BIRO Kerohanian JPKK

BIRO Kerohanian JPKK Page rasmi Biro Kerohanian Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (BKJPKK). Bertindak menjadi medium perantara untuk menyebarkan dakwah kepada pelajar

Doa Selepas Wudu
23/02/2022

Doa Selepas Wudu

22/02/2022
14/02/2022

Akibat bantah arahan Rasulullah s.a.w

𝘼𝙉𝘾𝘼𝙈𝘼𝙉 𝘽𝘼𝙂𝙄 𝙈𝙀𝙍𝙀𝙆𝘼 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝘼𝙇𝙆𝘼𝙉 𝙎𝙊𝙇𝘼𝙏 𝘼𝙎𝘼𝙍Rasulullah ﷺ memberikan ancaman yang keras terhadap mereka yang 𝐬𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚 me...
17/01/2022

𝘼𝙉𝘾𝘼𝙈𝘼𝙉 𝘽𝘼𝙂𝙄 𝙈𝙀𝙍𝙀𝙆𝘼 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝘼𝙇𝙆𝘼𝙉 𝙎𝙊𝙇𝘼𝙏 𝘼𝙎𝘼𝙍
Rasulullah ﷺ memberikan ancaman yang keras terhadap mereka yang 𝐬𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚 meninggalkan solat khususnya pada solat Asar. Ancaman ini dapat dilihat melalui beberapa riwayat yang sahih, iaitu Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ تَرَكَ صَلَاةَ الْعَصْرِ ، فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُه
"𝘽𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙤𝙡𝙖𝙩 𝘼𝙨𝙖𝙧 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙜𝙪𝙜𝙪𝙧𝙡𝙖𝙝 𝙖𝙢𝙖𝙡𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖."(H.R Bukhari, No. 553)
Di dalam satu riwayat yang lain Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ فَاتَتْهُ صَلاَةُ العَصْرِ فَكَأَنَّماَ وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ
"𝙎𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙡𝙚𝙬𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 (𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙧𝙟𝙖𝙠𝙖𝙣) 𝙨𝙤𝙡𝙖𝙩 𝘼𝙨𝙖𝙧 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙨𝙚𝙖𝙠𝙖𝙣-𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙞𝙡𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙧𝙩𝙖𝙣𝙮𝙖."(H.R Bukhari, No. 1537)
Hadis-hadis di atas menunjukkan kepentingan memelihara solat Asar secara khusus. Bahkan mereka yang sengaja meninggalkan solat ini diberikan ancaman bahawa amalan mereka akan terhapus serta diibaratkan mereka ini kehilangan keluarga dan harta mereka!
Al-Imam Ibn alQayyim RH menyatakan:
"𝙢𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙤𝙡𝙖𝙩 𝙞𝙩𝙪 𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙪𝙖 𝙠𝙚𝙖𝙙𝙖𝙖𝙣. 𝙋𝙚𝙧𝙩𝙖𝙢𝙖, 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙩𝙤𝙩𝙖𝙡 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙥𝙚𝙧𝙣𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙧𝙟𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙤𝙡𝙖𝙩 𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙡𝙞, 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙢𝙖𝙡𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙖𝙩𝙖𝙡 𝙨𝙚𝙡𝙪𝙧𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖. 𝙆𝙚𝙙𝙪𝙖, 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙤𝙡𝙖𝙩 𝘼𝙨𝙖𝙧 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙩𝙚𝙣𝙩𝙪, 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙢𝙖𝙡𝙣𝙮𝙖 𝙗𝙖𝙩𝙖𝙡 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙨𝙚𝙗𝙪𝙩." (Al-Solah wa Hukm Tarikiha 65)
Maka kami ingin mengingatkan , sebaiknya tunaikanlah solat Asar terlebih dahulu di tempat kerja sebelum balik kerana dibimbangi tersangkut dalam kesesakan lalu lintas menyebabkan kita terlepas atau terlewat solat Asar.
Nak bersukan , beriadah atau rehat yang membawa tertidur pun biarlah setelah ditunai solat asar , jangan ditunda ke penghujung waktu.
Usahlah memperjudikan solat kita kerana ancamannya terhapusnya amalan baik kita adalah satu ancaman yang besar dari Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى.
Wallahu A'lam

Perkongsian oleh:
Biro Kerohanian Jpkk

*NERAKA SAQAR BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT*Memang ada ancaman yang jelas dan keras disebutkan dalam Al-Quran berk...
11/01/2022

*NERAKA SAQAR BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT*
Memang ada ancaman yang jelas dan keras disebutkan dalam Al-Quran berkenaan hal mereka yang tidak menunaikan solat. Allah berfirman bahawa:
مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?”
قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Orang-orang yang bersalah itu menjawab:
“Kami tidak termasuk dalam kump**an orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ
“Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;

وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ
“Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;

وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ
“Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan”
حَتَّىٰ أَتَانَا الْيَقِينُ
“Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini”.
Melalui ayat di atas, Allah telah menerangkan dengan panjang lebar antara perkara yang dapat menjerumuskan manusia ke dalam neraka kelak antaranya:

1. Tidak solat

2. Tidak memberi makan kepada orang miskin

3. Tidak menjaga ucapan yakni – berkata perkara-perkara salah yang tidak diketahui kebenarannya.

4. Tidak mempercayai adanya hari akhirat di mana setiap manusia akan dihisab sesuai dengan amalan yang dilakukan di dunia.
Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita agar tidak tergolong di dalam golongan yang dimasukkan kedalam neraka Saqar.

Wallahu A'lam

Perkongsian oleh:
Biro Kerohanian JPKK

*ORANG YANG SOLAT SUBUH DIBAWAH JAMINAN ALLAH*Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa ...
09/01/2022

*ORANG YANG SOLAT SUBUH DIBAWAH JAMINAN ALLAH*

Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Allah tidak sesekali menggugurkan daripada jaminan-Nya dengan sesuatu. Oleh yang demikian, sesiapa yang menggugurkan daripada dirinya jaminan Allah, pasti dia akan mendapatkannya (balasan). Kemudian wajahnya akan ditelangkupkan dalam Neraka.”

Riwayat Muslim (657)

*Huraian Hadith:*

1) Orang Islam disuruh *solat 5 waktu* berjemaah kerana terdapat fadhilat-fadhilat yang khusus lagi banyak.

2) Sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia akan berada dalam perlindungan keamanan di sisi Allah SWT. Maka, tidak ada sesiapa yang boleh memberi ancaman dan kecelakaan kepadanya.

3) Maka tidak boleh sesiapapun mengancam dan memberi kecelakaan pada dirinya. Sesiapa yang melakukan hal tersebut (mengancam), maka Allah akan menuntut (membalas pelaku itu) dengan hak (orang yang mengerjakan solat tersebut)

4) Dikhususkan (ditentukan) *solat* subuh dengan kelebihan ini kerana *solat* subuh lebih berat daripada *solat-solat* lain disebabkan waktu subuh adalah waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk p**a sukar untuk berwudhuk dan bagi orang yang bekerja p**a subuh adalah masa membuat persiapan untuk keluar bekerja.

5) Dengan meninggalkan *solat* subuh terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

Perkongsian dari:

Biro Kerohanian JPKK

Baca selanjutnya di:

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/4889-irsyad-al-hadith-siri-ke-525-kefahaman-hadis-sesiapa-yang-solat-subuh-maka-dia-dalam-jaminan-allah-swt

*TUNTUTAN MANDI PADA HARI JUMAAT*Sunat mandi pada hari Jumaat bagi mereka yang mendirikan solat Jumaat sekalipun solat t...
06/01/2022

*TUNTUTAN MANDI PADA HARI JUMAAT*
Sunat mandi pada hari Jumaat bagi mereka yang mendirikan solat Jumaat sekalipun solat tersebut tidak wajib atas mereka, seperti orang musafir, perempuan dan kanak-kanak. Pendapat yang lain p**a mengatakan bahawa mandi pada hari Jumaat, sunat bagi sesiapa sahaja sama ada yang mendirikan solat Jumaat ataupun tidak. Ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْتِىَ الْجُمُعَةَ فَلْيَغْتَسِلْ
Maksudnya: “Sesiapa yang hendak mendirikan solat Jumaat dia hendaklah mandi”.
[Riwayat Muslim (844)]
*Waktu Mandi Sunat Jumaat*
Waktu mandi sunat Jumaat adalah *bermula masuk waktu azan solat Subuh*. Walaubagaimanapun, *mandi ketika hampirnya waktu mendirikan solat Jumaat adalah lebih baik*. Ini kerana lebih dekat kepada tujuan mandi tersebut, iaitu mengharumkan bau badan, menghilangkan peluh dan bau busuk.
Kesimp**annya mandi pada hari Jumaat adalah disunatkan sebagaimana yang terdapat di dalam hadith-hadith yang sahih. Untuk itu, kita sebagai seorang muslim perlulah beramal dengan setiap yang datang kepada kita daripada Nabi SAW.
Perkongsian oleh:
Biro Kerohanian JPKK
Rujukan:
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/989-irsyad-al-hadith-siri-ke-164-mandi-pada-hari-jumaat

KELUHAN DAN PENYESALAN DI AKHIRAT TIDAK BERGUNAOrang yang menjual kehidupan abadi (akhirat) dengan kehidupan dunia yang ...
06/01/2022

KELUHAN DAN PENYESALAN DI AKHIRAT TIDAK BERGUNA
Orang yang menjual kehidupan abadi (akhirat) dengan kehidupan dunia yang fana yang tidak menjamin walau secebis pun di dalamnya, merupakan orang-orang yang merugi. Kerana umur kita mungkin sahaja hanya tinggal beberapa hari, bulan, atau tahun.
Bagaimana panjangnya kehidupan ini, namun kenyataannya adalah amat singkat! bayangkan sahaja saat kita hidup pada saat ini berapa lamakah masa yang kita rasakan telah berlalu? waktu sekolah, waktu bermain dengan rakan-rakan, hakikatnya masa yang kita rasakan hanya waktu yang kita berada sekarang.
Kehidupan dunia ini memang dijadikan indah dalam pandangan kita. Akan tetapi, perhiasan dunia itu akan hilang sekelip mata ketika kebenaran tentang hari kiamat terbentang di depan mata. Atas maksud itu, pada hari ini, kami ingin membawakan kata-kata penyesalan manusia pada hari kiamat yang dirakamkan di dalam Al-Quran kerana lupa kepada Allah dan menjual kehidupannya yang abadi.
1) اِنَّآ اَنْذَرْنٰكُمْ عَذَابًا قَرِيْبًا ەۙ يَّوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُوْلُ الْكٰفِرُ يٰلَيْتَنِيْ كُنْتُ تُرَابًا
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (orang kafir) azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata, “Alangkah baiknya seandainya dahulu aku menjadi tanah.”
(Surah An-Naba', ayat 40)
2) يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي
Maksudnya: Dia berkata, “Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebajikan) untuk hidupku ini.” (Surah Al-Fajr, ayat 24)
3) وَاَمَّا مَنْ اُوْتِيَ كِتٰبَهٗ بِشِمَالِهٖ ەۙ فَيَقُوْلُ يٰلَيْتَنِيْ لَمْ اُوْتَ كِتٰبِيَهْۚ
Maksudnya: Dan adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kirinya, maka dia berkata, “Alangkah baiknya jika kitabku (ini) tidak diberikan kepadaku." (Surah Al-Haaqqah, ayat 25)
4) يٰوَيْلَتٰى لَيْتَنِيْ لَمْ اَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيْلًا
Maksudnya: "Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!
(Surah Al-Furqaan, ayat 28)
5) يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوْهُهُمْ فِى النَّارِ يَقُوْلُوْنَ يٰلَيْتَنَآ اَطَعْنَا اللّٰهَ وَاَطَعْنَا الرَّسُوْلَا۠
Maksudnya: Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. (Surah Al-Ahzaab, ayat 66)
6) وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلٰى يَدَيْهِ يَقُوْلُ يٰلَيْتَنِى اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُوْلِ سَبِيْلًا
Maksudnya: Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul. (Surah Al-Furqaan ayat 27)
7) يّٰلَيْتَنِيْ كُنْتُ مَعَهُمْ فَاَفُوْزَ فَوْزًا عَظِيْمًا
Maksudnya: "Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka (orang mukmin yang sebenar) , supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat besar?" (Surah An-Nisaa', ayat 73)
Buatlah yang terbaik di dunia ini sebelum kita dijemput p**ang.
Perkongsian oleh:
Biro Kerohanian JPKK

Address

POLITEKNIK BANTING
Kampong Banting
42700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BIRO Kerohanian JPKK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to BIRO Kerohanian JPKK:

Share