27/05/2026
Antara syiar Islam yang agung pada hari Aidiladha ialah menghidupkan takbir.
Diriwayatkan oleh Imam al-Hakim:
“Baginda ﷺ sentiasa bertakbir pada hari Arafah selepas solat subuh dan menghentikan selepas solat asar hari terakhir bagi hari-hari Tasyrik.”
Untuk makluman, terdapat dua jenis waktu takbir yang perlu kita tahu:
🔹 Takbir Mursal (Mutlak):
Bermula dari Maghrib 9 Zulhijah sehingga takbiratul ihram solat sunat Aidiladha. Takbir ini bersifat bebas boleh dilafazkan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (tengah memandu, buat kerja rumah atau berehat) tanpa terikat dengan waktu solat.
🔹 Takbir Muqayyad:
Bermula selepas solat Subuh 9 Zulhijah sehingga selepas solat Asar 13 Zulhijah (takbir selepas setiap solat fardu).
Mari kita sama-sama hidupkan syiar Islam ini dengan memperbanyakkan takbir sepanjang hari Aidiladha dan hari-hari Tasyrik. Semoga ia menjadi bekalan pahala buat kita semua.