14/05/2026
𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐆𝐎𝐌𝐁𝐀𝐊 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐘𝐀𝐇𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐑𝐔
𝟏𝟒 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 | 𝟐𝟔 𝐙𝐔𝐋𝐊𝐀𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟎𝟑𝟎𝐡𝐫𝐬
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah.
Hari ini adalah hari yang bersejarah dan penuh keberkatan. Langkah yang diambil oleh Saudara Mohammad Syafik Tan Abdullah untuk memeluk Islam adalah anugerah yang amat besar daripada Allah SWT. Sesungguhnya hidayah itu adalah milik Allah, dan barangsiapa yang diberi hidayah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya.
Pihak Jawatankuasa Masjid Gombak Utara ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, seorang lagi hamba-Nya telah dibuka pintu hatinya untuk menerima cahaya Islam.
Kami dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur menyambut Saudara Mohammad Syafik Tan Abdullah yang telah ikhlas melafazkan dua kalimah syahadah
Mohammad Syafiq Tan Abdullah telah melafazkan syahadah dihadapan AF Ustaz Hanif Hawari, Imam 1 Masjid Gombak Utara disaksikan oleh Tuan Haji Zainal Othman.
Semoga saudara Mohammad Syafik Tan Abdullah kekal istiqamah dalam agama yang diredhai ini, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. Pihak kami akan sentiasa menyokong, membimbing dan bersama saudara dalam perjalanan menuntut ilmu agama yang baharu ini.
Cenderahati yang disampaikan oleh Tuan Mohd Sarmadan Ihwani, Timbalan Nazir Masjid Gombak Utara mewakili Nazir dan PAJK MGU. Kepada seluruh jemaah, marilah kita bersama-sama mendoakan agar saudara kita ini dikuatkan iman, diberi ketabahan, dan menjadi hamba Allah yang soleh.
"Ya Allah, tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu dan kurniakanlah kami husnul khatimah."