Masjid At-Taqwa - Kalumpang

Masjid At-Taqwa - Kalumpang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid At-Taqwa - Kalumpang, Religious organisation, KALUMPANG, Kalumpang.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN MERAIKAN BAKAL HAJI BAGI TAHUN 2026
17/04/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN MERAIKAN BAKAL HAJI BAGI TAHUN 2026

13/03/2026
06/03/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆπ…π“π€π‘ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π€ππ€πŠ-π€ππ€πŠ π˜π€π“πˆπŒ πŒπ”πŠπˆπŒ πŠπ€π‹π”πŒππ€ππ†

Majlis Iftar Masjid At-Taqwa Kalumpang bersama anak-anak yatim Mukim Kalumpang telah diadakan pada 6 Mac 2026(Jumaat) bersamaan 16 Ramadan 1447H.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang serta meraikan anak- anak yatim kariah Kalumpang untuk merasai suasana berbuka puasa di tempat yang berbeza.

Selain itu,turut disampaikan sedikit sumbangan daripada individu perseorangan sebagai meraikan anak-anak kita dalam menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.

"Berkongsi rezeki,Mengukir senyuman"

23/02/2026

Kadar Zakat Fitrah Terkini Negeri Selangor

Bayar zakat fitrah mengikut jenis beras yang dimakan seharian;

🍚 RM8
Beras Super Spesial Tempatan / Beras Putih Import

🍚 RM16
Beras Wangi, Beras Pulut, Beras Rebus & Beras Perang

🍚 RM25
Beras Herba Ponni, Beras Jepun (Calrose), Beras Basmathi, Beras Merah & Beras Hitam

Bayar zakat fitrah secara dalam talian dengan mudah & selamat melalui fpx Zakat Selangor bermula 1 Ramadan 1447H.

Tunaikan kewajipan, sempurnakan Ramadan.



Terus ikuti kami di platform media sosial rasmi Zakat Selangor;

FB & IG:
X:
Youtube: ZakatSelangor
Tiktok:

Sekitar program ceramah umum Israk Mikraj oleh Saudara Syamsul Debat pada 1 Februari 2026/13 Syaaban 1447H.Pihak masjid ...
02/02/2026

Sekitar program ceramah umum Israk Mikraj oleh Saudara Syamsul Debat pada 1 Februari 2026/13 Syaaban 1447H.

Pihak masjid mengucapkan terima kasih kepada semua jemaah yang hadir mengimarahkan majlis termasuk yang mengikuti siaran live di FB Masjid At-Taqwa - Kalumpang.

02/02/2026

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh dengan rahmat dan keampunan Allah SWT. Allah SWT memandang kepada seluruh makhluk-Nya pada malam ini lalu mengampunkan dosa semua hamba-Nya, kecuali mereka yang melakukan syirik serta mereka yang menyimpan permusuhan.

Umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan seperti membaca al-Quran, solat sunat, berdoa, memohon keampunan, bertaubat dengan sebenar-benarnya serta membersihkan hati daripada segala sifat tercela.

Semoga Malam Nisfu Syaaban ini menjadi medan muhasabah diri dan titik permulaan ke arah kehidupan yang lebih diredai Allah SWT.







Assalamualaikum wbt.CERAMAH UMUM ISRAK MIKRAJakan berlangsung seperti berikut:AHAD | 01.02.2026 | Selepas Solat MaghribB...
20/01/2026

Assalamualaikum wbt.

CERAMAH UMUM ISRAK MIKRAJ
akan berlangsung seperti berikut:

AHAD | 01.02.2026 | Selepas Solat Maghrib

Bersama:
Saudara Syamsul Amri Ismail (Syamsul Debat)

Muslimin dan Muslimat dijemput untuk hadir

Semoga dengan kehadiran kalian, akan memeriahkan lagi majlis ini.

InsyaAllah jamuan ringan disediakan selepas solat isyak.

19/01/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π“πˆπ‹π€π–π€π‡ 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐅𝐀𝐙𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menganjurkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 1447H seperti ketetapan berikut:

πŸ—“οΈTarikh: 20 - 23 Januari 2026 (Selasa - Jumaat)
⏰Masa: 8.00 pagi - 4.00 petang (Hafazan) & 8.30 malam (Tilawah)
πŸ“Tempat: Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam

πŸŽ₯Siaran langsung di Facebook Jabatan Agama Islam Selangor.

Dengan penuh rasa hormat, sukacitanya dijemput seluruh masyarakat untuk hadir dan mengimarahkan majlis ini. Semoga majlis ini menjadi ruang mendekatkan hati kita kepada kalam Allah SWT, menyemai kecintaan terhadap al-Quran serta membentuk jiwa yang tenang dan berakhlak mulia.

"MEMBANGUN UMMAH MADANI"




Address

KALUMPANG
Kalumpang
44100

Telephone

+601121056578

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid At-Taqwa - Kalumpang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share