Surau Al-Ikhlas Taman Berjaya Sg. Chua Kajang

Surau Al-Ikhlas Taman Berjaya Sg. Chua Kajang Surau Jumaat untuk qariah Sungai Chua, Kajang

Assalamualaikum wbt,Hebahan aktiviti di Surau Al Ikhlas Taman Berjaya Sg Chua Kajang.Dengan sukacitanya Akademi Jari Ema...
26/08/2026

Assalamualaikum wbt,

Hebahan aktiviti di Surau Al Ikhlas Taman Berjaya Sg Chua Kajang.

Dengan sukacitanya Akademi Jari Emas ( AJE Global Sdn Bhd) berbesar hati untuk mengadakan sesi perkongsian bertajuk:

"CERIA SEPANJANG USIA"
30 OGOS 2026 : AHAD @8.30 pagi.
SURAU AL IKHLAS, TMN BERJAYA, SG CHUA.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

JEMPUTAN CERAMAH PERDANA SEMPENA MAULIDUR RASUL ✨Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Muslimin dan muslimat rahima...
23/08/2026

JEMPUTAN CERAMAH PERDANA SEMPENA MAULIDUR RASUL

✨Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Muslimin dan muslimat rahimakumullah, sempena menyambut bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pihak Surau Al-Ikhlas TBSCK dengan segala hormatnya menjemput seluruh ahli kariah dan orang ramai untuk hadir mengimarahkan majlis ilmu malam ini.

Butiran program adalah seperti ketetapan berikut:

Tajuk Kuliah: "SEBELUM KITA MENCINTAI RASULULLAH SAW, KENALKAH KITA SIAPA BAGINDA?"

Penceramah: Ustaz Salman (Pensyarah USIM)
Tarikh: 24 Ogos 2026 (Malam ini!)
Hari: Isnin
Masa: Selepas Solat Maghrib Berjemaah
Tempat: Surau Al-Ikhlas TBSCK

🍛 Jamuan disediakan selepas selesai majlis.
Ayuh kita hadirkan diri bersama ahli keluarga dan jiran tetangga bagi menyuburkan rasa cinta dan mengenali dengan lebih dekat peribadi Rasulullah SAW.

SUMBANGAN IKHLAS:
Bagi yang ingin menyumbang untuk imarah surau dan program, Anda boleh menggunakan nombor akaun ini untuk urusan sumbangan, derma, atau khairat.

Nombor akaun tabung Surau Al Ikhlas Taman Berjaya Sg. Chua Kajang di Bank Muamalat ialah 1207 0001152 718.

Sila sebarkan hebahan ini. Semoga kehadiran kita dikira sebagai amal soleh yang diberkati Allah SWT. Terima kasih.😀🥰

🌙📖 TINGGALKAN SEBENTAR GAJET, JOM BEDAH BUKU! 📖🌙Ayah Ibu, jom kita rehatkan sekejap anak-anak kita daripada phone, table...
20/08/2026

🌙📖 TINGGALKAN SEBENTAR GAJET, JOM BEDAH BUKU! 📖🌙

Ayah Ibu, jom kita rehatkan sekejap anak-anak kita daripada phone, tablet & game 🎮📱 dan explore dunia solat dengan cara yang santai, menyeronokkan & penuh aktiviti! 😍

Sempena Sambutan Maulidur Rasul kami bawakan program khas

✨ BEDAH BUKU “APA ITU SOLAT?”
🎤 Penampilan istimewa Puan Hidayah, penulis buku Apa Itu Solat?

💚 Tema: “Mencintai Rasulullah, Memelihara Solat”

📅 25 Ogos 2026 (Selasa)
⏰ 9.00 pagi – 11.30 pagi
📍 Surau Al-Ikhlas, Taman Berjaya, Sungai Chua
👦🏻 Umur: 7–12 tahun
🍽️ Sarapan disediakan
🚨 TERHAD 20 PESERTA SAHAJA!
PROGRAM ADALAH PERCUMA

📲 Daftar sekarang
https://forms.gle/6XhkujxKNrjnUXN98
Sebarang pertanyaan hubungi Pn. Nurul: 018-325 7587

Tinggalkan sebentar gajet.
Buka buku. Buka hati.
Jom bedah buku & kenal erti solat! 💕📖

Maulidur Rasul
Al-Ikhlas

🕌 KHUTBAH JUMAAT | HAKIKAT KEPAHLAWANAN ISLAM24 Julai 2026,Alhamdulillah, Surau Al Ikhlas Taman Berjaya Sg. Chua berbesa...
12/08/2026

🕌 KHUTBAH JUMAAT | HAKIKAT KEPAHLAWANAN ISLAM
24 Julai 2026,

Alhamdulillah, Surau Al Ikhlas Taman Berjaya Sg. Chua berbesar hati menerima kehadiran Ustaz Rahimi daripada PAID Hulu Langat, yang juga merupakan Pengurus Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam, sebagai khatib bagi Solat Jumaat hari ini.

Khutbah Jumaat pada hari ini bertajuk "Hakikat Kepahlawanan Islam", yang mengingatkan kita bahawa kepahlawanan sebenar bukan sekadar keberanian di medan perjuangan, tetapi turut terserlah melalui keteguhan iman, keikhlasan berbakti, mempertahankan kebenaran serta sanggup berkorban demi agama, masyarakat dan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Rahimi atas kesudian menyampaikan khutbah serta berkongsi peringatan yang begitu bermakna kepada para jemaah. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dakwah beliau, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan dan terus istiqamah dalam menyebarkan syiar Islam.

Bagi yang ingin membaca atau memuat turun teks penuh khutbah "Hakikat Kepahlawanan Islam", ia boleh diperoleh melalui sistem e-Khutbah JAIS. Portal e-Khutbah JAIS

🤲 Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba Allah yang berani menegakkan kebenaran, ikhlas berkhidmat dan sentiasa berjuang di jalan-Nya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua. 22 Mei 2026.🌙 Alhamdulillah, Surau Al-Ikhlas Taman Berjaya Sungai Chu...
22/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua.
22 Mei 2026.

🌙 Alhamdulillah, Surau Al-Ikhlas Taman Berjaya Sungai Chua hari ini berbesar hati menerima kunjungan YB Shahrezan Johan, Ahli Parlimen Bangi yang hadir menunaikan Solat Jumaat bersama para jemaah. 🤝

Terima kasih YB atas kesudian meluangkan masa bersama komuniti setempat. Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus membawa keberkatan dan mengeratkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin. ✨

Jutaan terima kasih juga kepada semua AJK dan jemaah yang hadir menyambut serta memeriahkan suasana hari ini.

“Masjid dan surau bukan sekadar tempat ibadah, tetapi juga medan penyatuan ummah.” 🤍




Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.Dengan penuh rasa dukacita, kami dimaklumkan bahawa Allahyarham Md Arop ...
26/04/2026

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.

Dengan penuh rasa dukacita, kami dimaklumkan bahawa Allahyarham Md Arop Bin Othman, Pengerusi Surau Al-Ikhlas Taman Berjaya, telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2026.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa-dosanya, dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Daripada:
Ahli Qariah Surau Al-Ikhlas Taman Berjaya 🤲🏻

Laporan Ringkas Sesi Perbincangan Bersama Saudara Arab dari YamanAlhamdulillah, pada 10 April 2026 (Jumaat) yang lalu, t...
25/04/2026

Laporan Ringkas Sesi Perbincangan Bersama Saudara Arab dari Yaman

Alhamdulillah, pada 10 April 2026 (Jumaat) yang lalu, telah berlangsung satu sesi perbincangan dan taaruf antara Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas bersama beberapa saudara dari Yaman di bilik mesyuarat Surau Al-Ikhlas, sejurus selepas solat Isyak.

Sesi ini dianjurkan oleh Pengerusi Surau, Haji Md Arop Othman, dan turut dihadiri oleh Bro Adel, Bro Yaseer, Dr Fahmi, Dr Wahab serta Imam Ameen. Pertemuan ini merupakan sesi pertama yang bertujuan untuk saling berkenalan serta meneroka peluang kerjasama dalam usaha memakmurkan surau dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Antara cadangan awal yang dibincangkan termasuklah:
* Kelas Al-Quran untuk kanak-kanak
* Kelas Bahasa Arab untuk orang dewasa

Semua pihak menyatakan komitmen dan kesediaan untuk bekerjasama bagi merealisasikan inisiatif ini, insya-Allah sebelum penghujung tahun ini. Pihak rakan kerjasama juga akan menyediakan cadangan program yang lebih terperinci untuk perbincangan lanjut bersama pihak jawatankuasa surau.

Semoga usaha kecil ini menjadi permulaan kepada lebih banyak program ilmu dan pembangunan ummah di Surau Al-Ikhlas, khususnya untuk manfaat anak-anak dan keluarga di kawasan sekitar.

“Perjalanan yang baik bermula dengan langkah pertama – perlahan tetapi berterusan.”

Semoga Allah SWT memberkati niat dan usaha kita semua. 🤲

20/03/2026
Terima kasih kerana menyantuni saudara Muslim di sekitar surau kami
13/03/2026

Terima kasih kerana menyantuni saudara Muslim di sekitar surau kami

Address

Jalan Berjaya 5, Taman Berjaya, Sungai Chua
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 06:00 - 22:00
Tuesday 06:00 - 22:00
Wednesday 06:00 - 22:00
Thursday 06:00 - 22:00
Friday 06:00 - 22:00
Saturday 06:00 - 22:00
Sunday 06:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Ikhlas Taman Berjaya Sg. Chua Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category