Surau Al Iman Taman Arked

Surau Al Iman Taman Arked Surau Kebenaran Solat Jumaat yang terletak di Taman Arked, Dengkil, Selangor

RAYUAN INFAQ PEMBANGUNAN SUJAIAssalamualaikum w.b.t. ahli kariah dan para penyumbang yang dirahmati Allah,Alhamdulillah,...
22/05/2026

RAYUAN INFAQ PEMBANGUNAN SUJAI

Assalamualaikum w.b.t. ahli kariah dan para penyumbang yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, pembangunan Surau Al-Iman (SUJAI) sedang berjalan dan sedikit demi sedikit rumah Allah ini semakin terbina hasil infak dan wakaf para jemaah. Namun begitu, masih banyak keperluan dan kos yang perlu disempurnakan, sedangkan dana semasa masih belum mencukupi.

Justeru, kami dengan penuh rendah diri menyeru agar kita semua terus merebut peluang berinfak dan berwakaf untuk pembangunan SUJAI. Jangan tunggu “nanti”, jangan tunggu “bila senang”, kerana kita tidak tahu sama ada esok masih ada untuk kita ataupun tidak.

Hari ini kita masih diberi kesempatan…
Hari ini kita masih mampu memberi…
Hari ini pintu pahala masih terbuka…

Mungkin inilah antara amalan yang akan menemani kita di alam sana nanti.

Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”
(HR Muslim)

Setiap ringgit yang diinfaqkan untuk rumah Allah ini insya-Allah akan terus mengalir pahalanya selagi ada azan berkumandang, solat didirikan, al-Quran dibaca dan majlis ilmu dihidupkan di SUJAI.

Semoga Allah menerima setiap sumbangan tuan-puan sebagai amal soleh dan menggantikannya dengan keberkatan rezeki, kesihatan serta husnul khatimah.

“Jangan tunggu kaya untuk memberi. Kadang-kadang yang sedikit itulah paling bernilai di sisi Allah.”

Jazakumullahu khairan kathira.

Pengerusi

MAKLUMAN KEPADA PARA JEMAAH SOLAT JUMAAT ⚠️Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dimaklumkan bahawa pihak SUJAI ki...
07/05/2026

MAKLUMAN KEPADA PARA JEMAAH SOLAT JUMAAT ⚠️

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa pihak SUJAI kini sedang melaksanakan kerja-kerja naik taraf di bahagian ruang solat tambahan Surau Al-Iman. Sehubungan itu, kerjasama dan perhatian para jemaah amatlah dihargai bagi memastikan keselamatan dan kelancaran sepanjang tempoh kerja dilaksanakan.

Mohon perhatian kepada perkara berikut:

1️⃣ Berhati-hati ketika melalui kawasan ruang solat tambahan dan kawasan berhampiran pembinaan.

2️⃣ Mohon awasi anak-anak kecil serta elakkan meletakkan kenderaan berhampiran kawasan pembinaan demi keselamatan bersama.

3️⃣ Para jemaah digalakkan membawa sejadah sendiri untuk keselesaan ketika bersolat.

4️⃣ Jemaah juga dinasihatkan hadir lebih awal ke surau memandangkan ruang yang sedang dinaik taraf kini tidak berbumbung dan kapasiti ruang teduhan adalah terhad.

Pihak SUJAI memohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama semua jemaah sepanjang tempoh naik taraf ini dilaksanakan.

Semoga usaha penambahbaikan ini menjadi asbab keselesaan dan manfaat berpanjangan buat seluruh jemaah.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Dr. Nassar Nordin
Pengerusi
Surau Al-Iman (SUJAI)

📅 7 Mei 2026

Assalamualaikum wbt. Dikongsikan jadual pengajian terkini SUJAI
13/04/2026

Assalamualaikum wbt. Dikongsikan jadual pengajian terkini SUJAI

Jadual pengajian terkini Surau Al-Iman, Taman Arked
08/11/2025

Jadual pengajian terkini Surau Al-Iman, Taman Arked

Muslimin & Muslimat dijemput hadir
10/08/2025

Muslimin & Muslimat dijemput hadir

*LAPORAN  INFAQ UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN [WAKAF] SERTA PENGURUSAN SUJAI.**PROJEK SUJAI AKAN DATANG*. 1. MEMBAIKI KESELUR...
09/08/2025

*LAPORAN INFAQ UNTUK PROJEK PEMBANGUNAN [WAKAF] SERTA PENGURUSAN SUJAI.*

*PROJEK SUJAI AKAN DATANG*.

1. MEMBAIKI KESELURUHAN BUMBUNG SURAU ANGGARAN RM150,000.00
2. MENURAP SEMULA (PREMIX) DAN MENAIK TARAF PAGAR SEDIA ADA ANGGARAN RM125,000.00.
3. PEMBELIAN DAN PENYELENGGARAAN ASET DARI MASA KE SEMASA.

*DANA TERKUMPUL PEMBANGUNAN : RM25,808.49*

*Infaq sentiasa dibuka.* Buat pindahan wang ke Akaun *CIMB Surau Al Iman 8600309288* dgn rujukan *WAKAF*.

*Projek akan dilaksanakan apabila dana Pembangunan mencukupi.*

*DANA TERKUMPUL PENGURUSAN : RM17,733.63*

Boleh sentiasa menyumbang dengan membuat pindahan wang ke Akaun *CIMB Surau Al Iman 8600309288 , QR SUJAI dan TnG SUJAI.*

Terima kasih diatas sumbangan tuan/puan semoga Allah SWT memberkati infaq yang tuan/puan berikan kepada SUJAI.

MAKLUMAN PROJEK YG LEPAS. (TELAH SIAP)
1. Projek Membesarkan lantai ruang solat luar dan membaiki masalah saliran air hujan dpn pintu masuk utama RM30,600.00.
2. Menaik taraf Pintu masuk utama. RM16,500.00
3. Menukar bumbung yg bocor diruang solat muslimat dan upah cabut dan pasang kembali panel Solar. RM14,300.00
090825

Address

Kampung Dengkil, Dengkil
Kampung Dengkil
43800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Iman Taman Arked posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al Iman Taman Arked:

Share