Masjid Abu Bakar As Siddiq, Dong - MABAS

Masjid Abu Bakar As Siddiq, Dong - MABAS Masjid Abu Bakar As-Siddiq, D**g (MABAS) telah mula dibina pada tahun 2000 di sebuah kawasan Hutan Simpan Sungai Jahit. Tapak masjid ini berkeluasan 10 ekar.

Pembinaan masjid ini telah siap sepenuhnya pada tahun 2002 dan mula digunakan pada tahun 2005. Pembinaan Masjid Abu Bakar As-Siddiq, D**g (MABAS) telah diilhamkan oleh YB Dato' Sri Haji Shahiruddin Bin Ab Moin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan D**g pada ketika itu. Masjid ini telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang (Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'azzam Shah) pada 04 Oktober 2007. Pembinaan masjid ini telah menelan belanja sebanyak RM1.8 juta yang dibiayayai oleh Kerajaan Persekutuan. Masjid ini boleh menampung lebih kurang 1000 jemaah pada satu-satu masa dan mempunyai kemudahan Ruang Solat Utama Tertutup, Ruang Solat Terbuka, Bilik Mesyuarat, Dewan Makan, Tandas Muslimin dan Muslimat, Gelanggang Sepak Takraw, dan Tempat Letak Kereta yang luas dan selesa.

Address

Taman D**g Jaya
Kampung D**g
27400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Abu Bakar As Siddiq, Dong - MABAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share