Hi Supplier Arnab

Hi Supplier Arnab Page ini menyediakan maklumat dan ilmu tentang Arnab sebagai haiwan peliharaan, haiwan ternakan dan haiwan untuk dipasarkan. Semoga ianya berjaya. Amiin.:)

PENJAGAAN ANAK ARNAB JIKA IBU TIDAK MENYUSUKAN ANAKNYABiasanya kes begini terjadi pada ibu arnab yang pertama kali melah...
13/02/2017

PENJAGAAN ANAK ARNAB JIKA IBU TIDAK MENYUSUKAN ANAKNYA

Biasanya kes begini terjadi pada ibu arnab yang pertama kali melahirkan anak.

Antara cara yang perlu dilakukan jika masalah begini berlaku adalah seperti berikut :

1. Ambil ibu arnab tersebut, masukkan ke dalam kotak atau bakul, usap kepala ibu arnab sehingga nampak tenang kemudian letakkan anak di bawah badan ibu. Setelah 5-10 minit, angkat ibunya semula dan letakkan kembali ke dalam sangkar. Anak tersebut di letakkan semula ke dalam bakul beranak yang terletak di dalam sangkar ibu arnab tadi. Ulang langkah yang sama pagi dan petang.

* Letakkan kotak/Bakul di tempat tinggi seperti meja/kerusi bagi mengelakkan dari ibu arnab lari.


-Menggunakan kotak(Gambar 1)

-Menggunakan bakul(Gambar 2)

2. Bagi Ibu arnab yang tak aggresif, cara seperti di bawah boleh di gunakan.(Gambar 3)

* PERINGATAN

Jangan mengganggu ibu arnab. Jika ibu tersebut cemas atau takut dia boleh membunuh atau mencederakan anaknya sendiri.
Berikan Makan kepada ibu arnab dengan makanan yang berkhasiat, kerana ibu arnab menyediakan sumber makanan utama untuk anaknya,
Pastikan ibu arnab mendapat makanan yang mencukupi. Jika tidak ibu arnab akan memakan anaknya sendiri.

TERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIAL*SISTEM PENGELUARANBAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?Peternakan...
28/01/2017

TERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIAL
*SISTEM PENGELUARAN

BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?

Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:-

Unit pembiakan baka.Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka-baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kump**an ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini p**a melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan p**a stok induk tuai

Unit pengeluaran daging. Kump**an stok induk tuai tadi dengan melalui program pembiakan akan menghasilkan p**a anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.

*BAKA

APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ? Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:

1.New Zealand White.

2.Calfornian.

3.Carolina.

4.New Simonare.

5.Sepanyol.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ?

Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging. Pemilihan baka Pedaging biasanya diimport di atas adalah kerana berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara berbanding pada arnab tempatan, seperti:



Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.

Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.

Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.

Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2kg.

Pusat jualan baka

DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI ?

Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Perancis.Namun begitu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus.

*SAIZ EKONOMI

BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING ?
-
Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
-
Untuk secara sampingan p**a boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan.
-
Untuk pengeluaran secara penuh masa bolehlah memulakan 500 induk dan 100 pejantan.
-
Pemilihan kawasan

Semoga bermanfaat,

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
In sha Allah, aamiin

16/01/2017

DUIT BERBISIK KEPADA SAYA !

Salam perkenalan,

Nama aku : Duit
Nama lain : Wang
Nama samaran : pitis
Org putih : money
Org arab : fulus

Wajahku biasa2 sahaja, fizikalku p**a sangat lemah, Namun aku boleh memporak perandakan penghuni dunia ni dgn sekelip mata.

Aku juga "BOLEH" mengubah perilakumu dari baik menjadi jahat, bahkan sifat Manusia, kerana manusia sentiasa mengejar dan mengidolakan aku.

Banyak orang berubah keperibadiannya kerana aku,­­­­ Ada yang mengkhianati temannya, Ada yang sanggup menjual tubuh badannya, Bahkan ada yg sanggup meninggalkan keyakinan imannya, demi mengejar aku. Hebat kan aku ?

Aku tidak memahami perbezaan antara orang yang soleh & jahat, Tetapi manusia menggunakan aku utk mendapatkan darjat, menentukan kaya atau miskin & rasa dihormati atau terhina.

Aku bukan iblis, tapi orang selalu melakukan perkara yg keji demi mengejar aku.

Aku juga bukan org ketiga, tapi banyak suami isteri bercerai gara2 mengejar aku, adik beradik bergaduh dan saling membenci kerana aku. Anak dan orang tuanya berselisih faham gara2 aku.

Sangat jelas aku juga bukan Allah, Tetapi manusia sanggup menyembah aku seperti Allah, bahkan kerap kali hamba2 Allah lebih menghormati aku,
Padahal b*k ulama sudah pesan jangan jadi hamba DUIT.

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapa pun, tapi ramai orang sanggup mati demi aku.

S**a aku ingatkan,
Aku bole ditukar utk menjadi resit ubat kamu, tapi aku tak mampu untuk memanjangkan umur kamu.

Kalau suatu hari nnt kamu dijemput oleh Allah swt, aku tak boleh menemani kamu. Apalagi utk menjadi penebus dosa2 kamu. Kamu mesti berdepan dgn Allah swt sendirian tanpa aku.

Saat itu, Allah pasti akan mulakan penghitungan dengan kamu, ADAKAH SELAMA HIDUP KAMU MENGGUNAKAN aku ke jalan yang baik2, atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai Tuhan ?

INI AMANAT AKHIRKU :

Aku "TIDAK ADA DI SYURGA",
Jadi jangan cari aku disana.

CADANGAN AKU :

1. Jangan terlalu sayang dgn aku.
2. Jangan lupa gunakan aku utk byr Zakat, Infakkan aku selalu, Sedekah aku selalu supaya aku menjadikan hidupmu lebih "BAROKAH" di dunia dan akhirat.

_ Imbangi Antara Pemburuan Dunia Dan Akhirat _

SHARING IS CARING

KEBAIKAN DAGING ARNAB-Rendah KolesterolDaging arnab mempunyai kadar protein yg tinggi, daging arnab juga mempunyai kandu...
15/01/2017

KEBAIKAN DAGING ARNAB

-Rendah Kolesterol

Daging arnab mempunyai kadar protein yg tinggi, daging arnab juga mempunyai kandungan serat halus yg tinggi. Kandungan airnya juga lebih tinggi(67.9%) berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri. Kadar lemak yg terkandung di dalam daging arnab adalah 75g/kg di mana sebahagian besar lemak tersebut adalah dalam bentuk tak tepu. Selain itu, paras kolestrol di dalam daging arnab rendah iaitu 1.39mg/kg manakal kandungan natrium hanya 399mg/kg.

-Rendah Lemak

Berdasarkan khasiatnya yang dapat meningkatkan kemampuan golongan lelaki, daging arnab memiliki banyak persamaan dengan daging kambing. Kelebihannya adalah terdiri daripada kandungan protein yang lebih tinggi dan kadar lemak yang sgt sedikit.

Ia bukan saja dapat meningkatkan tenaga, malah dapat memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Oleh itu, ibu bapa disarankan utk menyediakan menu yg terdiri daripada daging arnab untuk keperluan tumbesaran anak-anak yg baik.

Daging arnab dapat mengempiskan perut dan melawaskan air kencing jika dimakan dlm kuantit yg mencukupi. Daging arnab yg terdapat pada bahagian kepala jika dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.

Tahu tak kita yang Arnab merupakan haiwan istimewa?Arnab mempunyai sifat kelembutan dan peramah dengan tuannya. Arnab me...
29/11/2016

Tahu tak kita yang Arnab merupakan haiwan istimewa?

Arnab mempunyai sifat kelembutan dan peramah dengan tuannya. Arnab merupakan haiwan yang taat dan kenal akan tuannya. Arnab akan kembali ke tempat asalnya jika ia sesat dan terlepas dari sangkarnya.

ARNAB PEDAGING.Arnab telah wujud lebih 600 000 tahun yang lalu di negara Sepanyol. Oleh sebab itu, perkataan yang sering...
28/11/2016

ARNAB PEDAGING.

Arnab telah wujud lebih 600 000 tahun yang lalu di negara Sepanyol. Oleh sebab itu, perkataan yang sering dikaitkan dengan bangsa Sepanyol ialah "Hispania" yang bermaksud "negara arnab". Dari Sepanyol, ternakan ini dibawa dan dibiak ke negara Eropah yang lain serta ke Afrika Utara.

Perubahan pada rupa bentuk arnab banyak dipengaruhi oleh manusia yang menginginkan arnab yang berbagai-bagai warna dan saiz. Arnab yang diternak sekarang berasal daripada spesies Oryctolagus cuniculus. Baka arnab boleh dikategorikan kepada tiga mengikut saiz badan iaitu baka besar (Flemish Giant, Chekered Giant dan German Lops), baka sederhana (New Zealand White, Californian, New Simonaire, Carolina dan Satin) serta baka kecil (baka tempatan: Rex dan Angora).

Arnab ialah ternakan yang istimewa. Ternakan ini mudah dipelihara sama ada sebagai haiwan kesayangan atau hobi. Arnab juga dipelihara untuk kulit, daging dan bulu, atau untuk pameran dan sebagai haiwan makmal untuk penyelidikan. Baka seperti New Zealand White, Californian, Carolina dan New Simonaire dipelihara sebagai arnab pedaging. Baka Rex dan Angora diternak bagi menghasilkan bulu. Sementara, Flemish Giant, German Lops dan baka sederhana seperti English Lops, Champagne d'Argent dan Chinchilla American dibesarkan untuk kulit dan dagingnya.

Arnab mampu melahirkan anak yang banyak beberapa kali setahun di samping mempunyai pusingan pengeluaran yang pendek. Berbeza dengan ayam, arnab dapat membesar dengan lebih cepat apabila diberi makanan yang mengandungi serabut kasar yang tinggi (14-16%). Arnab juga boleh diternak sebagai sumber makanan untuk keluarga dan boleh dipelihara secara kecil-kecilan atau secara besar-besaran untuk tujuan komersial.

Daging arnab mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kaya dengan vitamin B12 manakala kandungan kalori, lemak, kolesterol dan asid uriknya rendah. Dari segi perubatan, daging arnab baik untuk mereka yang mempunyai masalah pencernaan kerana mudah dihadam. Selain itu, daging arnab amat baik bagi mereka yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi dan gout.

Terima kasih meluangkan masa untuk membaca. Semoga kita semua sentiasa mendapat Rahmat dan Keredhaan ALLAH SWT di dunia dan di akhirat. Semoga kita semua sentiasa dirindui dan dicintai Nabi Muhammad SAW di dunia dan di akhirat. Semoga perniagaan arnab daging yang kami lakukan berjaya dan terus berjaya. Inshaa ALLAH SWT. Amiin. 😊

Dipetik dari buku Penternakan Arnab. Keluaran MARDI.

CINTAILAH RASULULLAH SAW, ITULAH CINTA TERINDAH.Dua kalimah Syahadah, Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu ...
27/11/2016

CINTAILAH RASULULLAH SAW, ITULAH CINTA TERINDAH.

Dua kalimah Syahadah, Tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH' adalah bukti bahawa cinta kepada ALLAH SWT dan Rasulullah SAW tidak terpisah. Cinta ALLAH SWT merupakan tujuan, manakala cinta Rasulullah SAW itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan Lailahaillallah tanpa mengikut jalan Muhammad Rasulullah SAW.

Keyakinan kita kepada ALLAH SWT adalah berkat curahan ilmu, didikan, bimbingan dan pimpinan daripada Rasulullah SAW. Justeru, Rasulullah SAW merupakan manusia yang amat luar biasa. Baginda SAW tidak dididik oleh manusia, tetapi dididik oleh ALLAH SWT. Setiap kata-kata yang keluar dari lidahnya merupakan suatu perkara yang mulia dan tidak pernah sia-sia melainkan semuanya berpandukan kepada wahyu ALLAH SWT. Sepertimana firman ALLAH SWT dalam surah al-Najm ayat 3-4 yang bermaksud,

"Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya."

Jika hati mencintai kebaikan, maka butalah hati itu jika tidak mencintai Rasulullah SAW. Ini kerana Baginda SAW merupakan insan terbaik dan paling banyak menabur kebaikan. Jika hati mencintai keindahan, maka matilah hati itu jika tidak tertanam kecintaan kepada keindahan Rasulullah SAW kerana senyuman, sapaan, teguran, pujukan, bahkan marahnya itu tetap kelihatan indah.

Jika hati masih keras dan tidak merasai sebarang perasaan pada junjungan mulia Baginda Nabi SAW, maka perlulah diselidiki dan perbaiki hati kita agar tertanam walau sekelumit kecintaan pada Baginda SAW yang telah berjuang dan menyebarkan agama ALLAH SWT di muka bumi ini.

Baginda SAW pernah mengikat perutnya dengan menggunakan batu bagi menahan lapar ketika berjihad, dan giginya patah disebabkan oleh asakan dan tusukan senjata musuh. Tatkala keluar dari rumah, Baginda SAW pasti akan mengalami luka-luka akibat dilontar dengan batu, dilempar dengan najis, bangkai dan duri, juga diperosok ke dalam lubang, serta pernah dikepung oleh pihak musuh untuk dibunuh. Ini semua berlaku ke atas junjungan mulia Baginda Nabi SAW semata-mata kerana Baginda SAW ingin menyampaikan iman dan Islam buat manusia.

Di saat ingin menghembuskan nafasnya yang terakhir Baginda SAW masih lagi berfikir mengenai keselamatan buat umatnya. Setelah diberitakan oleh malaikat Jibril a.s. bahawa ALLAH SWT menjanjikan sesuatu istimewa kepada umatnya barulah Baginda Nabi SAW pergi menemui al-Rafiq al-A'la (teman yang Maha Tinggi iaitu ALLAH SWT) dengan perasaan lega. Baginda SAW pergi ke hadrat Ilahi tanpa mewariskan sebarang harta namun akhlak dan peribadi Baginda SAW sudah cukup menjadi mutiara berharga buat umat Islam semuanya.

Begitulah cinta Rasulullah SAW kepada umatnya. Namun, bagaimana p**a kecintaan kita kepada Baginda SAW? Sewajarnya kita perlu bermonolog dan bertanya kepada diri kita sendiri, 'Di manakah Rasulullah SAW dalam hati kita? Apakah benar aku mencintai Rasulullah SAW?

"Ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim. Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya kami tidak sanggup kehilangan kekasihmu ini. Ya ALLAH, jangan Engkau pisahkan kami sama ada di dunia mahupun di akhirat dengan Baginda SAW. Sesungguhnya kami di sini sangat mencintai kekasihMu, Saidina Rasulullah SAW..." Dengan berkat selawat, setiap doa, hajat dan permintaan dimakbulkan.

Allahuma sholi 'ala sayidina
Muhammad nabiyil umiyi wa'alihi wa shobihi wa salim.

اللَّهُــــــــمّ صَــــــلے و سَلّـــــم علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ وعلــــــــى الـــــــه وصـحبه و سَلّـــــم

Amin Allahuma Amiin.

Dipetik dari buku "BERCINTA DENGAN RASULULLAH SAW (Seolah-olah Kamu Melihatnya)."
[Penulis: Mohammad Suhair Asyaraf dan Kata Pengantar: Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari.]

BAGINDA SAW MERUPAKAN MAKHLUK PALING MULIA. Nabi Muhammad SAW merupakan insan yang paling mulia antara sekalian makhluk ...
26/11/2016

BAGINDA SAW MERUPAKAN MAKHLUK PALING MULIA.

Nabi Muhammad SAW merupakan insan yang paling mulia antara sekalian makhluk ciptaan-Nya. Kemuliaan Baginda SAW menjangkaui para Anbiya, Auliya dan seluruh makhluk yang lain. Oleh sebab itulah Baginda SAW layak untuk dimuliakan dan dianggap sebagai kekasih ALLAH SWT yang paling utama.

♡ Salah satu tanda cinta kepada Baginda Nabi SAW adalah memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW. Mereka yang mencintai ALLAH SWT dan Baginda SAW pasti akan merasainya sehingga menusuk ke dalam sanubari hati dan mudah mengalirkan air mata tatkala mendengar puji-pujian mahupun selawat kepada Rasulullah SAW. Golongan ini juga pasti akan berasa gementar tatkala menyebut nama dan kekasih-Nya, ALLAH SWT. ♡

ALLAH SWT juga ada menyeru kepada kita agar cinta kepada orang yang dicintai oleh-Nya dan orang yang paling dicintai ALLAH SWT adalah Baginda Nabi Muhammad SAW. Dalam al-Quran, ALLAH SWT ada menyebut bahawa golongan yang dicintai oleh-Nya ialah kaum Ansar dan Muhajirin kerana terdapat bersama-sama mereka ialah Saidina Rasulullah SAW. Seperti firman ALLAH SWT menerusi surah al-Hasyr ayat 9-10 yang bermaksud:

"Dan orang-orang (Ansar) yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah ke tempat mereka.

Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin) dan mereka mengutamakan (Muhajirin) atas dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan. Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa, 'Ya ALLAH, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya ALLAH, sungguh Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang'."

Demikian gambaran betapa kaum Ansar mencintai kaum Muhajirin tanpa menaruh keinginan dalam hati terhadap apa-apa yang diberikan oleh kaum Muhajirin, ertinya mereka cinta dengan penuh tulus hati kerana ALLAH SWT dan Rasul-Nya.

ALLAH SWT akan mencintai sesiapa sahaja dalam kalangan hamba-Nya yang mencintai Baginda Nabi SAW serta yang berada di sekelilingnya. Daripada al-Barra' bin Aazib r.hu. dari Nabi Muhammad SAW, sesungguhnya Baginda SAW bersabda berkenaan kaum Ansar,

"Tiada (sesiapa) yang mencintai mereka (kaum Ansar) kecuali orang mukmin. Tiada yang membenci mereka (kaum Ansar) kecuali orang munafik. Sesiapa yang cinta kepada sahabat Ansar, maka akan dikasihi oleh ALLAH, sesiapa yang membenci maka akan dibenci oleh ALLAH."

Daripada Muaz r.hu. katanya bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, bahawa ALLAH SWT berfirman,

"Sesiapa yang mencintai dan berkasih sayang (cinta) kerana kebesaran-Ku, mereka akan memperolehi beberapa mimbar dari cahaya yang diingini oleh para nabi dan para syuhada."
(Riwayat at-Tirmizi).

ALLAH SWT memerintahkan agar kita sentiasa ingat kepada-Nya kerana ALLAH SWT akan sentiasa ingat pada kita. Orang yang sentiasa ingat kepada seseorang, tanda dia cinta kepada orang itu. Seterusnya di akhirat kelak, seseorang itu akan bersama-sama dalam syurga dengan orang yang dicintainya. Jika kita cinta kepada Rasulullah SAW tentu kita akan bersama-sama Baginda SAW di akhirat kelak dalam syurga. Buktinya,

Zirr bin Hubaisy r.hu. berkata, "Aku datang kepada Safwan bin Assal untuk bertanya tentang hal mengusap khuf (sepatu), maka dia bertanya, 'Mengapa engkau datang wahai Zirr?'."

Jawabku, "Untuk menuntut ilmu."

Berkata Safwan r.hu, "Sesungguhnya malaikat menghamparkan sayapnya kepada orang yang datang menuntut ilmu kerana amat gembira dengan apa-apa yang dituntutnya."

Maka aku bertanya, "Sebenarnya hatiku berasa ragu tentang hal mengusap khuf (sepatu) sesudah buang air, sedang engkau seorang sahabat Nabi SAW. Apakah engkau pernah mendengar Rasulullah SAW menyebut tentang itu?"

Jawabnya, "Benar, Baginda Nabi SAW ada meminta kami supaya tidak membuka khuf sehingga tiga hari tiga malam, kecuali jika berjanabat maka wajib dibuka (untuk tujuan mandi hadas). Namun dibenarkan untuk tidak membuka khuf itu sekiranya berhadas kecil, besar atau tidur."

Kemudian aku bertanya lagi, "Adakah engkau pernah mendengar Rasulullah SAW menyebut tentang hal cinta?"

Jawabnya, "Ya ada, iaitu ketika kami dalam musafir bersama-sama Rasulullah SAW, seorang Badwi telah memanggil Rasulullah SAW dengan suara yang keras, 'Ya Muhammad!'."

Dijawab oleh Nabi SAW hampir menyamai suaranya. Maka aku peringatkan orang Badwi itu, "Rendahkan sedikit suaramu ketika berdepan dengan Rasulullah SAW kerana kelakuan seperti kamu itu dilarang."

Jawab Badwi itu, "Demi ALLAH, aku tidak akan merendahkan suaraku." Kemudian dia (Badwi) bertanya kepada Nabi SAW, "Bagaimana seseorang yang kasih pada suatu kaum tetapi dia tidak dapat berkumpul dengan mereka (di dunia)?."

Jawab Nabi SAW,

"Seseorang itu akan berkumpul dengan kekasihnya pada hari kiamat."
(Riwayat Imam Tirmizi, hadis hasan lagi sahih).

Ibnu Mas'ud r.hu. berkata,

"Seseorang datang kepada Nabi SAW lalu bertanya, 'Ya Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu sekiranya seseorang cinta pada suatu kaum, tetapi dia tidak dapat berkumpul dengan mereka (di dunia)?' Jawab Baginda Nabi SAW, 'Seseorang akan berkumpul dengan siapa yang dicintai (di akhirat)'."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Daripada Abu Musa al-Asyari r.hu. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

"'Bagaimana sekiranya seseorang itu cinta pada suatu kaum tetapi tidak berkumpul bersama mereka?' Jawab Baginda Nabi SAW, 'Seseorang itu akan tetap berkumpul dengan kekasihnya (di akhirat)'."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

"Ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim. Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya kami tidak sanggup kehilangan kekasihmu ini. Ya ALLAH, jangan Engkau pisahkan kami sama ada di dunia mahupun di akhirat dengan Baginda SAW. Sesungguhnya kami di sini sangat mencintai kekasihMu, Saidina Rasulullah SAW..." Dengan berkat selawat, setiap doa, hajat dan permintaan dimakbulkan.

Allahuma sholi 'ala sayidina
Muhammad nabiyil umiyi wa'alihi wa shobihi wa salim.

اللَّهُــــــــمّ صَــــــلے و سَلّـــــم علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ وعلــــــــى الـــــــه وصـحبه و سَلّـــــم

Amin Allahuma Amiin.

Dipetik dari buku "BERCINTA DENGAN RASULULLAH SAW (Seolah-olah Kamu Melihatnya)."
[Penulis: Mohammad Suhair Asyaraf dan Kata Pengantar: Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari.]

KEPENTINGAN MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW.Nabi kita yang tercinta Saidina Muhammad Rasulullah SAW merupakan khatamul anbiy...
25/11/2016

KEPENTINGAN MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW.

Nabi kita yang tercinta Saidina Muhammad Rasulullah SAW merupakan khatamul anbiya' (penutup para nabi). Kecintaan kepada Baginda SAW merupakan suatu perkara yang amat penting kerana ia merupakan wasilah cinta kita kepada ALLAH SWT. Apabila seseorang itu mencintai Baginda SAW, bererti dia juga mencintai ALLAH SWT. Ini kerana ALLAH SWT telah menyatakan menerusi firma-Nya yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad), 'Jika kamu benar-benar mencintai ALLAH, maka ikutilah aku nescaya ALLAH mencintai kamu serta mengampuni dosa-dosa kamu.' Dan (ingatlah) ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani'."
(Ali-Imran: 31).

Dalam Sahih Bukhari juga ada menyebut mengenai kesempurnaan iman seseorang muslim. Daripada Anas r.hu. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada anak-anaknya, orang tuanya dan manusia keseluruhannya."
(Riwayat Bukhari, Imam Ahmad, Muslim, at-Tirmizi, an-Nasa'i dan Ibn Majah).

Tuntutan kepada kita agar mencintai Rasulullah SAW adalah kerana sekiranya seseorang muslim itu tidak mencintai Rasulullah SAW maka dia tidak akan dianggap sebagai orang yang beriman. Bahkan tidak seharusnya dia dianggap dalam kalangan umat Nabi SAW. Rasulullah SAW bersabda,

"Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri dan menyintai ahli keluargaku (ahlul bait) melebihi ahli keluarganya, mencintai anak cucuku melebihi anak cucunya, mencintai keturunanku melebihi keturunannya."
(Riwayat Tabrani, Imam al-Baihaqi daripada Abdul Rahman Abi Laila daripada bapanya).

Kemuliaan Baginda SAW merupakan suatu perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia. Hanya kerana kemuliaan Baginda SAW, maka kita juga dituntut agar mencintai apa-apa sahaja yang berada di sekitarnya sama ada ahli keluarganya yang terdiri daripada para isterinya, anak cucunya dan seluruh keturunannya (ahlul bait) sepertimana yang diterangkan dalam hadis di atas.

Seseorang yang telah merasai kemanisan mencintai ALLAH SWT dan Rasulullah SAW pasti akan sampai ke tahap sanggup mengorbankan masa, tenaga, harta bahkan nyawanya semata-mata kerana cinta kepada Baginda Nabi SAW.

Mereka yang mencapai tahap kecintaan seperti ini pasti akan terus bersemangat dan rela hati sekiranya diajak untuk pergi berjihad, berdakwah, menghadiri majlis Rasulullah SAW mahupun melakukan perkara-perkara kebaikan yang lain. Ini kerana cinta yang tumbuh dalam sanubari mereka seolah-olah mengatasi segala-galanya.

Apabila seseorang itu benar-benar mencintai Baginda Nabi SAW, perasaan rindu pasti akan mencengkam dalam dirinya dan secara tidak langsung air mata pasti akan mengalir dengan sendirinya kerana tidak tertahan menanggung kerinduan.

"Ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim. Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya kami tidak sanggup kehilangan kekasihmu ini. Ya ALLAH, jangan Engkau pisahkan kami sama ada di dunia mahupun di akhirat dengan Baginda SAW. Sesungguhnya kami di sini sangat mencintai kekasihMu, Saidina Rasulullah SAW..." Dengan berkat selawat, setiap doa, hajat dan permintaan dimakbulkan.

Allahuma sholi 'ala sayidina
Muhammad nabiyil umiyi wa'alihi wa shobihi wa salim.

اللَّهُــــــــمّ صَــــــلے و سَلّـــــم علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ وعلــــــــى الـــــــه وصـحبه و سَلّـــــم

Amin Allahuma Amiin.

Dipetik dari buku "BERCINTA DENGAN RASULULLAH SAW (Seolah-olah Kamu Melihatnya)."
[Penulis: Mohammad Suhair Asyaraf dan Kata Pengantar: Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari.]

ADA APA DENGAN CINTA?Cinta tidak dapat dinyatakan hanya melalui kata-kata melainkan ia harus dipersembahkan dengan perbu...
24/11/2016

ADA APA DENGAN CINTA?

Cinta tidak dapat dinyatakan hanya melalui kata-kata melainkan ia harus dipersembahkan dengan perbuatan. Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah, cinta dapat dirumuskan dengan memerhatikan turutan kata 'cinta' atau dalam bahasa Arab, disebut sebagai 'marhabbah' yang berasal daripada perkataan 'hub'.

Ada lima makna untuk akar perkataan 'hub' ini iaitu pertama: al-Shafa wa al-Bayadh iaitu putih bersih. Kedua, al-u'luww wa al-zhuhur iaitu tinggi dan jelas. Ketiga, al-luzum wa al-tsubut iaitu terus-menerus dan menetap. Keempat, al-lubb iaitu inti atau isi sesuatu manakala kelima, al-hifzh wal-imsak iaitu menjaga dan menahan.

Jika seseorang yang sedang bercinta, disusuli dengan lima perkara yang tersebut di atas, bermakna cintanya itu bukan cinta yang dusta, bukan sesuatu yang dipermainkan dan ia merupakan cinta yang akan melahirkan sesuatu yang luar biasa. Manusia yang sedang bercinta akan menjadikan apa-apa yang dicintai itu sebagai suatu yang mulia.

Abu Qasim Husain bin Muhammad ar-Raghib al-Asfahani berkata,

"Cinta ialah kecenderungan hati kepada apa yang dilihatnya dan disukai."

KEBANYAKAN MANUSIA AKAN CENDERUNG CINTANYA KEPADA LIMA PERKARA:

IBU BAPA

Seseorang akan melepaskan cintanya kepada kedua ibu bapanya kerana mereka telah menjaga dan mengasihi sejak kecil. Ibu bapa juga merupakan tempat penentu keredaan hidup seseorang. Seperti sabda Rasulullah SAW,

"Keredaan ALLAH terletak pada keredaan ibu bapa manakala kemurkaan ALLAH terletak pada kemurkaan ibu bapa."
(Riwayat at-Tirmizi).

ANAK-ANAK.

Kebiasaannya, seseorang itu akan mencurahkan kasih sayangnya kepada anak-anaknya kerana anak tersebut merupakan antara anugerah besar diberikan oleh ALLAH SWT kepada mereka.

SUAMI ISTERI.

Setiap orang berhasrat untuk berkahwin, dan apabila seseorang itu sudah berkahwin, maka pasti ia akan menaruh cintanya kepada pasangan masing-masing. Ini kerana hidup berumahtangga akan menjadikan hidup seseorang lebih tenang dan indah daripada sebelumnya.

SAHABAT.

Mencintai sahabat atau rakan-rakan kerana mereka ibarat bintang-bintang yang menghiasi kegelapan malam. Ini kerana, di mana-mana sahaja kita berada, sahabat adalah antara individu pertama yang akan bersama kita sama ada pada waktu susah mahupun senang.

HARTA BENDA.

Harta benda adalah nikmat pemberian ALLAH SWT kepada hamba-Nya di dunia. Kebanyakan manusia mencintai hartanya kerana menganggap harta tersebut merupakan hasil usaha yang dilakukannya.

Namun cinta yang paling agung serta tiada tandingan adalah tatkala seseorang itu mencintai tuhanya iaitu ALLAH SWT, melalui cintanya terhadap Baginda Rasulullah SAW. Ini kerana Rasulullah SAW merupakan satu-satunya cinta yang kekal dan teragung, serta cinta yang diwarisi atas dasar keimanan dan keikhlasan yang hakiki.

Apabila menyebut perkataan cinta terhadap Baginda Rasulullah SAW, harus diketahui bahawa cinta itu bukanlah seperti cinta seseorang kepada yang lain seperti ibu bapa, anak-anak, isteri, sahabat dan harta benda bahkan apa-apa sahaja. Cinta kepada Baginda Rasulullah SAW adalah suatu ibadah yang agung serta jalan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Seperti firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad), jika kamu benar-benar mencintai ALLAH, maka ikutilah aku, nescaya ALLAH menyintai kamu serta mengampuni dosa-dosa kamu, dan (ingatlah) ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(Ali-Imran: 31).

"Ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim. Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya kami tidak sanggup kehilangan kekasihmu ini. Ya ALLAH, jangan Engkau pisahkan kami sama ada di dunia mahupun di akhirat dengan Baginda SAW. Sesungguhnya kami di sini sangat mencintai kekasihMu, Saidina Rasulullah SAW..." Dengan berkat selawat, setiap doa, hajat dan permintaan dimakbulkan.

Allahuma sholi 'ala sayidina
Muhammad nabiyil umiyi wa'alihi wa shobihi wa salim.

اللَّهُــــــــمّ صَــــــلے و سَلّـــــم علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ وعلــــــــى الـــــــه وصـحبه و سَلّـــــم

Amin Allahuma Amiin.

Dipetik dari buku "BERCINTA DENGAN RASULULLAH SAW (Seolah-olah Kamu Melihatnya)."
[Penulis: Mohammad Suhair Asyaraf dan Kata Pengantar: Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari.]

ISTIMEWANYA KELAHIRAN DIKAU WAHAI MUSTAFA.KETIKA ALLAH SWT MEMINDAHKAN ROH BAGINDA SAW KE DALAM PERUT IBUNYA: Arasy ALLA...
23/11/2016

ISTIMEWANYA KELAHIRAN DIKAU WAHAI MUSTAFA.

KETIKA ALLAH SWT MEMINDAHKAN ROH BAGINDA SAW KE DALAM PERUT IBUNYA:

Arasy ALLAH SWT telah bergoncang dengan sangat gembira. Tujuh petala langit dipenuhi cahaya yang sangat indah seakan-akan sedang bergembira riang menyambut kelahiran Baginda SAW.

Para malaikat terus menerus berzikir mengucapkan tahlil, tahmid dan istighfar kerana terlalu gembira dengan kemunculan seorang manusia agung yang bernama Saidina Muhammad SAW.

KETIKA BAGINDA SAW BERADA DALAM KANDUNGAN:
Ibunya, Saidatina Siti Aminah r.ha. tidak pernah mengalami kesukaran seperti ibu-ibu hamil yang lain. Beliau berasa gagah dan cergas seperti wanita yang tidak hamil.

KETIKA TAHUN KELAHIRAN BAGINDA SAW:
Berlaku serangan tentera bergajah (yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil) ke Kota Makkah dan bantuan burung Ababil melindungi kota tersebut dengan izin ALLAH SWT.

KETIKA BAGINDA SAW DILAHIRKAN:
Api sembahan orang-orang Majusi di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir 1000 tahun telah terpadam.

Bonda Baginda SAW tidak berasa walau sedikitpun kesakitan dan Baginda SAW berada dalam keadaan sedang sujud, syukur dan memuji ALLAH SWT.

SETELAH BAGINDA SAW DILAHIRKAN:
Pancaran tahi bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

"Ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim. Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya kami tidak sanggup kehilangan kekasihmu ini. Ya ALLAH, jangan Engkau pisahkan kami sama ada di dunia mahupun di akhirat dengan Baginda SAW. Sesungguhnya kami di sini sangat mencintai kekasihMu, Saidina Rasulullah SAW..." Dengan berkat selawat, setiap doa, hajat dan permintaan dimakbulkan.

Allahuma sholi 'ala sayidina
Muhammad nabiyil umiyi wa'alihi wa shobihi wa salim.

اللَّهُــــــــمّ صَــــــلے و سَلّـــــم علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ وعلــــــــى الـــــــه وصـحبه و سَلّـــــم

Amin Allahuma Amiin.

Dipetik dari buku "BERCINTA DENGAN RASULULLAH SAW (Seolah-olah Kamu Melihatnya)."
[Penulis: Mohammad Suhair Asyaraf dan Kata Pengantar: Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari.]

Address

Kampung Setiu Lama
21500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hi Supplier Arnab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Hi Supplier Arnab:

Share