05/09/2023
SOALAN
Assalamualaikum Sahibus Samahah M***i. Bolehkah seseorang mendirikan solat di atas tanah atau lantai tanpa beralaskan sejadah?Mohon penjelasan Tuan M***i. Terima kasih.
JAWAPAN
Oleh itu secara asasnya, harus hukumnya untuk mendirikan solat di mana sahaja tanah atau lantai tanpa menggunakan alas atau sejadah kerana ia merupakan satu kemuliaan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tempat yang dikecualikan daripada diharuskan sujud di atasnya, seperti di atas kuburan dan tandas. Di dalam satu hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:
ุงูุฃูุฑูุถู ูููููููุง ู
ูุณูุฌูุฏู ุฅูููุง ุงูู
ูููุจูุฑูุฉู ููุงูุญูู
ููุงู
ู
Maksudnya: Setiap jengkal di bumi ini merupakan masjid (tempat sujud untuk solat) kecuali di atas kuburan dan tandas.
Hadith riwayat al-Tirmidzi (236), Ibn Majah (737) dan Abu Daud (415)
Begitu juga, jika sekiranya sesuatu tempat tersebut tersebut terdapat najis, maka tidak boleh didirikan solat di atasnya. Hal ini kerana para fuqahaโ telah menetapkan bahawa antara syarat sah solat adalah bersih daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat (ุทูุงุฑุฉ ุนู ุงููุฌุงุณุฉ ูู ุงูุซูุจ ู ุงูุจุฏู ู ุงูู
ูุงู). Apa yang dimaksudkan dengan tempat solat tersebut ialah:
ุงูุฐูู ููููุงูููู ุฃูุซููุงุก ุตูููุงุชููู ุฃู: ุงูุฐู ูุจูุงุดูุฑู ุซูููุจููู ูู ุจูุฏููููู
Maksudnya: (Apa-apa tempat) yang bersentuhan dengan seseorang ketika mendirikan solat, iaitu yang menyentuh pakaian dan badannya ketika solat. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 202)
Justeru itu, jika terdapat najis pada tempat solat yang bersentuhan dengan baju atau badan seseorang, maka tidak boleh didirikan solat di atas tempat tersebut dan tidak sah solatnya.
Namun, jika sekiranya najis tersebut tidak bersentuhan dengan badan atau pakaian tetapi kedudukannya berdekatan dengan tempat solat, maka hukumnya adalah makruh. Hal ini seperti yang disebutkan Syeikh Hasan al-Kaff bahawa:
ููุง ููุถูุฑูู ููุฌููุฏู ููุฌูุณู ู
ูุญูุงุฐู ููุจูุฏููู ุงูู
ูุตููููู ุฃู ู
ูุจูุณู ุฃู ู
ุญู
ููู ุจุฏูู ู
ู
ุงุณููุฉ ูู ู ููู ู
ุน ุงููุฑุงูุฉ ุฅู ูุฑุจ ุนุฑูุง
Maksudnya: Tidak menjejaskan sahnya solat jika terdapat najis yang bertentangan dengan badan, pakaian atau barangan yang ditanggung oleh orang yang mendirikan solat sekiranya tidak bersentuhan dengannya. Namun, makruh hukumnya jika najis tersebut terlalu dekat secara urufnya.
(Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 203)
Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa hukum sujud di atas tanah atau lantai tanpa beralaskan sejadah adalah sah dan hukumnya adalah harus. Hal ini kerana ia merupakan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW, yang menjadikan seluruh muka bumi ini sebagai tempat sujud untuk mendirikan solat di atasnya kecuali kuburan dan tandas.
KREDIT: PEJABAT M***I WILAYAH PERSEKUTUAN
Come visit our shop and grab Sshajadah from us!
Facebook: https://www.facebook.com/sshajadah/
Instagram: https://www.instagram.com/sshajadah/
Whatsapp: https://wa.link/e314au
SELAMAT BERIBADAH