Team Muslimat Muda Masjid Al-Ansar

Team Muslimat Muda Masjid Al-Ansar Jangan berharap mahu buat kebaikan hari ini pada esok hari . Mungkin esok datang dan kau telah pergi .( Ibn Abi Al- Dunya )

Alhamdulillah...Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pertandingan Bowling : Piala Masjid 2.0 2024.Se...
15/01/2024

Alhamdulillah...
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pertandingan Bowling : Piala Masjid 2.0 2024.
Selesai sudah program pertama dalam tahun 2024..
Insyaallah akan ada program yang seterusnya... 🌹

*🎳RIADAH SANTAI : PERTANDINGAN BOWLING PIALA MASJID 2.0 2024🎳*📆Tarikh : 13 Januari 2024 (Sabtu) ⏰Masa : 10.00 pagi 🏡Temp...
01/01/2024

*🎳RIADAH SANTAI : PERTANDINGAN BOWLING PIALA MASJID 2.0 2024🎳*

📆Tarikh : 13 Januari 2024 (Sabtu)
⏰Masa : 10.00 pagi
🏡Tempat : Ampang Superbowl Seri Iskandar
💵Yuran Penyertaan : RM20

Sila tekan link di bawah untuk pendaftaran ⬇️⬇️⬇️

https://forms.gle/9pe7WPCvybi3wPDN6

Pendaftaran dibuka sehingga *11 Januari 2024 (Khamis) jam 11.59 malam*
Selepas dari masa tersebut pendaftaran tidak dikira.

Jemputan Gotong Royong Bersihkan Kubur  📅 Tarikh  : 9/12/2023 (Sabtu)⏰ Masa : 8 Pagi hingga 11 Tengahari🍂 Tempat : Taman...
06/12/2023

Jemputan Gotong Royong Bersihkan Kubur

📅 Tarikh : 9/12/2023 (Sabtu)
⏰ Masa : 8 Pagi hingga 11 Tengahari
🍂 Tempat : Taman Barzakh Changkat Lada
🍽️ Sarapan Pagi Disediakan

✂️🪠 Mohon bawa peralatan yang sesuai

📌Moga segala kerja amal baik kita di terima oleh Allah swt 😇. 📌Ayuh beramai-ramai kita memeriahkan program amal ini sebagai saham akhirat.🤍

Gotong royong masjid untuk menyambut Bulan Ramadhan
30/03/2022

Gotong royong masjid untuk menyambut Bulan Ramadhan

PENYERTAAN MAJLIS QURBAN 2021Kami dari pihak Pengurusan Masjid Jamek Al Ansar Felcra Changkat Lada Kg Gajah Perak membuk...
28/06/2021

PENYERTAAN MAJLIS QURBAN 2021

Kami dari pihak Pengurusan Masjid Jamek Al Ansar Felcra Changkat Lada Kg Gajah Perak membuka peluang kepada mana² individu atau sesiapa sahaja yang ingin bersama menjayakan majlis qurban pada tahun ini.

↗️ 1 BAHAGIAN RM 600 SHJ
↗️ 1 EKOR RM 4200 SHJ

Untuk menyertai, sila hubungi :

0134925345 ( Azlan )
0124699964 ( Ust Amir Hasan )

Boleh terus klik 'link' dibawah👇

http://www.wasap.my/+60134925345/QurbanMasjidAlAnsar

http://www.wasap.my/+60124699964/QurbanMasjidAlAnsar

[Syeikh Ahmad Yasin, Sang Singa Berkerusi Roda]Sejurus beliau melangkah keluar dari masjid setelah selesai menunaikan so...
14/05/2021

[Syeikh Ahmad Yasin, Sang Singa Berkerusi Roda]

Sejurus beliau melangkah keluar dari masjid setelah selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 Mac 2004, tiga peluru berpandu yang ditembak oleh helikopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya.

Akibat dari peluru itu, jasadnya hancur. Kerusi roda yang dinaikinya turut musnah. Daging beliau yang bertaburan terpaksa dikutip satu demi satu dan dimasukkan ke dalam plastik.

Secara logiknya, siapa yang perlu takut dengan lelaki berkerusi roda yang tidak mampu berdiri apatah lagi berjalan?

Melainkan pada sekujur tubuhnya ada kebenaran dan suara perjuangan. 🙂

Sesiapa sahaja yang mencari biodata dan pautan tentang Singa Palestin yang digeruni zionis laknatullah ini, pasti akan dihidangkan dengan beberapa pesanan beliau yang masyhur ketika hayatnya.

Dan pesanan ini seharusnya terus hidup di dalam hati para pemuda khususnya mereka yang mengimpikan kemenangan, baik di dunia mahupun di akhirat sana.

Pesanan beliau untuk kita,

1. Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepad Allah dengan meninggalkan pelbagai keseronokan, kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.

2. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad SAW.

3. Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekatkan diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

4. Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.

Aku menyeru kalian untuk menghadap Allah SWT dan memohon keampunan dariNya agar Dia memberi rezeki yg berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

5. Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata² yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dgn kata amal, kerja dan zikir kepada Allah.

Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

6. Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada Allah akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada Allah bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia.

Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

7. Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat.

Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

8. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan bertawakallah kepada Allah.

Buat jiwa yang lelah,
moga dikurniakan pahala lillah.
Buat jiwa yang lemah,
moga Allah jadikannya gagah.
Buat jiwa yang terasa susah,
Allahlah yang berkuasa
menjadikannya mudah.

Semoga pesanan ini melahirkan lebih ramai 'Syeikh Ahmad Yasin' abad ke 21.

Infiru wahai pemuda

Assalamualaikum... Insyallah jemput esok pagi ...daurah kitab terakhir bagi Ramadhan Tahun ini ..  bermula 9 pagi .. Moh...
08/05/2021

Assalamualaikum... Insyallah jemput esok pagi ...daurah kitab terakhir bagi Ramadhan Tahun ini .. bermula 9 pagi ..

Mohon sebarkan

Alhamdulillah ptg tdi selesai majlis khatam Al-Quran dan berbuka puasa bersama ahli team muslimat...semoge kte smua dipe...
02/05/2021

Alhamdulillah ptg tdi selesai majlis khatam Al-Quran dan berbuka puasa bersama ahli team muslimat...semoge kte smua dipermudahkan segala urusan dan semoge silaturrahim sesama kte semakin erat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua peserta kerana sudi menyertai Pertan...
02/05/2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua peserta kerana sudi menyertai Pertandingan Video Kreatif anjuran Team Muslimat Masjid Al Ansar. Tahniah kami ucapkan atas video yang cukup kreatif dan memberikan info yang menarik untuk dikongsikan bersama.

Berikut merupakan pemenang bagi tahap 1& 2:-

🌺Tahap 1
Pertama: Irfan
Kedua: Ilham
Ketiga: Faris

🌹Tahap 2
Pertama: Sofea
Kedua: Qalesya

Tahniah kepada semua peserta. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna untuk kita semua.

01/05/2021

Assalamualaikum..

Untuk makluman yang memasuki pertandingan video kreatif nuzul Al-Quran...sila datang pada tarikh yang ditetapkan untuk penyampaian hadiah...

Tarikh : 2 / 5 / 2021
Hari : Ahad
Jam : 5.30 Petang
Tempat : Bilik Kuliah Bawah

Harap semua peserta dapat hadir 🥰
Sekian terima kasih

Assalamualaikum 😊In Shaa Allah hari Ahad nie team muslimat buat majlis khatam Al-Quran dan majlis berbuka puasaSemua dij...
01/05/2021

Assalamualaikum 😊

In Shaa Allah hari Ahad nie team muslimat buat majlis khatam Al-Quran dan majlis berbuka puasa

Semua dijemput hadir beramai-ramai untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli tmm 🤗

Jemput hadir beramai-ramai Sabtu dan Ahad ini...
30/04/2021

Jemput hadir beramai-ramai Sabtu dan Ahad ini...

Address

Kampung Gajah
36800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team Muslimat Muda Masjid Al-Ansar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share