04/06/2026
🌙 REBUT GANJARAN BULAN ZULHIJJAH 🌙
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”
Alhamdulillah, pembinaan Surau Al-Muttaqin kini hampir ke penghujung. Bangunan surau telah berdiri megah dan kini memasuki fasa akhir penyempurnaan.
Namun, kami masih memerlukan RM340,000 lagi untuk menyiapkan kemudahan penting seperti:
âś… Tar premix
âś… Landskap, pagar dan tiang lampu
âś… Tangga tambahan kawasan parkir belakang
âś… Pemasangan meter TNB & Air Selangor
âś… Urusan pihak berkuasa dan kerja-kerja berkaitan
🤲 Bayangkan setiap kali azan berkumandang, setiap saf solat berjemaah, bacaan al-Quran, majlis ilmu dan doa yang dipanjatkan di surau ini — insya-Allah pahala akan terus mengalir kepada para pewakaf dan penyumbang.
🏡 Surau ini bakal memberi manfaat kepada lebih 457 buah rumah dan ribuan jemaah untuk tahun-tahun mendatang.
Jangan lepaskan peluang meraih saham akhirat dalam hari-hari terbaik Zulhijjah ini.
đź’š Wakaf. Infaq. Sedekah. Walau sedikit, besar nilainya di sisi Allah.
📢 Mohon jasa baik semua untuk LIKE, SHARE dan SEBARKAN hebahan ini kepada keluarga, sahabat dan kenalan.
"Siapa yang membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membinakan baginya sebuah rumah di syurga." 🤲