18/09/2018
Alhamdulilah Rezeki Pelajar
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayangNya kerja-kerja pembinaan sekolah pondok kami berjalan dengan lancar, berkat sumbangan sahabat-sahabat dan orang ramai, kini telah siap sebahagian pembinaan bangunan sekolah Pondok Nurul Islah (seperti dalam gambar). Buat masa sekarang pembinaan adalah untuk satu tingkat sahaja mengikut dana yang disumbangkan.
Kami masih mengharapkan sumbangan berterusan orang ramai bagi sama-sama membantu untuk menyiapkan pembinaan Bangunan Sekolah Pondok dan Dewan Terbuka ini yang dianggarkan menelan belanja sebanyak 2 Juta.
Tuan/Puan, Sdr/Sdri, sahabat-sahabat facebook yang melihat posting ini, mohon bantuan semua sebarkan ,
rayuan kutipan derma/infak/zakat/wakaf untuk tabung pembinaan Bangunan Sekolah Pondok :
Madrasah Nurul Islah,
Pondok Tuan Guru Hj Bakar bin Taib, beralamat :
Parit Panjang,
09200 Kupang, Baling,
Kedah Darul Aman.
Mohon bantu sumbanglah berapa yang termampu, insyaAllah hanya Allah dapat membalasnya. Terima kasih juga pada yang telah dan sentiasa membantu dari segi penyebaran maklumat dan pelbagai sumbangan. Semoga dengan sedikit usaha ini, sama-sama mendapat pahala berterusan buat saham di akhirat sana.
Jazakallahu khairan kathira.
Segala Sumbangan atas nama akaun berikut:
PONDOK NURUL ISLAH: 02048010050907 BIMB
RIBA: NURUL ISLAH (R): 02048010051532 BIMB
email: [email protected]
HP:019-4616368 (Ust Mohd Fadhil Abd Hamid - Pengetua) /
019-4213312 (Ust Saaidy Ismail - Setiausaha) /
013-4126634 (Ust Mohd Asraf - Bendahari)-
(Ust Rosli bin Taib -AJK - 019-4666084)