Masjid As'Salam Mukim Jedok

Masjid As'Salam Mukim Jedok Masjid As'Salam adalah sebuah masjid yang terletak di Kg. Gual Jedok, Tanah Merah Kelantan.

04/04/2026

Sedekah bukan sekadar memberi, tetapi satu amalan yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah. Berikut beberapa fadilat utama:
🌿 1. Mendapat Ganjaran Berlipat Ganda
Allah menjanjikan pahala yang sangat besar bagi orang yang bersedekah.
“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai...”
(Surah Al-Baqarah: 261)
🌿 2. Menghapuskan Dosa
Sedekah boleh menjadi sebab diampunkan dosa-dosa kecil.
“Sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)
🌿 3. Melindungi dari Bala & Musibah
Amalan sedekah dapat menjadi pelindung daripada kesusahan dan bala.
🌿 4. Menenangkan Hati & Memberi Kebahagiaan
Memberi kepada orang lain membawa ketenangan jiwa dan rasa syukur.
🌿 5. Membuka Pintu Rezeki
Sedekah tidak mengurangkan harta, bahkan menambah keberkatan rezeki.
“Harta tidak akan berkurang kerana sedekah.”
(Hadis Riwayat Muslim)
🌿 6. Mendapat Naungan di Hari Akhirat
Orang yang bersedekah akan mendapat perlindungan di hari kiamat.
“Seorang akan berada di bawah naungan sedekahnya pada hari kiamat.”
🌿 7. Memanjangkan Umur & Menolak Takdir Buruk
Dengan izin Allah, sedekah boleh menjadi sebab dipanjangkan umur dan dijauhkan keburukan.
🌿 8. Menjadi Saham Akhirat (Sedekah Jariah)
Sedekah seperti wakaf, bina masjid, atau ilmu bermanfaat akan terus mengalir pahalanya walaupun selepas meninggal dunia.

ly

Assalamualaikum W.B.T.Pihak Masjid memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan bagi projek naik taraf sistem elektrik ma...
02/04/2026

Assalamualaikum W.B.T.
Pihak Masjid memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan bagi projek naik taraf sistem elektrik masjid demi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah semasa beribadah.
Sabda Rasulullah ﷺ:
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”
(Riwayat Muslim)
Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menyumbang bagi menjayakan usaha ini. Semoga menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Sumbangan boleh disalurkan dengan mengimbas QR Code pada poster di atas.
Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan tuan/puan.
“Bersama kita memakmurkan rumah Allah.

📢 MAKLUMAN & HUBUNGAN RASMI 📢
Sebarang pertanyaan, sumbangan, atau urusan berkaitan Masjid Assalam Mukim Jedok, anda boleh terus menghubungi:
👳‍♂️ Al-Fadhil Imam Tua
📞 019-990 1158
💼 Bendahari
📞 011-2551 4732
📝 Setiausaha (SU)
📞 014-213 7285

Big thanks to Abdul Muhaimin Yahya, Khairul Anuar, Fatimah Yusofffor all your support! Congrats for being top fans on a ...
22/02/2026

Big thanks to Abdul Muhaimin Yahya, Khairul Anuar, Fatimah Yusoff

for all your support! Congrats for being top fans on a streak 🔥!

PROGRAM PELANCARAN SAHABAT MASJIDTarikh: 8.2.2026 (Ahad)Masa: 7.40- 8.30 pgTempat: Surau Dato' Sharhan Shafie, SMU (A) D...
08/02/2026

PROGRAM PELANCARAN SAHABAT MASJID

Tarikh: 8.2.2026 (Ahad)
Masa: 7.40- 8.30 pg
Tempat: Surau Dato' Sharhan Shafie, SMU (A) Darul Ulum
guru dan Pelajar SMU & SRU
- Ahli Jawatankuasa Masjid As-Salam Jedok

ATUR CARA
7.40 - 8-05 pg
- Solat Hajat dan Dhuha
( Diimamkan oleh Ustaz Ismail bin Mamat - Imam Masjid As Salam , Jedok)

8.05 - 8.30 pg
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan doa: Ustaz Hilman bin Wahab
- Ucapan alu-aluan Puan Mudirah: Ustzh Noramali binti Kila
- Ucapan perasmian: Ustaz Ismail bin Mamat (Imam Tua Masjid As Salam, Jedok).
- Gimik perasmian
- Bersurai

Alhamdulillah, semoga Program Sahabat Masjid ini dapat mengeratkan lagi ikatan antara anak-anak Darul Ulum dengan masjid, khususnya Masjid As-Salam.
Moga segala usaha ini diberkati Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan serta amal jariah yang berterusan, in shaa Allah.
Barakallahu fikum,
wajazakumullahu khairan kathiran.

Alhamdulillah Kelmarin (Khamis 25.12.2025)Berlangsungnya majlis perasmian penutup KEM ANAK SOLEH 2025.Bersama tetamu ist...
26/12/2025

Alhamdulillah

Kelmarin (Khamis 25.12.2025)

Berlangsungnya majlis perasmian penutup KEM ANAK SOLEH 2025.

Bersama tetamu istimewa sebagai penutup program iaitu Ustaz Syakirin Yuslan penceramah Motivasi Ibubapa dan Anak-anak.

Pihak Masjid juga berterima kasih kepada Team Genius Training & Consultancy kerana sudi menabur khidmat bakti dalam mendidik anak-anak remaja kita yang menyertai KEM ANAK SOLEH.

Dan tidak lupa juga kepada Fasilitator pelajar dari SMU (A) Darul Ulum Jedok kerana sudi memberi khidmat bakti dalam usaha memantapkan jiwa Anak-anak Soleh.

Jutaan terima kasih juga bagi para penyumbang yang telah memberi sumbangan kpd pihak masjid bagi merialisasikan Impian Anak-anak Soleh kampung Jedok.

Bersama kita mendidik dan menjadi panduan bagi anak-anak kita kearah kejayaan yang hakiki.
IN SHAA ALLAH.

Alhamdulillah... 🤲🏼Selama 4 hari perjalanan KEM ANAK SOLEH dengan kerjasama Team Genius Jeli dan penyertaan seramai 225 ...
24/12/2025

Alhamdulillah... 🤲🏼

Selama 4 hari perjalanan KEM ANAK SOLEH dengan kerjasama Team Genius Jeli dan penyertaan seramai 225 orang peserta.

Ini menunjukkan bahawa betapa ibubapa semakin cakna dengan kemenjadian anak-anak di era yg penuh dgn cabaran ini.

Pihak masjid juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih bagi ibubapa yang sudi mempercayakan anak-anak kepada pihak masjid dengan menghantar anak-anak ke KEM ANAK SOLEH ini.

Moga-moga dengan ada program seperti ini dapat memberi kesedaran dan keperluan bahawa dalam menuntut ilmu agama itu satu keutamaan.

Program KEM ANAK SOLEH ini hanyalah sebagai memberi kesedaran dan pemangkin semangat kepada anak-anak agar sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu agama hingga ke akhir hayat.

Esok (Khamis) hari penutup Kem Anak Soleh, jom kita sama-sama memeriahkan program anjuran Masjid Assalam Mukim Jedok.

23/12/2025

Terima kasih team Genius kerana sudi menabur bakti di Masjid Assalam Mukim Jedok...

Hari kedua program KEM ANAK SOLEH.Kali ini program pengenalan asas didlm toharah dan solat.Dan di susuli permainan jutaw...
22/12/2025

Hari kedua program KEM ANAK SOLEH.

Kali ini program pengenalan asas didlm toharah dan solat.
Dan di susuli permainan jutawan syurga.

Alhamdulillah semakin meriah program pada kali ini.

Bagi yang hendak turut serta pendaftaran masih lagi dibuka, syarat penyertaan bermula umur 10 - 16 tahun sahaja.

Jom sama-sama kita mengisi masa lapang anak-anak dengan pelbagai aktiviti menarik.

Alhamdulillah... Hari Ahad 21.12.2025Hari pertama KEM ANAK SOLEH anjuran Masjid Assalam Mukim Jedok.Kehadiran para peser...
22/12/2025

Alhamdulillah...
Hari Ahad 21.12.2025

Hari pertama KEM ANAK SOLEH anjuran Masjid Assalam Mukim Jedok.

Kehadiran para peserta diluar jangkaan, lebih kurang 180 orang penyertaan.

KEM ANAK SOLEH ini akan berlangsung selama 5 hari, jom pakat2 isi masa lapang anak-anak dengan pelbagai aktiviti yang penuh bermanfaat..

In Shaa Allah

Assalamualaikum wbt MAKLUMAN PERUBAHAN WAKTU PULANG KEM ANAK SOLEH MASJID ASSALAM JEDOK.Disebabkan waktu dan pengisian p...
20/12/2025

Assalamualaikum wbt

MAKLUMAN PERUBAHAN WAKTU PULANG KEM ANAK SOLEH MASJID ASSALAM JEDOK.

Disebabkan waktu dan pengisian program yang agak padat dan memerlukan sedikit masa tambahan bagi pengisian, pihak masjid telah memutuskan untuk mengubah waktu pulang kem anak soleh dari jam 12.00 tghri kepada jam 1.00 tghri, iaitu berakhir pada waktu zuhur.

Ibubapa yang menjemput anak-anak pulang boleh bersama-sama kita solat zuhur berjemaah di masjid disamping menjemput anak-anak pulang setelah selesai program.

Address

Kampung Gual Jedok
Kampong Tanah Merah
17500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid As'Salam Mukim Jedok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid As'Salam Mukim Jedok:

Share