Surau Al-Falahiyah,Kg.Air Terjun Kampar

Surau Al-Falahiyah,Kg.Air Terjun Kampar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Al-Falahiyah,Kg.Air Terjun Kampar, Religious Center, Jalan AIR TERJUN KAMPAR, Kampar.

28 JULAI 2024 / AHADPERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP KOMUNITI KG.AIR TERJUN KAMPAR ANJURAN Surau Al-Falahiyah,Kg.Air Terjun...
28/07/2024

28 JULAI 2024 / AHAD

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP KOMUNITI KG.AIR TERJUN KAMPAR ANJURAN Surau Al-Falahiyah,Kg.Air Terjun Kampar DGN KERJASAMA KRT TAMAN ROS KAMPAR

JAM : 11 pagi
TEMPAT : Champion bowl,Kampar putra

Alhamdulillah selesai sudah Pertandingan Bowling tertutup Kg Air Terjun kampar.. Terima kasih kepada semua peserta, urusetia & barisan penyokong

Tahniah kepada semua pemenang..kepada yg masih belum menang..cuba lagi di tahun² akan dtg.

Semoga kejayaan ini adalah hasil dari kerjasama dan semangat kebersamaan semua. Mari kita terus memupuk semangat positif ini untuk aktiviti-aktiviti masa depan yang lebih menarik dan bermakna. Terima kasih sekali lagi dan mari kita teruskan momentum ini ! Kita berjumpa lagi pada program akan datang.



03/07/2024

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

KULIAH MAGHRIB

Surau Al-Falahiyah,Kg.Air Terjun Kampar

- 4.7.2024 (KHAMIS).
- AF Ustaz Ibrahim Istar.
- Selepas Solat Maghrib .

👳🏼‍♂️🧕🏻Muslimin Muslimat dijemput hadir

*جزاكم الله خيرا كثيرا*

HEBAHAN BERITA KEMATIAN16 ZULHIJJAH 1445H23 JUN 2024ٱلَّذِينَ إِذَ أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوا۟ إِنَّا لِلَّٰهِ وَإ...
23/06/2024

HEBAHAN BERITA KEMATIAN

16 ZULHIJJAH 1445H
23 JUN 2024

ٱلَّذِينَ إِذَ أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوا۟ إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali."

Assalamualaikum WBT

Dukacita dimaklumkan bahawa;

KAK YAH @ SAMSIAH BT MOHD NASIR


Beralamat
KG AIR TERJUN 31900 KAMPAR

Telah kembali kerahmatullah.
Sama-samalah kita bacakan Al-Fatihah kepada arwah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat,
Ditempatkan dalam golongan orang beriman,
Diampunkan dosanya,
Diluaskan dan terang kuburnya,
Terhindar dari seksa kubur,
Moga kuburnya menjadi taman syurga.....

PROGRAM IBADAH KORBAN AIDIL ADHA 1445 HIJRAH Surau Al-Falahiyah,Kg.Air Terjun Kampar 17 Jun 2024 / 10 Zulhijjah 1445 Hij...
21/06/2024

PROGRAM IBADAH KORBAN AIDIL ADHA 1445 HIJRAH Surau Al-Falahiyah,Kg.Air Terjun Kampar

17 Jun 2024 / 10 Zulhijjah 1445 Hijrah

Alhamdullilah berlangsung dengan jayanya Program Ibadah Korban 1445 Hijrah bertempat di perkarangan surau.

Program ini diserikan dengan kehadiran Penghulu Kanan Mukim Sungai Raya En Mohamad Razali Bin Hashim..

Program ini merupakan program tahunan pada setiap Hari Raya Aidil Adha dan dijalankan secara gotong royong. Pada Program kali ini, 5 ekor lembu telah dikorban dengan penyertaan beberapa peserta yang mengambil bahagian dan daging korban telahpun selesai diedarkan kepada senarai asnaf serta kariah tempatan.

Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan majlis ibadah korban 1445 H kali ini. Semoga ibadah yang dilaksanakan ini mendapatkan keberkatan dari Allah SWT.

Diharap melalui program ini juga dapat memberi manfaat dan mengeratkan hubungan silaturrahim kepada semua warga Kariah serta penduduk berhampiran.InsyaAllah...

13/06/2024

HEBAHAN SOLAT SUNAT AIDILADHA 1445H/2024M

SURAU AL-FALAHIYAH,KG AIR TERJUN KAMPAR
- 8.00 PAGI (Takbir Raya)
- 8.30 PAGI ( Solat )
- 10 Zulhijjah 1445H / 17 Jun 2024

SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

تقبل الله منا ومنكم. كل عام وانتم بخير.

13/06/2024
11/06/2024
AHAD 9.6.2024 telah diadakan gotong royong kariah Surau Al-Falahiyah,Kg.Air Terjun Kampar bagi membersih dan membuat per...
09/06/2024

AHAD 9.6.2024 telah diadakan gotong royong kariah Surau Al-Falahiyah,Kg.Air Terjun Kampar bagi membersih dan membuat persiapan awal menjelang program Ibadah Qurban yang akan dilaksanakan pada 10 zulhijjah kelak..InsyaAllah.

09/06/2024

AMAL SOLEH
pada sepuluh Zulhijjah

عن عبدالله بن عباس رضي الله عنهما أن النبي ﷺ قال:
‎مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

[رواه البخاري، وهذا لفظ أبي داود وغيره]

Daripada Abdullah bin Abbas RA,
bahawa Nabi ﷺ bersabda,
❝ Tiada hari-hari yang AMAL SOLEH paling Allah sukai melainkan hari-hari ini; iaitu hari-hari sepuluh (1). ❞

Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah! jika pun jihad (2) di jalan Allah, tidak dapat menandinginya?”

Baginda bersabda,
❝ Jika pun jihad di jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang keluar (3) bersama dirinya dan hartanya, kemudian dia tidak kembali dari demikian itu suatu pun (4). ❞

[HR Bukhari dan lain-lainnya]

1. Awal Sepuluh Zulhijjah.
2. Berperang di jalan Allah.
3. keluar berjihad.
4. Mengorbankan dirinya dan menggadaikan hartanya dalam perang.


𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗛𝗨𝗛𝗔 𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 (BULANAN)Pada setiap hari ahad minggu kedua diadakan Kuliah Dhuha Muslimat bersama Ustazah Noorhas...
09/06/2024

𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗛𝗨𝗛𝗔 𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 (BULANAN)

Pada setiap hari ahad minggu kedua diadakan Kuliah Dhuha Muslimat bersama Ustazah Noorhashimah..

09/06/2024

Peristiwa Sejarah dalam Bulan Zulhijjah

Pada bulan Zulhijjah yang merupakan bulan penutup dalam takwim Hijrah, terdapat sejumlah peristiwa penting yang telah membentuk sejarah umat Islam. Apakah peristiwa itu? Mari kita lihat bersama.

1. Kisah penyembelihan Nabi Ismail AS

2. Perjanjian Aqabah Kedua (tahun 13 Kenabian / 622M)

3. Peperangan al-Sawiq, balas dendam Musyrikin Quraisy selepas Perang Badar. (tahun 2H / 623M)

4. Khutbah terakhir Sayidina Nabi Muhammad ﷺ di Lembah Uranah, Arafah (tahun 10H)

5. Hajjatul Wada’ iaitu haji perpisahan Nabi Muhammad ﷺ sebelum Baginda wafat (tahun 10H)

6. Kewafatan Sayidina Umar bin al-Khattab (tahun 23H)

7. Kewafatan Sayidina Uthman bin Affan (tahun 35H)

8. Pelantikan Sayidina Ali bin Abi Talib sebagai khalifah (tahun 35H)

Mudah-mudahan dengan perkongsian peristiwa-peristiwa penting ini, kita dapat memahami kisah-kisah lalu dan menghargai pengorbanan serta perjuangan Rasulullah ﷺ.

Jangan lupa untuk sebarkan, semoga bermanfaat.

Address

Jalan AIR TERJUN KAMPAR
Kampar
31900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Falahiyah,Kg.Air Terjun Kampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share