Majlis Ta'alim Zikra Lil Mukminin (MTZM)
Penasihat MTZM: Al-Habib Mahdi bin Abu Bakar Al-Hamid
Pengasuh MTZM:
Al-Habib Muhammad bin Muhammad Aqiel Al-Mahdaly
Al-Habib Maher bin Umar bin Muhammad Al-Bathoh Al-Ahdal Al-Zabidy Asy-Syafi'i. Majlis Ta'alim ini didirikan di atas manhaj da'wah Ba 'Alawi yang menekankan prinsip-prinsip 'Ilmu, 'Amal, Khauf, Ikhlas dan Wara`. Bermatlamat untuk menyeba
rkan Cinta Allah & Rasul kepada seluruh rakyat Kedah khususnya;
Majlis Pengajian dibawakan dalam bentuk mingguan, sementara Majlis Maulid dianjurkan secara bulanan - sebagai tempat berkumpul, berhimpun dan bersatunya para Muhibbin di Darul Aman ini. Majlis Iftitah (Pembukaan) Ta'alim Zikra Lil Mukminin ini adalah pada 11 Rabi'ul Awwal 1436 Hijrah bersamaan 2 Januari 2015M. Nama 'Zikra Lil Mukminin' diberikan oleh Guru Mulia Al-Habib Mahdi Al-Hamid; setelah beliau melakukan solat sunat istikharah, beliau mendapat ilham dari ayat ke-2 Surah Al-A'raf, maka telah dinamakan majlis Ta'alim ini dengan nama 'Zikra Lil Mukminin' (Peringatan bagi Orang-orang Beriman). Laman ini diselia oleh para murid Majlis Ta'alim Zikra Lil Mukminin.
***
JADUAL PENGAJIAN TETAP MAJLIS TA'ALIM ZIKRA LIL MUKMININ
Setiap Hari Jumaat malam Sabtu, selepas Maghrib
di Masjid Lama Pekan Tokai, Pendang, Kedah Darul Aman, Malaysia. Minggu 1
Habib Maher Al-Bathoh Al-Ahdal
Kitab Safinah An-Najah Syeikh Salim bin Samir al-Hadhrami
Minggu 2
Al-Habib Muhammad bin Muhammad Aqiel Al-Mahdaly
Kitab Adab Suluk Al-Murid Imam Abdullah Al-Haddad
Kitab Syamail Ar-Rasul karangan Imam An-Nabhani
Minggu 3
Maulid bersama Al-Habib Mahdi bin Abu Bakar Al-Hamid
Minggu 4
Al-Habib Muhammad bin Muhammad Aqiel Al-Mahdaly
Kitab Adab Suluk Al-Murid Imam Abdullah Al-Haddad
Kitab Syamail Ar-Rasul karangan Imam An-Nabhani
TERTIB MAJLIS bagi Minggu 1, 2 & 4:
1. Pengajian diselangi Qosidah.
[*] Bacaan Maulid akan diadakan pada setiap minggu yang ke-3 bersama Pembimbing MTZM, Al-Habib Mahdi bin Abu Bakar Al-Hamid dan para Pengasuh MTZM Al-Habib Muhammad bin Aqiel Al-Mahdaly dan Al-Habib Maher Al-Ahdal.
***
PEMBIMBING MTZM
AL-HABIB MAHDI BIN ABI BAKAR AL-HAMID
Beliau antara murid terawal Al-Habib 'Umar bin Hafidz, bahkan sejak sebelum tertubuhnya dan setelah adanya Dar Al-Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman. Selama 17 tahun, beliau berdamping bersama Guru Mulia Habibana
'Umar bin Hafidz dan mendapat perhatian dan asuhan khusus daripada beliau. Beliau adalah salah seorang mudir di Madrasah At-Tazkiyah Al-Islamiyah, Kuala Lumpur, Malaysia. PENGASUH MTZM
AL-HABIB MUHAMMAD BIN MUHAMMAD AQIEL BIN ALI AL-MAHDALY
Beliau mendapatkan pendidikan di Universiti Al-Azhar, Fakulti Usuluddin, jurusan Hadis peringkat Sarjana. Pada saat ini beliau sedang melanjutkan pengajian peringkat Master di Kolej Universiti INSANIAH, Kedah dalam Bidang Hadis. Selain itu, beliau pernah dan masih berguru kepada:
1. Ayahanda beliau, Al-Habib Prof. Dato Dr. Sayyid Muhammad Aqiel bin Ali Al-Mahdaly
2. Madya Dr. Sayyid Abdul Hamid bin Ali Al-Mahdaly
3. Syeikh Jabir Al-Azhary
4. Syeikh Fathi Allaytsi Al-Azhary
5. Al-Habib Syeikh Abdul Maqsud Al-Faarisy
6. Al-Habib Muhsin Al-Hinduan
7. Al-Habib Dr. Ahmad bin Abdullah Alkaff
8. Al-Habib 'Ali bin 'Abdurrahman Al-Jufry
9. Al-Ustaz Dr. Abdul Muhdy Al-Azhary
10. Al-Ustaz Dr. Muhammad Hisyam Al-Azhary
Antara aktiviti beliau:
1. Mengajar di Daarul Ghazhaly, Kedah Darul Aman.
2. Mengajar di Majlis Ta'lim Naqabatul Asyraaf, Kedah Darul Aman, Malaysia.
3. Penasihat di Majlis Ta'lim Fastabiqul Khaeraat, Sulawesi Selatan, Indonesia.
4. Penasihat di Majlis Ta'lim Riyadhul Jannah, Sulawesi Selatan Indonesia.
5. Pengasuh di Majlis Ta'alim Zikra Lil Mukminin, Kedah Darul Aman, Malaysia. AL-HABIB MAHER BIN 'UMAR BIN MUHAMMAD BIN 'ABDULLAH AL-BATHOH AL-AHDAL
Ulama muda berketurunan Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam ini lahir di Kota Zabid (juga dikenali sebagai Kota Ilmu), Hudaidah, Yaman. Beliau membesar dengan suasana keilmuan, dan mendalami ilmu daripada ramai masyaikh di Kota Zabid; sehingga mendapatkan pelbagai sanad ilmu yang bersambung kepada Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Rubat Al-Idrus, Aden, Yaman di bawah bimbingan Al-Alim Al-'Allamah Al-Habib Abu Bakar bin 'Ali Al-Masyhur Al-Adeni hafizhohuLlah . Setelah selesai pengajian, beliau bermusafir ke Jawa, Indonesia dan mengajar di Madrasah Darul Naasyiin selama 4 tahun. Bertugas di Madrasah An-Nahdhoh Al-Hasanah, Melele, Kedah dan dikhususkan untuk mengajar dalam bidang Qira`at.
***
page: Majlis Ta'alim Zikra Lil Mukminin
Website: http://majlistaalimzikramukminin2014.blogspot.com/