Taufik Homestay

Taufik Homestay Taufik Homestay yang terletak di Kuala Terengganu yang berkongsep moden dan ringkas dilengkapi dengan 4 bilik yang berhawa dingin serta 3 bilik air.

Disediakan kemudahan yang pastinya memenuhi kepuasan pelanggan.

Alhamdulillah..terima kasih guest yang mana menginap di Taufik Homestay private pool atas kesudian memberi feedback.Insy...
11/11/2023

Alhamdulillah..terima kasih guest yang mana menginap di Taufik Homestay private pool atas kesudian memberi feedback.InsyaAllah kami akan tambahbaik homestay dari semasa ke semasa untuk kepuasan pelanggan-pelanggan kami




27/09/2023

Taufik Homestay
Menikmati view malam di Taufik Homestay Kuala Terengganu.Tenang dengan deruan bunyi air terjun.Terletak kira-kira 1km dari pesisir laut, 13 Km dari pusat bandar dan dikelilingi tempat-tempat menarik menjadikan taufik homestay salah 1 tempat penginapan pilihan utama pelancong jika berkunjung ke Kuala Terengganu.

Untuk pertanyaan lebih detail boleh wasap dengan menekan link dibawah

www.wasap.my/60145060456/Taufikhomestayprivatepool

www.wasap.y/60139413414/Taufikhomestayprivatepool

Alhamdulillah positive feedback dari guest yang menginap di Taufik Homestay 1 dan Taufik Homestay 2.Kepada yang berhajat...
25/01/2023

Alhamdulillah positive feedback dari guest yang menginap di Taufik Homestay 1 dan Taufik Homestay 2.

Kepada yang berhajat untuk datang ke Kuala Terengganu dan masih tercari-cari tempat penginapan yang sesuai bolehlah cuba menginap di Taufik Homestay..InsyaAllah berbaloi2.

Taufik Homestay 2 kini dibuka.Rumah semi-D 3bilik 2 bilik airDilengkapi penghawa dingin di setiap bilik termasuk ruang t...
08/04/2022

Taufik Homestay 2 kini dibuka.

Rumah semi-D 3bilik 2 bilik air
Dilengkapi penghawa dingin di setiap bilik termasuk ruang tamu. Untuk pertanyaan dan tempahan boleh menekan link wasap dibawah
www.wasap.my/60145060456/taufikhomestay2

09/03/2022

Terima kasih Tuan Syukri dari Banting Selangor sudi menginap di Taufik Homestay.













[ 8 TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU ]1. Pasar PayangTerletak di tengah Bandar Kuala Terengganu (KT) dan terkenal deng...
09/03/2022

[ 8 TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU ]

1. Pasar Payang

Terletak di tengah Bandar Kuala Terengganu (KT) dan terkenal dengan tempat membeli belah / cenderahati di KT. Pasar payang mula beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 6 petang setiap hari sabtu sehingga khamis. Antara yang menarik di Pasar Payang adalah makanan tradisional Terengganu seperti kuih- muih, keropok lekor & telur penyu.Batik dan songket juga sangat terkenal di Pasar Payang kerana harga yang lebih murah.
https://goo.gl/maps/aNT9cNZNd49L4fwa7

2. Kampung Cina (Chinatown)

Lokasinya sangat berhampiran dengan pasar payang. Kampung Cina antara tempat famous untuk anda semua “berswafoto” di celah lorong yang unik dengan gambar serta ukiran.
https://goo.gl/maps/9Jfioo5wT3RPcu1q9

3. Drawbridge Terengganu

Antara tarikan baru yang utama di Negeri Terengganu. Sesuai untuk lokasi mengambil gambar kerana pemandangan sekitar Drawbrige sangat menarik perhatian dan di kawasan itu juga terdapat satu Pantai Miami Terengganu yang sangat cantik di sepanjang jalan ke Teluk Ketapang.
https://goo.gl/maps/7Xw4xQc8jjfLj8LN9

4. Taman Tamadun Islam (TTI)

Tidak asing lagi apabila ke Terengganu mesti akan melawat Masjid Kristal. Sebenarnya, Di kawasan Masjid Kristal terdapat banyak lagi aktiviti menarik seperti TTI River Cruise dan Taman Monumen. TTI River Cruise memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat alam sekitar di kawasan masjid Kristal. Yang paling menarik adalah taman monument kerana anda tidak perlu ke serata dunia untuk melihat masjid kerana di situ terdapat 20 replika masjid di seluruh dunia dengan harga hanya RM35 dewasa dan RM25 kanak-kanak.
https://goo.gl/maps/FdoCXYwGA64KRosf8

5. Pantai Batu Buruk

Keunikan Terengganu tidak asing lagi dengan keindahan pantai. Pantai Batu Buruk merupakan pilihan orang ramai untuk bersiar-siar di waktu petang dan malam kerana kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya ATV, kuda berhias, taman permainan yang besar. Selain itu juga, di kawasan pantai ini terdapat pelbagai gerai- gerai yang menjual makanan serta minuman.
https://goo.gl/maps/Q7sPwFN68vhMW54NA

6. Muzium Negeri Terengganu.

Muzium ini sangat unik kerana dibina seperti istana kayu lama dan muzium ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara. Muzium ini mempunyai 9 galeri keseluruhannya dan banyak artifak berharga serta informasi yang boleh diperolehi.
Harga untuk dewasa RM5 manakala kanak- kanak RM2 dan muzium ini dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada jam 9 pagi hingga 5 petang.
https://goo.gl/maps/n99fzykciQV5yrt79

7. Kompleks Kraf Noor Arfa ( NACC)

Noor Arfa Craft Complex adalah pengeluar dan pengedar batik yang terbesar di Negeri Terengganu. Di sini, pengunjung boleh membeli batik secara borong, mencanting batik serta melihat cara- cara batik dibuat. Selain batik, terdapat juga kraftangan daripada ukiran kaca, anyaman dan pembuatan wau. Anda juga boleh memilih batik- batik berdasarkan bajet anda sendiri di NACC.
https://g.page/NACCBatikPavilion?share

8. Lagun Kuala Ibai

Terletak kira- kira 25KM dari Kuala Terengganu ini merupakan tempat santai dan riadah di waktu petang bersama keluarga. Paling menarik di sini sesuai untuk kanak- kanak bermandi- manda air laut kerana air disitu agak cetek. Di situ juga berdekat dengan Masjid Tengku Tengah Zaharah ( Masjid Terapung) yang indah dan cantik.
https://goo.gl/maps/khSAHvLyJXFaNQeTA

Address

Kampong Gong Badak

Telephone

+60145060456

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taufik Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Taufik Homestay:

Share