08/05/2026
🌙 Jom Rebut Saham Akhirat di Hari Jumaat 🌙
“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, dan pada setiap tangkai itu ada seratus biji.”
📖 Surah Al-Baqarah: 261
Hari ini mungkin kita masih mampu melangkah ke masjid…
Masih mampu melihat duit dalam tangan…
Masih mampu mendengar azan berkumandang…
Tapi belum tentu minggu depan nama kita masih dipanggil sebagai penghuni dunia.
💔 Masjid Nurul Iman Kg Gebok, Mantin masih memerlukan sokongan kita untuk pembangunan & penambahbaikan rumah Allah.
Jangan tunggu kaya baru mahu menyumbang… kerana ramai yang “berniat nak infaq”, tetapi tak sempat.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apabila mati anak Adam, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”
📚 Hadis Riwayat Muslim
✨ Mungkin RM10 kita hari ini…
jadi asbab lampu masjid terus menyala.
jadi asbab orang mengaji Al-Quran.
jadi asbab doa para malaikat buat kita.
📌 Infaq Jumaat ini bukan tentang besar atau kecil nilainya…
tetapi tentang adakah kita sanggup lepaskan sedikit dunia untuk membeli akhirat. 🤲