31/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐โจ๐
Alhamdulillah, bersempena sambutan Maulidurrasul SAW, pihak Masjid Al-Busyra Merbok berbesar hati menyampaikan ๐ผ๐ฃ๐ช๐๐๐ง๐๐ ๐๐ค๐ ๐ค๐ ๐๐๐ช๐ก๐๐๐ช๐ง๐ง๐๐จ๐ช๐ก 1448๐ sebagai tanda penghargaan kepada seorang insan yang telah banyak mencurahkan jasa, bakti dan sumbangan kepada Masjid Al-Busyra.
Sumbangan yang diberikan bukan sahaja dalam bentuk harta dan wang ringgit, malah turut dicurahkan melalui masa, tenaga, buah fikiran serta komitmen demi membantu perkembangan dan kemakmuran masjid.
Segala sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan mungkin tidak mampu dibalas dengan nilai duniawi, namun sesungguhnya setiap kebaikan yang dilakukan kerana Allah SWT tidak pernah sia-sia.
Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan pengorbanan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda, keberkatan dalam kehidupan, kesihatan yang baik serta rezeki yang luas.
Terima kasih atas segala bakti dan sumbangan yang telah diberikan kepada Masjid Al-Busyra.
Jasa dikenang, bakti disanjung, sumbangan menjadi amal jariah. ๐คฒ๐ป