Pusat Islam UniSZA

Pusat Islam UniSZA Page FB Rasmi Pusat Islam UniSZA Ia merupakan antara masjid berbentuk tradisi dan kontemporari.

Bumbung limas yang bertingkat dan berkubah menjadi identiti masjid ini. Masjid dilengkapi dengan bangunan anjung yang menjulur keluar ke kiri dan kanan dari bahagian hadapan bangunan masjid seolah-olah menjadi simbol kepada rukun Islam yang lima. Bumbung masjid yang dibina berbentuk atap condong ke bawah, iaitu meniru reka bentuk bumbung kebanyakan rumah Melayu ini membolehkan pengaliran air hujan

dengan sempurna di samping mengelakkan takungan air yang berlebihan yang boleh mendatangkan kerosakan pada bumbung masjid. Mihrab dan Mimbar
Mihrab masjid ini dibina berbentuk simetri yang mempunyai gerbang dan dihiasi dengan seni tulisan khat potongan ayat-ayat al-Quran berwarna emas di atas tapak berlatarkan warna hitam. Mimbarnya p**a dibina sesuai dengan seni bina masjid ini yang menggunakan logam dan konkrit. Rupa bentuk mimbar ini menyerupai sebuah anjung yang terdapat laluan masuk bertangga dari bahagian hadapan dewan solat. Tiang-tiang yang menampakkan tetulang struktur permukaan bumbung di dalam dewan sembahyang memberi pengaruh elemen seni bina Islam yang kuat. Antara elemen tradisi yang diterapkan dalam masjid ini ialah kayu jeriji yang bermotifkan geometri bagi penghadang pada tingkat atas ruang jemaah wanita.

04/09/2026

KULIAH SUBUH MASJID UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
DISAMPAIKAN OLEH: TUAN GURU BABA MOHD SUPLAR BIN YAHYA

04/09/2026

KULIAH MAGHRIB | MASJID UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

DISAMPAIKAN OLEH: USTAZ KHAIRUL IZZAT BIN MOHD SHUKRI

MAJLIS PENUTUPAN KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH MASJID UniSZA 20263 September 2026 | Khamis Alhamdulillah, selesai sudah perjal...
03/09/2026

MAJLIS PENUTUPAN KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH MASJID UniSZA 2026

3 September 2026 | Khamis

Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan tiga hari yang penuh dengan al-Quran, ilmu, ibadah, tarbiah dan ukhuwah.

Sepanjang 1–3 September 2026, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian dan aktiviti yang disusun bagi membentuk kecintaan kepada al-Quran serta membina sahsiah dan disiplin diri.

Antara pengisian sepanjang kem ialah hafazan & talaqqi al-Quran, tahsin bacaan, solat berjemaah, qiamullail, kuliah Subuh dan Maghrib, tazkirah serta pengisian berkaitan adab dan akhlak seorang penghafaz al-Quran.

Turut diadakan aktiviti riadah dan sukan, aktiviti berkump**an bersama fasilitator, qasidah, pengisian kerohanian serta Slot AI & Teknologi Islamik, bagi memberi pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan seimbang kepada para peserta.

Kemuncak program pada hari terakhir ialah Majlis Penutupan Kem Tahfiz Cuti Sekolah Masjid UniSZA 2026, yang telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UniSZA, diikuti penyampaian hadiah kepada peserta terbaik.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Pusat Islam UniSZA, para penceramah, fasilitator, urusetia, ibu bapa/penjaga serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan memberikan kerjasama dalam menjayakan kem ini.

Semoga tiga hari yang dilalui bersama ini meninggalkan kenangan yang indah dan menjadi titik permulaan untuk anak-anak terus mendampingi al-Quran, menjaga solat, mencintai ilmu dan menghiasi diri dengan akhlak Rasulullah ﷺ.

Berakhirnya kem, bukan berakhirnya perjalanan bersama al-Quran.






KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH MASJID UniSZA 20262 September 2026 | Rabu | Hari KeduaAlhamdulillah, hari ini merupakan hari ked...
02/09/2026

KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH MASJID UniSZA 2026

2 September 2026 | Rabu | Hari Kedua

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kedua Kem Tahfiz Masjid UniSZA 2026.

Hari kedua dimulakan dengan qiyamullail, solat Subuh, tazkirah serta bacaan al-Ma’thurat dan murajaah. Para peserta kemudiannya meneruskan pengisian tasmik individu bagi memperkukuhkan hafazan al-Quran.

Menariknya, peserta turut didedahkan dengan AI dan Teknologi Islam, diikuti bengkel Tajwid & Taranum (Smart Tajwid) bagi meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran.

Pada sebelah petang, para peserta mengikuti riadhah sunnah sebagai aktiviti kecergasan dan pembentukan gaya hidup sihat. Seterusnya, pengisian diteruskan dengan solat Maghrib dan kuliah bertemakan Akhlak Rasulullah ﷺ.

Malam p**a dimeriahkan dengan Kuiz al-Quran – Tebuk Surah, yang menguji pengetahuan dan hafazan para peserta dalam suasana santai dan menyeronokkan.

Semoga setiap pengisian yang dilalui hari ini bukan sahaja menambah hafazan, tetapi turut membentuk jiwa yang dekat dengan al-Quran, cinta kepada Rasulullah ﷺ dan terpancar dalam akhlak serta kehidupan seharian.

Hafal al-Quran, Hiasi Hidup dengan Akhlak Rasulullah ﷺ.





KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH MASJID UniSZA 20261 September 2026 | Selasa | Hari PertamaAlhamdulillah, Kem Tahfiz MU 2026 tela...
01/09/2026

KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH MASJID UniSZA 2026

1 September 2026 | Selasa | Hari Pertama

Alhamdulillah, Kem Tahfiz MU 2026 telah dimulakan dengan ucapan oleh YBrs. En. Mohd Sayuti Yahya, Pengarah Pusat Islam UniSZA, beliau mengharapkan semoga daripada kem ini akan lahir generasi huffaz yang bukan sahaja hebat hafazannya, tetapi indah akhlaknya, kuat imannya dan besar cita-citanya.

Seramai 75 orang telah mendaftar mengikuti kem ini yang hadir dari Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Hari pertama Kem Tahfiz MU 2026 dilaksanakan dengan pelbagai pengisian ilmu, hafazan, ibadah dan aktiviti yang bermanfaat.

Antara pengisian hari ini ialah Sesi Ta’aruf, Teknik Hafazan Berkesan, Tasmi‘ Berkump**an, bacaan al-Ma’thurat, Explorece Islamic, Kuliah Maghrib – Kelebihan Menjadi Hafiz al-Quran serta Hafazan Challenge.

Semoga segala ilmu, hafazan dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga buat semua peserta dalam membina generasi yang mencintai al-Quran dan berakhlak Rasulullah ﷺ.

Terima kasih kepada semua ibu bapa, urusetia, fasilitator dan semua pihak yang menjayakan program hari ini.





01/09/2026

DISAMPAIKAN OLEH : PROF. MADYA DR. HASANULDDIN BIN MOHD

31/08/2026

KULIAH MAGHRIB MASJID UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
DISAMPAIKAN OLEH: USTAZ MOHAMAD NURUL HAFIZ BIN AB LATIF

30/08/2026

KULIAH MAGHRIB MASJID UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
DISAMPAIKAN OLEH: PROF. MADYA DR. ZAIDIN BIN MAT@MOHAMAD

30/08/2026

[LIVE TAZKIRAH ]

📖 Tajuk: Kasih Sayang Rasulullah SAW Kepada Umat: Daripada Hati Ke Hati

🎙️ Disampaikan oleh : Ustaz Noor Aminuddin bin Mohamed Noor
(Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Pusat Islam UniSZA Kampus Besut)

🕌 Lokasi: Pejabat Pengarah, UniSZA Kampus Besut

📢 Harap bantu SEBARKAN pautan ini ke semua media sosial kampus Gong Badak & Besut demi manfaat ilmu bersama.

Address

Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak
Kampong Gong Badak
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Islam UniSZA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pusat Islam UniSZA:

Shortcuts

Share