08/05/2026
NOTA TASAWUF : REDHA ITU KEKUATAN, BELAJAR TERIMA TAKDIR DENGAN IMAN
Dalam hidup ni, jarang sangat semua benda jadi macam yang kita plan.
Kadang-kadang impian kita terkubur macam tu je, doa p**a rasa macam lambat sangat nak makbul. Masa tu lah hati mula rasa sesak dan tertanya-tanya, kenapa aku?
Tapi sebenarnya, dalam setiap ujian tu, Allah tengah ajar kita satu benda yang mahal iaitu REDHA.
Memang susah, tapi kat situlah nampaknya kekuatan kita sebagai hamba.
Ramai orang silap faham, ingat redha ni tanda kita lemah atau mengalah. Padahal, redha ni kekuatan luar biasa yang datang dari iman yang dalam.
Redha ni maksudnya kita tetap usaha, tapi dalam masa yang sama hati kita bulat percaya yang pilihan Allah tu yang terbaik, walaupun kita belum nampak apa hikmahnya lagi.
Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya:
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah: 216)
Bila kita kena uji dengan kehilangan, kegagalan, atau rasa sakit hati yang tak nampak kat luar, dunia rasa macam gelap gelita.
Namun, Rasulullah SAW bersabda:
عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ
Maksudnya:
“Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik baginya, dan perkara itu tidak ada pada sesiapa pun melainkan bagi orang mukmin...”
(Hadis Riwayat Muslim).
Redha pun tak bermaksud kita dilarang nangis atau tak boleh rasa sakit. Kita manusia, mesti ada perasaan.
Tapi dalam sedih tu, kita tetap yakin Allah sentiasa adil. Setiap air mata dan rasa sakit yang kita simpan tu, semuanya dalam pengetahuan Allah.
Rasulullah SAW juga bersabda:
مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
Maksudnya:
“Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesedihan, kegelisahan, gangguan, mahupun duka cita, bahkan duri yang melukainya, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nak belajar redha ni memang makan masa.
Kena selalu pujuk hati, kena sabar, dan jangan putus doa. Kita kena melatih diri untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Kalau rasa sesak sangat, baca Al-Quran atau luahkan je semua kat Allah masa sujud. Dia sentiasa mendengar.
Kekadang kita terlalu paut kuat sangat kat benda yang memang sementara, sampai kita terlupa yang Allah ada ganti yang lebih baik.
Bila kita mula belajar lepaskan dengan tenang, masa tulah hati akan rasa satu kedamaian yang sukar digambarkan.
Kesimp**annya, redha ni tentang kepercayaan penuh kepada Allah.
Percayalah, apa yang hilang akan diganti, apa yang tertunda akan sampai masanya, dan apa yang menyakitkan akan membawa kepada kebaikan yang tidak disangka-sangka.
Hati yang reda adalah hati yang paling tenang, sebab dia tahu dia ada..
ALLAH.