ) untuk orang yang berpuasa , Maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang di beri makannya itu tanpa dikurangi sedikit pun dari pahalanya ".
( HR At Tirmidzi no.735)

🌹Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & memberkati para Penginfaq serta Ahli keluarga Di Dunia & Di Akhirat . Amin Ya Rabbal Alamin 🤲 .

☎️ Sebarang pertanyaan boleh hubungi no di bawah :-

Pejabat - 0183795857
Pn Solaiha - 0133674778

Sekian Jazakumullahu Khairan Kathiran ...

Address

Madrasah Tahfiz Darul Islah Sg. Serdang, Lorong Mawar, Jalan Sg. Serdang, Kampung Sg. Serdang,, Kapar, Klang Darul Ehsan
Kampung Sungai Serdang
42200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tahfiz Darul Islah Lil Banat Sg Serdang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Madrasah Tahfiz Darul Islah Lil Banat Sg Serdang:

Shortcuts

Share