Surau Al Munir Warisan Bestari

Surau Al Munir Warisan Bestari Surau Al Munir, Taman Warisan Bestari, Dengkil, Selangor. Sebuah surau solat Jumaat yang aktif mengadakan program dan kuliah keagamaan.

Pihak Surau Al-Munir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohamad Nazri bin Sobir...
11/09/2026

Pihak Surau Al-Munir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohamad Nazri bin Sobirin, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, atas kesudian hadir sebagai Imam dan Khatib.

Khutbah Jumaat Surau Al-Munir 🕌11 September 2026🔹Imam & Khatib: Ustaz Mohamad Nazri Bin Sobirin(Pegawai Tadbir Agama Dae...
11/09/2026

Khutbah Jumaat Surau Al-Munir 🕌
11 September 2026

🔹Imam & Khatib: Ustaz Mohamad Nazri Bin Sobirin
(Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang)
🔹Bilal : Ahmad Sobri bin Mansor

Hiasi Jumaat kita dengan berselawat keatas junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Pengerusi serta seluruh Ahli Jawatankuasa Surau Al-Munir, Dengkil mengucapk...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Pengerusi serta seluruh Ahli Jawatankuasa Surau Al-Munir, Dengkil mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga kariah Surau Al-Munir.

Semoga nikmat keamanan, keharmonian dan kemerdekaan yang kita kecapi terus dipelihara. Marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat ini serta memperkukuhkan perpaduan, ukhuwah dan kasih sayang demi Malaysia yang aman dan sejahtera.

🤲 Ya Allah, peliharalah Malaysia, kurniakanlah keamanan, kemakmuran dan keberkatan kepada negara serta seluruh rakyatnya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Jiwa Merdeka, Malaysia Tercinta.






25/08/2026

Video pengumuman Surau Al-Munir sebagai Johan Pertandingan Sepanduk dan Perbarisan sempena Sambutan Mini Karnival Maulidur Rasul 2026, Surau Al Hijrah Kota Warisan.

🏆🌙 TAHNIAH KONTINJEN SURAU AL-MUNIR – JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK & PERBARISAN MAULIDUR RASUL 🌙🏆Alhamdulillah, setinggi-...
25/08/2026

🏆🌙 TAHNIAH KONTINJEN SURAU AL-MUNIR – JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK & PERBARISAN MAULIDUR RASUL 🌙🏆

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kejayaan Kontinjen Surau Al-Munir yang telah berjaya meraih TEMPAT PERTAMA 🥇 daripada 12 pasukan yang menyertai Pertandingan Sepanduk dan Perbarisan sempena Sambutan Mini Karnival Maulidur Rasul 2026, Surau Al Hijrah Kota Warisan.

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS!

Pihak Surau Al-Munir, Taman Warisan Bestari merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur, Surau Al Hijrah Kota Warisan atas usaha serta komitmen dalam menjayakan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada semua peserta Kontinjen Surau Al-Munir yang telah memberikan komitmen, tenaga, masa dan kerjasama yang sangat baik bermula daripada sesi persediaan sehinggalah selesai perbarisan.

Kejayaan ini merupakan hasil semangat berpasukan, kerjasama dan ukhuwah yang ditunjukkan oleh seluruh kontinjen. Lebih bermakna, penyertaan ini menjadi salah satu wadah untuk kita bersama-sama menzahirkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

👏 Tahniah sekali lagi kepada seluruh Kontinjen Surau Al-Munir!

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus mengimarahkan surau serta memperkukuhkan ukhuwah dan kebersamaan dalam komuniti.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

🌙 Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M 🌙






📢 MAKLUMAN KONTINJEN SURAU AL-MUNIR – PERARAKAN MAULIDUR RASUL 2026Assalamualaikum w.b.t.Dimaklumkan bahawa Surau Al-Mun...
24/08/2026

📢 MAKLUMAN KONTINJEN SURAU AL-MUNIR – PERARAKAN MAULIDUR RASUL 2026

Assalamualaikum w.b.t.

Dimaklumkan bahawa Surau Al-Munir akan menyertai Perarakan Maulidur Rasul 2026 yang dianjurkan oleh Surau Al-Hijrah, Kota Warisan.

Sehubungan itu, satu sesi Taklimat dan Perbincangan Persediaan Kontinjen Surau Al-Munir akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: Isnin, 24 Ogos 2026
🕤 Masa: 9.30 malam
🕌 Tempat: Surau Al-Munir

👥 Semua peserta kontinjen Surau Al-Munir yang telah disenaraikan seramai 25 orang diminta hadir bagi membincangkan persediaan, penyelarasan dan keperluan kontinjen sebelum hari perarakan.

Kerjasama dan komitmen semua peserta amatlah dihargai bagi memastikan penyertaan kontinjen Surau Al-Munir berjalan dengan lancar dan teratur.

Terima kasih.

“Berselawat, Bersatu, Mengimarahkan Ukhuwah” 🌙

24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
Hadis Riwayat Tarmizi

ALHAMDULILLAH, MESYUARAT AGUNG KHAS SURAU AL-MUNIR SELESAI DILAKSANAKANAlhamdulillah, Mesyuarat Agung Khas Pencalonan da...
20/08/2026

ALHAMDULILLAH, MESYUARAT AGUNG KHAS SURAU AL-MUNIR SELESAI DILAKSANAKAN

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Khas Pencalonan dan Pemilihan Jawatankuasa Surau Al-Munir bagi Sesi 2027–2031 telah selesai dilaksanakan dengan lancar pada 20 Ogos 2026 (Khamis) di Surau Al-Munir.

Mesyuarat telah dipengerusikan dengan baik dan teratur oleh wakil Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Ustaz Muhamad Hariz bin Mohd Razali, dengan turut disaksikan oleh wakil-wakil pemerhati yang hadir.

Pihak Surau Al-Munir merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak masjid, para pemerhati serta seluruh ahli kariah yang telah meluangkan masa untuk hadir dan memberikan kerjasama sepanjang proses pencalonan dan pemilihan dijalankan.

Tahniah dan syabas kepada semua yang telah dipilih serta diberikan amanah untuk menganggotai Jawatankuasa Surau Al-Munir bagi Sesi 2027–2031.

Semoga barisan jawatankuasa yang baharu dapat melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan, integriti dan semangat kebersamaan dalam memakmurkan Surau Al-Munir serta memberi manfaat kepada seluruh ahli kariah.

Terima kasih juga kepada barisan jawatankuasa sesi terdahulu atas segala khidmat bakti, masa dan tenaga yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah.

Semoga segala usaha dan sumbangan semua pihak diterima sebagai amal kebajikan dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

“Bersama Memakmurkan Surau, Memperkukuh Ukhuwah Kariah”





SEMARAK MERDEKA DI SURAU AL-MUNIR 🇲🇾Alhamdulillah, kerja-kerja pemasangan Jalur Gemilang di sekitar Surau Al-Munir telah...
20/08/2026

SEMARAK MERDEKA DI SURAU AL-MUNIR 🇲🇾

Alhamdulillah, kerja-kerja pemasangan Jalur Gemilang di sekitar Surau Al-Munir telah dilaksanakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan 2026.

Pemasangan bendera ini bukan sahaja menceriakan kawasan surau, malah menjadi simbol semangat patriotisme, kecintaan kepada negara serta penghargaan terhadap nikmat keamanan dan kemerdekaan yang kita kecapi bersama.

Terima kasih dan jazakumullahu khairan kepada semua AJK serta ahli kariah yang telah bergotong-royong membantu menjayakan pemasangan bendera ini.

Semoga semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat terus subur, selari dengan semangat kemerdekaan yang kita raikan.

🇲🇾 Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan 2026
Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni

Surau Al-Munir
Taman Warisan Bestari






Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Khas bagi Pencalonan dan Pemilihan Jawatankuasa Surau Al-Munir Sesi 2027–203...
17/08/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Khas bagi Pencalonan dan Pemilihan Jawatankuasa Surau Al-Munir Sesi 2027–2031 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Khamis, 20 Ogos 2026
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Surau Al-Munir, Taman Warisan Bestari, Dengkil

Sehubungan itu, semua ahli kariah dijemput dan amat dialu-alukan untuk hadir bagi bersama-sama menjayakan proses pencalonan dan pemilihan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Munir bagi sesi 2027 hingga 2031.

Mohon anak kariah untuk membuat semakan pendaftran di website https://suraualmunir.com/kariah/

Kehadiran tuan-tuan amat penting bagi memastikan proses pemilihan dapat dilaksanakan dengan lancar, telus dan mendapat penyertaan daripada ahli kariah.

Jamuan makan turut disediakan.

Sekali lagi, Khamis, 20 Ogos 2026, selepas Solat Maghrib di Surau Al-Munir.

Address

Kampung Dengkil
43800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Munir Warisan Bestari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al Munir Warisan Bestari:

Shortcuts

Share