Madrasah at-Taqwa

Madrasah at-Taqwa Sebuah surau di Jalan Sepakat, Kampung Simpang Tiga, Gombak, Selangor.

Surau Madrasah at-Taqwa, Lot 1469, Jalan Sepakat, Kampung Simpang Tiga, Gombak, Selangor telah ditubuhkan pada 22 November 1985. Ia adalah sebuah surau yang berdaftar di Jabatan Agama Islam Selangor dan bernaung di bawah seliaan Masjid al-Sharif, Kampung Simpang Tiga, Gombak. Komuniti tempatan yang mengimarahkan surau ini terdiri daripada beberapa kawasan perumahan dan taman-taman yang berdekatan

iaitu:
- Jalan Sepakat, Kampung Simpang Tiga
- Sebahagian Jalan Dewan, Kampung Simpang Tiga
- Kampung Sahabat Jaya
- Taman Sahabat
- Taman Berlian

24/07/2026
Kuliah Subuh Tafsir Wahai Orang Beriman.Us Nurnajman DaudSeruan ke 81{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ...
12/07/2026

Kuliah Subuh Tafsir Wahai Orang Beriman.
Us Nurnajman Daud
Seruan ke 81

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ }
[Surah Aṣ-Ṣaff: 2]
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

{ كَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ }
[Surah Aṣ-Ṣaff: 3]
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

1. Termasuk dlm sifat iman adalah kejujuran. Iman perlu dibuktikan, bukan sekadar ucapan. tasdiq perbuatan yg membenarkan apa yg diucapkan. jgn cakap tak serupa bikin.

2. Perkataan yg ada unsur bohong. berbohong dgn dirinya sendiri apabila menyuruh org berbuat baik sedangkan dia tidak melakukannya. melarang org berbuat mungkar sedang dia sendiri melakukannya.

3. Org beriman berjanji dgn Allah untuk mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

4. Allah mencela sebahagian ahli kitab

{ ۞أَتَأۡمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلۡبِرِّ وَتَنسَوۡنَ أَنفُسَكُمۡ وَأَنتُمۡ تَتۡلُونَ ٱلۡكِتَٰبَۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ }
[Surah Al-Baqarah: 44]
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

5. Amar makruf nahi mungkar melalui contoh dan tauladan. ketika nabi bersama 1400 para sahabat ke Mekah utk tunaikan umrah namun dihalang pembesar Quraisy. Berlaku perjanjian Hudaibiyah menyebabkan kaum muslimin terpaksa p**ang ke madinah pada tahun tersebut tanpa melaksanakan Umrah. Nabi perintahkan para sahabat bertahallul namun tiada sahabat yg laksanakan. Ummul mukminin Ummu Salamah cadangkan agar Nabi laksanakan dulu tahallul dengan menyembelih kambing dan bercukur kepala. setelah dilakukan , para sahabat beramai² mengikut langkah baginda. ini menunjukkan para sahabat lebih senang ikut apa yg mereka lihat berbanding hanya sekadar ucapan.

6. Tufail ibn Amru dari kaum Daus. pemimpin dari Madinah datang ke mekah. quraisy memburukkan nama nabi dgn pelbagai tuduhan sihir dan gila serta halang beliau mengikut nabi. khuatir terpengaruh, tufail tutup telinga dgn kapar. ketika nabi solat di masjid haram, belaiu tertarik melihat akhlak nabi . beliau buka kapas utk mendengar bacaan nabi yg sangat menakjubkan. bukan seperti dakwaan Quraisy. akhir beliau masuk islam. tiba² wajahnya keluar cahaya dgn kurniaan Allah. khuatir dipandang serong oleh kaumnyq, beliau minta dihilangkan cahaya tersebut. nabi berdoa akhirnya cahaya tersebut berpindah ke tongkat beliau. beliau balik dgn sampaikan islam kpd kaumnya, ramai yg beriman hasil dakwah yg dibuat.

7. Perbuatan amar makruf nahi mungkar mesti dilakukan walaupun kita sendiri belum laksanakan. namun hendaklah kita berazam dan berusaha lakukannya sebaik mungkin selaras dgn ucapan kita. celaan ayat di atas bukanlah pada seruan kpd kebaikan , tetapi kepada org yg hanya bercakap namun tiada keinginan utk laksanakan.

8. Air yg bersih bila dipindahkan ke tempat lain menggunakan bekas yg kotor akan menyebabkan air tadi juga dilihat kotor.

9. Kata Hassan al Basri , org terdahulu bila menyuruh kebaikan mereka adalah golongan yg terlebih dahulu melaksanakan kebaikan tersebut. ketika mereka larang perbuatan mungkar , mereka terlebih dahulu telah meninggalkan mungkar tersebut. Tidak seperti yg banyak berlaku pada hari ini, tidak selari kata² dengan perbuatan.

Madrasah at Taqwa
12.7.2026 7.20am
Catatan Abu Suhaib

kuliah subuh Sirahpeperangan Bani QuraizahUs Najman DaudKitab Ar Rahiqul Makhtum1. Selesai perang Ahzab, nabi mahu bereh...
27/06/2026

kuliah subuh Sirah
peperangan Bani Quraizah
Us Najman Daud
Kitab Ar Rahiqul Makhtum

1. Selesai perang Ahzab, nabi mahu berehat tapi ditegur oleh Jibril agar terus memerangi bani Quraizah kerana pengkhianatan mereka bersekongkol dgn tentera ahzab memerangi kota Madinah.

2. Nabi arahkan para sahabat bersegera ke perkampungan Bani Quraizah & tidak solat asar melainkan di sana. Para sahabat berbeza pandangan sebahagian mereka solat asar di madinah , sebahagian lagi tidak solat asar melainkan di bani Quraizah. perbezaan ini berpunca dari perbezaan memahami perintah Nabi :
- yg solat asar di madinah faham nabi suruh bersegera, kalau dah masuk waktu tidak mengapa solat di Madinah .
- sebahagian yg lain tangguhkan solat asar sebab memang nabi sebut begitu secara zahirnya.

3. tempoh pengepungan
- pandangan pertama 7 hari
- pandangan kedua 25 mlm, dikira dari hari nabi keluar sehingga nabi hukum semua bani Quraizah.

4. semasa pengepungan , nabi bermesyuarat bersama sahabat termasuk Abu Lubabah seorang yg ada hubungan perniagaan dgn Bani Quraizah. Mereka memberi beberapa pilihan kepada Bani Quraizah :

i) menyerah diri dan masuk islam. mereka akan bebas.harta & keluarga mereka akan selamat.
ii)mereka sendiri membunuh anak dan isteri mereka, kemudian keluar menentang tentera Islam.
iii) menyerang terus tentera Islam

5. sebelum hijrah , Quraizah adalah sekutu kaum Aus di Madinah. atas permintaan Bani Quraizah, Nabi hantar Abu Lubabah untuk berunding dgn mereka. Abu Lubabah seorang yg rapat dgn mereka. beliau menunjukkan isyarat tangan ke leher bererti nabi akan hukum bunuh Bani Quraizah. ini merupakan suatu tindakan membocor rahsia Nabi.

6. Menyesal dgn tindakan tersebut Abu Lubabah menghukum dirinya dengan mengikat dirinya ditiang masjid nabi dan bersumpah tidak akan merungkainya kecuali rasullullah yg membebaskannya. selama 7 hari beliau disitu. turun ayat
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَٰنَٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ }
[Surah Al-Anfāl: 27]

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

7. Isteri beliau dtg waktu solat membuka ikatan, selesai solat diikat semula. beliau ikat diri selama 6 malam sehingga turun ayat taubatnya diterima Allah. Baginda Nabi sendiri melepaskan beliau.

8. Bani Quraizah sebenarnya mampu melawan kaum muslimin kerana beberapa faktor :
i) kaum muslimin sudah keletihan dlm perang ahzab yg panjang.
ii) bekalan makan mereka sangat banyak.
iii) mereka p**a berada dlm kubu yg kuat
iv) kaum muslimin kesejukan dan kelaparan di padang pasir.

9. Selain pengkhianatan dlm perang Ahzab, mereka juga sudah bersedia memerangi nabi dgn pelbagai kelengkapan
i) 1500 bilah pedang
ii)2000 bilah tombak
iiil 300 baju besi
iv) 500 perisai

Namun Allah campakkan perasaan gerun dlm hati Bani Quraizah menyebabkan mereka tidak berani menentang kaum muslimin.

10. Mereka menyerah diri kpd Nabi. hukuman yg ditetapkan Nabi :
i) kaum lelaki diikat dgn pengawasan muhammad bin maslamah
ii)kaum wanita ditempatkan berasingan.

11. Sekump**an sahabat dari kaum Aus bertemu nabi merayu agar diringankan hukuman kpd Bani Quraizah kerana sebelum hijrah mereka adalah sekutu. mereka bersetuju dgn cadangan nabi melantik Saad bin Muaz utk memutuskan hukuman. Beliau seorang pemimpin yg dihormati. beliau tidak ikut serta pengepungan bani Quraizah kerena tercedera dlm perang ahzab sebelumnya.

12. Hukuman yg ditetapkan Oleh Saad bin Muaz dan dipersetujui oleh Nabi Saw kerana selari dgn hukuman Allah :
i) 600-700 org lelaki bani Quraizah dihukum pancung.
ii) kaum wanita akan djadikan hamba
iii) harta mereka dibahagikan.
-lelaki yg sudah berjanggut (baligh) dihukum bunuh. yg belum tumbuh dilepaskan.

13.. Turut dihukum bunuh ialah Huyai bin Akhtab bapa Sofiyah ummul mukminin.
- seorang wanita yahudi turut dihukum kerana mencampakkan batu pengisar tepung ke atas Khallad sehingga mati.

14. Saad bin Muaz meninggal selepas peristiwa Bani Quraizah rentetan luka yg dialami dalam perang Ahzab sebelumnya. riwayat Jabir menyebut bergoncang arasy kerana kematian beliau. para malaikat mengusung jenazah beliau sebagai penghormatan.

madrasah at Taqwa
7.10am 26hb Jun 2026
catatan abu suhaib

Sempena majlis Sambutan Hari Raya 2026 Madrasah At-Taqwa:Khamis, 9 April 20269.00 malamTerima kasih kepada semua yang me...
09/04/2026

Sempena majlis Sambutan Hari Raya 2026 Madrasah At-Taqwa:
Khamis, 9 April 2026
9.00 malam

Terima kasih kepada semua yang memeriahkan majlis kali ini.

Salam Ramadhan dari Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau Madrasah At-Taqwa.Ramadan Mubarak
18/02/2026

Salam Ramadhan dari Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau Madrasah At-Taqwa.

Ramadan Mubarak

Semua dijemput hadir
10/02/2026

Semua dijemput hadir

Address

Kampong Selayang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah at-Taqwa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category