Masjid Al Hamidiah

Masjid Al Hamidiah Laman Rasmi Masjid Al Hamidiah, Kg. Raban

Majlis bacaan yasin & doa nisfu Syaaban
02/02/2026

Majlis bacaan yasin & doa nisfu Syaaban

CERAMAH ISRA MIKRAJ📅 Tarikh: 16 Januari 2026 (Khamis)🕢 Masa: 7.15 Malam📍 Tempat: Masjid Al-Hamidiah Kg Raban🎤 Penceramah...
13/01/2026

CERAMAH ISRA MIKRAJ

📅 Tarikh: 16 Januari 2026 (Khamis)
🕢 Masa: 7.15 Malam
📍 Tempat: Masjid Al-Hamidiah Kg Raban
🎤 Penceramah: Ustaz Ahmad Khairul Nizam bin Ahmad Termizdi

🤲 Solat Maghrib & Isya’ Berjemaah
🍛 Jamuan Makan Malam

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

CERAMAH MAULIDUR RASUL 1447H/2025M“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, bererti dia mencintaiku…” Alhamdulillah, majlis k...
05/09/2025

CERAMAH MAULIDUR RASUL 1447H/2025M

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, bererti dia mencintaiku…” Alhamdulillah, majlis kita malam ini telah selamat disempurnakan. Moga-moga program ceramah kita ini menjadi pemangkin untuk kita semua menghidupkan sunnah Baginda Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.

Jazakumullahukhairan kepada semua yang terlibat. Teruskan menyokong program-program masjid kita!

Semoga Allah pertemukan kita lagi di program yang bermanfaat. 🤲

SOLAT SUNAT AIDILFITRI 1446H/2025M1 Syawal 1446 bersamaan 31 Mac 2025 seluruh umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya...
31/03/2025

SOLAT SUNAT AIDILFITRI 1446H/2025M

1 Syawal 1446 bersamaan 31 Mac 2025 seluruh umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jemaah mula berkumpul di masjid sejak awal pagi dan mengambil peluang untuk bertakbir menyambut hari kebesaran umat Islam.

Solat sunat aidilfitri diimamkan oleh Imam Muhammad Nizar Aqili & khutbah aidilfitri disampaikan oleh Imam Abu Bakar.

Aidilfitri hari kemenangan, hari kegembiraan kembali kepada fitrah. Sambutlah kemenangan dan kegembiraan dengan penuh kesyukuran, dengan laungan takbir membesarkan Allah, dengan laungan tahmid memuji Nya, serta kalimah istighfar menginsafi segala dosa dan noda. Semoga Aidilfitri menjadi titik permulaan bagi kita untuk kembali kepada fitrah sebagai hamba Allah yang bertakwa.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Ahlan ya ramadhan
01/03/2025

Ahlan ya ramadhan

Infaq orang ramai yang tidak sia².Mudah²an berkekalan pahala mengalir kepada semua yang menginfaq.
01/10/2024

Infaq orang ramai yang tidak sia².

Mudah²an berkekalan pahala mengalir kepada semua yang menginfaq.

InnalillahiwainnailaihirojiunTelah kembali ke Rahmatullah Md Radzuan bin Baharum pada Selasa 9 Julai 2024M bersamaan 3 M...
09/07/2024

Innalillahiwainnailaihirojiun

Telah kembali ke Rahmatullah Md Radzuan bin Baharum pada Selasa 9 Julai 2024M bersamaan 3 Muharram 1446H di rumah beliau. Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Hamidiah Kg Raban & dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kg Raban.

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmat-Mu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia. Lapangkan lah kubur nya"

Salam Takziah buat keluarga allahyarham.

28/06/2024
03/06/2024

JEMPUTAN KEPADA PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR NEGERI PERAK YANG BERADA DI DAERAH LENGGONG, GERIK DAN PENGKALAN HULU

Address

Kg. Raban,, Lenggong
Kampong Pipit
33400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Hamidiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al Hamidiah:

Share

Category