Unit Hal Ehwal Islam UCS Kampus Dengkil

Unit Hal Ehwal Islam UCS Kampus Dengkil Usaha Taqwa dan Mulia Budaya Kami

Alhamdulillah.Dengan segala inayah dari Allah SWT, malam tadi telah berlangsung Program CERAMAH KHAS JALINAN KASIH SENTU...
22/07/2026

Alhamdulillah.

Dengan segala inayah dari Allah SWT, malam tadi telah berlangsung Program CERAMAH KHAS JALINAN KASIH SENTUHAN JIWA"Dari Kampus, Ke Syurga" anjuran Jabatan Agama Islam Selangor Daerah Sepang dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam UiTM Kampus Dengkil.

Program ini berfokuskan penekanan pembentukan adab dan akhlak dalam kalangan mahasiswa Pusat Asasi UiTM. Usaha ini sebagai nilai tambah dalam diri mahasiswa yang sering dikaitkan dengan kecemerlangan akademik.

Penceramah yang diundang ialah Da' Izzhar yang mengupas tajuk berkenaan supaya lebih dekat di hati para pendengar.

Semoga program dan kerjasama erat di antara UiTM Kampus Dengkil dengan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan modal insan berpendidikan dan berakhlak mulia.



PROGRAM HATI BIDADARI SIRI 1Permulaan semester baru, Jumaat yang pertama dimulakan dengan Program Hati Bidadari Siri 1. ...
19/06/2026

PROGRAM HATI BIDADARI SIRI 1

Permulaan semester baru, Jumaat yang pertama dimulakan dengan Program Hati Bidadari Siri 1. Menampilkan penceramah Dr. noor Syahida binti Md. Soh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan ICAN Pusat Asasi UiTM dengan tajuk "JANGAN KOYAK".

Dewan DK-D1 bagaikan lautan manusia dengan kehadiran pelajar siswi yang sangst memberangsangkan. Alhamdulillah. Semoga kekal begitu sehingga akhir semester nanti.

Kekal Tenang dan Beramal.


Alhamdulillah..Forum Khas Adab dan Akhlak : Adab Dulu Baru Ilmu telah menampilkan 2 panelis iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Mo...
19/06/2026

Alhamdulillah..

Forum Khas Adab dan Akhlak : Adab Dulu Baru Ilmu telah menampilkan 2 panelis iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nor bin Mamat dan Ustazah Siti Fatahiyah binti Mahamood.

Kupasan deki kupasan telah dibentamg di hadapan lebih 1000 orang pelajar Pusat Asasi UiTM.

Semoga program ini akan mencapai matlamat pelaksanaannya.


26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1447H



Assalamualaikum w.b.t & Salam LebaranPusat Asasi UiTM dengan sukacitanya mempersembahkan video Takbir Raya Aidilfitri se...
20/03/2026

Assalamualaikum w.b.t & Salam Lebaran

Pusat Asasi UiTM dengan sukacitanya mempersembahkan video Takbir Raya Aidilfitri sebagai tanda kesyukuran menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Marilah kita bersama-sama menghayati alunan takbir yang penuh keinsafan dan kesyukuran ini, semoga Aidilfitri yang diraikan membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Pautan : https://bit.ly/TAKBIRRAYA-ASiD

Selamat menonton dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

*PUSAT ASASI*
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Dengkil

Assalamualaikum w.b.t & Salam LebaranPusat Asasi UiTM dengan sukacitanya mempersembahkan video Takbir Raya Aidilfitri sebagai tanda kesyukuran menyambut keme...

17/03/2026

Majlis Khatam al-Quran dan Majlis Iftar Perdana Pusat Asasi UiTM 2026..

Ramadan 19
09/03/2026

Ramadan 19



5 Mac 2026Alhamdulillah, Unit Hal Ehwal Islam UiTM Kampus Dengkil telah diamanahkan untuk menyelaras program iaitu Rewan...
09/03/2026

5 Mac 2026

Alhamdulillah, Unit Hal Ehwal Islam UiTM Kampus Dengkil telah diamanahkan untuk menyelaras program iaitu Rewang Bubur Lambuk bersama Mydigital ID Sdn Bhd dan Sinar Harian.

Program ini telah mendapat tajaan daripada Mydigital ID dan telah mendapat liputan dari media Sinar Harian.

Sebanyak 2 periuk bubur lambuk telah dihasilkan dengan agihan sebanyak lebih 500 bekas bubur lambuk kepada pelajar-pelajar Pusat Asasi UiTM.

Program ini juga membina jaringan Pusat Asasi UiTM dengan pihak industri dan juga pihak media arus perdana. Unit Hal Ehwal Islam telah berjaya mengumpul tenaga kerja seramai 40 orang dalam kalangan staf dan pelajar untuk menyiapkan semua bubur lambuk seperti yang dirancang.

Alhamdulillah, misi tercapai dengan jayanya.
Selamat berpuasa dan mengecapi lailatul qadr.



Suasana iftar Jamaie Harian di Pusat Islam UiTM Kampus Dengkil.Kehadiran pelajar sekitar 350 orang setiap hari.
28/02/2026

Suasana iftar Jamaie Harian di Pusat Islam UiTM Kampus Dengkil.

Kehadiran pelajar sekitar 350 orang setiap hari.


Ramadan 10
28/02/2026

Ramadan 10


Address

Persiaran Cybersouth
Kampung Dengkil
43800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Hal Ehwal Islam UCS Kampus Dengkil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share