Maahad Tahfiz Darul Islah-MTDI

Maahad Tahfiz Darul Islah-MTDI 1) Tahfiz Sepenuh Masa (LELAKI & PEREMPUAN)

In Sha Allah tahun ni 2ekor di Tahfiz darul islahSapo berminat boleh wasapโ€ฆ
25/04/2026

In Sha Allah tahun ni 2ekor di Tahfiz darul islah
Sapo berminat boleh wasapโ€ฆ

26/02/2026

๐ŸŒ™ *TAJAAN IFTAR, SAHUR & MAJLIS TAHLIL 1447H / 2026*๐ŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, pihak *Madrasah Tahfiz Darul Islah* membuka peluang kepada para dermawan dan muslimin muslimat untuk menyumbang dan menaja:

โœจ Iftar (Berbuka Puasa) : RM640 (1 slot / 80 pax)
โœจ Sahur : RM240
โœจ Tajaan individu : RM8 (seorang)

Di samping itu, pihak kami juga menerima sumbangan untuk Majlis Tahlil dan khatam Al-Quran yang diadakan sepanjang bulan Ramadan. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab pahala yang berpanjangan dan saham akhirat buat diri serta ahli keluarga yang telah pergi.

Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang tersebut sedikit pun."

Marilah kita bersama-sama merebut peluang menggandakan pahala di bulan yang mulia ini dengan berkongsi rezeki bersama para pelajar tahfiz.

๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh disalurkan ke:๐Ÿ‘‡๐Ÿป

*Maybank: 5530 8300 4514*
(Madrasah Tahfiz Darul Islah)

Sebarang pertanyaan atau tempahan slot tajaan boleh hubungi:
๐Ÿ“ž Ust Amin: 014-5153619

Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dan menerima amal jariah kita semua. Aamiin ๐Ÿคฒ

๐Ÿ“ข PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TAHUN 2026 ๐Ÿ“ขAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Maahad Tahfiz Darul Islah (MTDI) mem...
05/01/2026

๐Ÿ“ข PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU TAHUN 2026 ๐Ÿ“ข

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Maahad Tahfiz Darul Islah (MTDI) membuka peluang pengambilan pelajar baharu bagi tahun 2026 untuk pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 10 hingga 16 tahun.

MTDI komited dalam melahirkan generasi huffaz Al-Quran yang berakhlak mulia, berilmu dan berdisiplin melalui sistem pengajian yang tersusun berteraskan Sistem Pengajian Markah Yala, Thailand.

๐Ÿ“– Fokus Pengajian Al-Quran:
โœ… Iqraโ€™ & Nazirah
โœ… Hafazan Al-Quran
โœ… Syahadah Al-Quran
โœ… Fardhu Ain

๐Ÿ—“ Tarikh Pendaftaran:
๐Ÿ“Œ 10 Januari 2026

๐Ÿ’ฐ Yuran Pengajian:
โ–ซ๏ธ Pendaftaran: RM300
โ–ซ๏ธ Yuran bulanan: RM250
โœจ Percuma kepada pelajar miskin & anak yatim

๐Ÿ“ Lokasi:
Maahad Tahfiz Darul Islah
PT 1402 Kampung Beris Lalang,
16370 Bachok, Kelantan

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan & pendaftaran:
๐Ÿ“ฒ 014-515 3619 (Us. Amin)

Rebutlah peluang ini untuk membina masa depan anak-anak bersama Al-Quran, agar menjadi penyejuk mata ibu bapa dan aset ummah di dunia serta akhirat.

Jom daftar segera! Tempat adalah terhad.

16/09/2025

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Renungan Subuh Selasa 23 Rabiulawal 1447H / 16 Sept.2025M.

ุนู† ุฃุจูŠ ู‡ุฑูŠุฑุฉ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ุนู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุงู„ : ู„ูŠุณ ุดูŠุก ุฃูƒุฑู… ุนู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ู…ู† ุงู„ุฏุนุงุก .

ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุชุฑู…ุฐูŠ .

Saidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda," Di sisi ALLAH SWT tidak sesuatu yang lebih mulia daripada doa."

Hadis riwayat Tarmizi.

31/08/2025

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ ุŒ

Renungan Subuh Isnin 8 Rabiulawal 1447H / 1 Sept.2025M.

ุนู† ุฃุจูŠ ุฃู…ุงู…ุฉ ุงู„ุจุงู‡ู„ูŠ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ู‚ุงู„ : ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… : ูŠุง ุฃูŠู‡ุง ุงู„ู†ุงุณ ุฎุฐูˆุง ู…ู† ุงู„ุนู„ู… ู‚ุจู„ ุฃู† ูŠู‚ุจุถ ุงู„ุนู„ู… ุŒ ูˆู‚ุจู„ ุฃู† ูŠุฑูุน ุงู„ุนู„ู… .

ุฑูˆุงู‡ ุฃุญู…ุฏ .

Saidina Abu Umamah Bahili RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda," Wahai manusia, belajarlah ilmu sebelum ia diambil kembali dan sebelum ia diangkat."

Hadis riwayat Ahmad

30/08/2025
30/08/2025

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ุŒ

Renungan Dhuha Sabtu 6 Rabiulawal 1447H / 30 Ogos 2025M.

ุนู† ูƒุนุจ ุจู† ุนูŠุงุถ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ู‚ุงู„ุŒ ุณู…ุนุช ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูŠู‚ูˆู„ : ุฅู† ู„ูƒู„ ุฃู…ุฉ ูุชู†ุฉ ูˆูุชู†ุฉ ุฃู…ุชูŠ ุงู„ู…ุงู„ .

ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุชุฑู…ุฐูŠ .

Saidina Ka'ab bin Iyadh RH berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, " bagi setiap umat ada fitnah (ujian) mereka yang tersendiri, Fitnah umatku ialah harta."

Riwayat Tarmizi.

Address

Kampong Bachok
1402

Telephone

+60145153619

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Darul Islah-MTDI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share