Masjid Al-Khairiyah

Masjid Al-Khairiyah Masjid Al-Khairiyah dirasmikan pada 21 Jamadilawal 1425 Hijrah bersamaan 9 Julai 2004 Masehi oleh Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj

Masjid Al-Khairiyah dirasmikan pada 21 Jamadilawal 1425 Hijrah bersamaan 9 Julai 2004 Masehi oleh Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Masjid Al Khairiyah merupakan masjid terbaik Daerah Gombak bagi tahun 2019 dan 2011. Pada tahun 2014 masjid dianugerahkan 20 masjid terbaik di Negeri Selangor. Di Nobat sebagai Masjid Terb

aik Selangor pada tahun 2015. Rekabentuknya berkosepkan kemelayuan dengan penerapan ciri-ciri binaan Islam. Keseluruhan kapasiti masjid boleh menampung 4000 jemaah dalam satu-satu masa. Visi Masjid adalah untuk menjadi Pusat Sehenti (One-Stop Centre) kegiatan ummah dalam membangun keimanan, ketaqwaan dan beramal berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Misi Masjid Al-Khairiyah adalah mengurus dan mentadbir dengan amanah, telus dan mampu menunjukkan qudwah hasanah (contoh ikutan yang baik), membangun keperibadian dan jatidiri ummah yang berasaskan aqidah, syariah dan akhlak Islamiyah melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan. Masjid merupakan pusat ibadat, pusat perkembangan ilmu dan perpaduan ummah sedia membantu dalam menyelesaikan pemasalahan di kalangan masyarakat. Moto Masjid ialah "Al-Khairiyah di Hati Kami"
Masjid bersedia menjadi pusat ibadat, penyebaran ilmu dan dakwah serta menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar yang selesa dari segi kebersihan, keselamatan dan ketenangan jemaah. Masjid juga memajukan pengajian formal dan kefahaman Islam, membangun ekonomi serta meningkatkan pengetahuan isu-isu semasa dan komunikasi di kalangan ahli kariah. Masjid menjadi pusat rujukan dan khidmat masyarakat, memberikan sokongan terhadap usaha membangunkan nilai keimanan di kalangan masyarakat, memberikan layanan saksama terhadap semua permohonan untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di masjid dengan mengikut syarat yang ditetapkan

04/09/2026

Live Kuliah Dhuha 4 September 2026

Ustaz Zhafran Abdul Karim
Kitab Addurus Samin
Kitab Hidayatus Salikin

Jadual Kuliah Bulan September 2026Jom bawa ahli keluarga kita hadir bersama sama ke Masjid Al Khairiyah.Mudah mudahan Al...
03/09/2026

Jadual Kuliah Bulan September 2026

Jom bawa ahli keluarga kita hadir bersama sama ke Masjid Al Khairiyah.
Mudah mudahan Allah Swt redha dan berkati kita semua.

03/09/2026

Live Kuliah Dhuha 3 September 2026

Ustaz Dato Nizam Kamaruzaman
Tafsir

02/09/2026

Live Kuliah Dhuha 2 Sept 2026

Ustaz Zulramli M.Razali
Tafsir Surah Al Insan

28/08/2026

Live Kuliah Dhuha 28 Ogos 2026

Ustaz Zhafran Abdul Karim
Kitab Bidayatul Hidayah
Kitab Hidayatus Salikin

Persembahan Konsert Amal The Rayhan di Karnival Cinta Masjid 2026
27/08/2026

Persembahan Konsert Amal The Rayhan di Karnival Cinta Masjid 2026

Persembahan kumpulan Nashid The Rayhan di Karnival Cinta Masjid sem...

27/08/2026

Live Kuliah Dhuha 27 Ogos 2026

Ustaz Farhan Suhut
Kitab Tazkiyatun Nafs

Riadah Mingguan Kejohanan Liga Sukan Piala Nazir Tahun 2026 Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak
26/08/2026

Riadah Mingguan

Kejohanan Liga Sukan Piala Nazir Tahun 2026
Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak

26/08/2026

Live Kuliah Dhuha 26 Ogos 2026

Ustaz Azman Abdul Halim
Kitab Penyucian Hati

Address

Kampong Gombak

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Khairiyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Al-Khairiyah:

Shortcuts

Share