Masjid Darul Taqwa Bintangor

Masjid Darul Taqwa Bintangor Masjid Darul Taqwa Bintangor We perform Jumuah prayer here

21/08/2026

NOTIS PEMBATALAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT SARAWAK TAHUN 1448H/2026M

Mengambil kira keadaan jerebu semasa serta nasihat daripada agensi-agensi berkaitan dan demi menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak maka Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1448H/2026M telah memutuskan untuk membatalkan MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SARAWAK TAHUN 1448H/2026M yang dijadual diadakan di Bahagian Sarikei.

Hanya Majlis Kesyukuran sempena Maulidur Rasul di masjid-masjid Bahagian, Daerah dan kampung boleh diadakan, tertakluk kepada keadaan setempat dan nasihat pihak berkuasa. Sebarang aktiviti luar seperti perarakan dan perhimpuan Maulidur Rasul adalah tidak dibenarkan.

Seluruh masyarakat turut dipohon untuk bersama-sama berdoa agar bencana jerebu yang melanda segera reda dan keadaan kembali pulih seperti sediakala.

Segala kesulitan amat dikesali. Kerjasama dan keprihatinan semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

20/08/2026
🌿 ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH MAJLIS ILMU 🌿Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Alhamdulillah, telah selesai Cera...
20/08/2026

🌿 ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH MAJLIS ILMU 🌿

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, telah selesai Ceramah “Meneladani Nabi S.A.W Melalui 10 Orang Sahabat Dijamin Syurga” yang telah disampaikan oleh Ustaz Atta Mostapha di Masjid Darul Taqwa Bintangor pada malam ini.

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Atta Mostapha atas perkongsian ilmu, nasihat dan pengisian yang sangat bermanfaat. Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat kita hayati, amalkan dan jadikan panduan dalam kehidupan seharian.

🌙 Semoga majlis ilmu ini menjadi asbab bertambahnya kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. dan para sahabat Baginda, serta menyemarakkan usaha kita untuk mencontohi akhlak dan perjuangan mereka.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir serta memberikan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

🤲 Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu, setiap pendengaran dan setiap perkongsian ilmu menjadi amal soleh yang diterima Allah S.W.T.

بارك الله فيكم وجزاكم الله خيرًا

📸 Sekitar majlis ceramah malam ini.






🌿 JEMPUTAN KHAS BUAT MUSLIMIN & MUSLIMAT 🌿Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.✨ Marilah kita bersama-sama meluang...
19/08/2026

🌿 JEMPUTAN KHAS BUAT MUSLIMIN & MUSLIMAT 🌿

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

✨ Marilah kita bersama-sama meluangkan masa menghadiri ceramah agama yang penuh manfaat:

📖 Meneladani Nabi S.A.W Melalui 10 Orang Sahabat Dijamin Syurga

🎙️ Penceramah: Ustaz Atta Mostapha (MIS-003866)
📅 20 Ogos 2026 (Khamis)
🕰️ Selepas Solat Maghrib
📍 Masjid Darul Taqwa Bintangor

Semoga majlis ilmu ini menjadi asbab bertambahnya kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W., serta menyemarakkan semangat untuk mencontohi akhlak dan perjuangan para sahabat yang telah dijamin syurga.

🤲 Ayuh Muslimin dan Muslimat, hadir bersama keluarga dan sahabat.
Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan menghidupkan malam dengan majlis yang penuh keberkatan.

“Sampaikan dariku walaupun satu ayat.” 🌙





Kuliah Maghrib “Embun Hidayah, Sinar Ilahi”Alhamdulillah, selesai sudah kuliah Maghrib di Masjid Darul Taqwa Bintangor.S...
18/07/2026

Kuliah Maghrib “Embun Hidayah, Sinar Ilahi”

Alhamdulillah, selesai sudah kuliah Maghrib di Masjid Darul Taqwa Bintangor.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin-Nya yang telah menghimpunkan para jemaah dalam majlis yang penuh keberkatan ini.

Pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Taqwa Bintangor merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jemaah yang hadir serta memberikan sokongan sepanjang program berlangsung. Penghargaan khas juga kepada Ustaz Muhd Faiz bin Kadir atas penyampaian kuliah sebentar tadi.

Kesibukan dunia tidak akan pernah habis, namun peluang untuk menghadiri majlis ilmu adalah satu nikmat yang besar daripada Allah SWT.

Jom Luangkan Sedikit Masa Untuk Ilmu dan KeberkatanKesibukan dunia tidak akan pernah habis, namun peluang untuk menghadi...
17/07/2026

Jom Luangkan Sedikit Masa Untuk Ilmu dan Keberkatan

Kesibukan dunia tidak akan pernah habis, namun peluang untuk menghadiri majlis ilmu adalah satu nikmat yang besar daripada Allah SWT.

Mungkin satu kuliah yang kita hadiri menjadi titik perubahan dalam hidup kita. Mungkin satu nasihat yang kita dengari menjadi penyelamat di dunia dan akhirat.

Marilah bersama-sama mengimarahkan Masjid Darul Taqwa Bintangor dengan menghadiri Kuliah Maghrib yang akan disampaikan oleh Ustaz Muhd. Faiz bin Kadir.

Semoga setiap langkah yang kita aturkan ke rumah Allah menjadi asbab memperoleh rahmat, hidayah dan keberkatan dalam kehidupan.

“Embun Hidayah, Sinar Ilahi”

Jom hadir bersama keluarga dan sahabat. Jumpa di masjid!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Ding Kuong Hiing- DUN N.46 Meradong di atas sumbangan dana ...
26/06/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Ding Kuong Hiing- DUN N.46 Meradong di atas sumbangan dana kepada Masjid Darul Taqwa Bintangor.

Cek tersebut telah diterima oleh pengerusi Masjid Darul Taqwa En. Abang Husen dan bendahari En. Ali Hanafiah Jaraee.

16/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H

🌙 Alhamdulillah, Program Sambutan Awal Muharram 1448H Telah Berlangsung Dengan Jayanya 🌙Alhamdulillah, pada petang ini t...
16/06/2026

🌙 Alhamdulillah, Program Sambutan Awal Muharram 1448H Telah Berlangsung Dengan Jayanya 🌙

Alhamdulillah, pada petang ini telah selesai berlangsung Program Doa Akhir Tahun, Doa Awal Tahun dan Ceramah Maal Hijrah 1448H bertemakan “Maal Hijrah, Ummah Maju Makmur” di Masjid Darul Taqwa Bintangor.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin-Nya yang telah menghimpunkan para jemaah dalam majlis yang penuh keberkatan ini.

Pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Taqwa Bintangor merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jemaah yang hadir serta memberikan sokongan sepanjang program berlangsung. Penghargaan khas juga kepada Ustaz Said Assufi Osman atas penyampaian tazkirah dan ceramah yang penuh manfaat, yang mengingatkan kita tentang makna hijrah dalam membentuk diri, keluarga dan masyarakat yang lebih baik.

Semoga dengan kedatangan tahun baharu Hijrah 1448H ini, kita semua dikurniakan keimanan yang lebih teguh, amal ibadah yang diterima serta kehidupan yang diberkati oleh Allah SWT.

🤲 “Ya Allah, jadikanlah tahun yang baharu ini lebih baik daripada tahun yang telah berlalu, dan kurniakanlah kepada kami istiqamah dalam melakukan kebaikan.”

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H
“Maal Hijrah, Ummah Maju Makmur”

Address

Jalan Mahkamah
Kampung Bintangor
96500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Darul Taqwa Bintangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Darul Taqwa Bintangor:

Shortcuts

Share