Masjid Al Mustaqim KDABB

Masjid Al Mustaqim KDABB .

04/10/2025
24/09/2025

Celebrating my 7th year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. ๐Ÿ™๐Ÿค—๐ŸŽ‰

FW: ๐Ÿ•Œ  ๐“๐€๐™๐Š๐ˆ๐‘๐€๐‡  ๐’๐„๐‘๐ˆ๐„๐’ โœจ |   Dosa Kita Penyebab Musibah & Berpesanlah Dengan Kesabaran    | 19 RabiulAkhir 1447H  ๐ŸŒณ๐Ÿ•‹2 R...
24/09/2025

FW: ๐Ÿ•Œ ๐“๐€๐™๐Š๐ˆ๐‘๐€๐‡ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐„๐’ โœจ | Dosa Kita Penyebab Musibah & Berpesanlah Dengan Kesabaran | 19 RabiulAkhir 1447H ๐ŸŒณ๐Ÿ•‹

2 RabiulAkhir 1447H

Ketika diuji dulu, saya pernah ada satu soalan yang selalu mengganggu jiwa.

โ€˜Aku tak pernah kacau hidup orang, tapi kenapa Allah SWT uji aku dengan masalah yang berat macam ni?โ€™

Namun, setelah mentadabbur ayat ini, saya mulai sedar. Saya yang belum faham erti musibah dan belum bersedia untuk terima hakikat yang paling penting iaitu saya tidak kalis kesilapan dan dosa.

Mungkin kerana sedang berada dalam fasa terkejut dengan musibah yang tiba-tiba menerpa. โ€“ Saya p**a tiada ilmu untuk menyelesaikannya.

Manusia mana yang tidak ditimpa ujian, bukan?

Masih ingat lagi, sudah pelbagai cara saya lakukan, namun tetap menemui jalan buntu. Sehingga akhirnya saya benar-benar penat dan mengaku kalah pada Tuhan.

Pada malam itu, dengan air mata yang tumpah, saya berdoa dengan perasaan yang benar-benar pasrah,

โ€œYa Allah, kalau betul aku yang salah, tunjukkanlah aku jalan yang benar.โ€

Tiba-tiba bahu saya terasa ringan. Seolah-olah satu beban diangkat dan perlahan-lahan terbit perasaan yang tenang.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW pernah bersabda,

Maksudnya : โ€œTidak ada satupun musibah (ujian) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang seumpamanya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya (dosanya).โ€ (HR Muslim, no.4665)

Dengan musibah, bukan saja akan mengangkat darjat manusia, bahkan Allah SWT akan menghapus dosanya.

Ya, kita berusaha menjaga hubungan sesama manusia. Seboleh-bolehnya kita elak sebarang konflik. Namun, boleh jadi kita ada dosa terhadap Allah SWT yang tidak kita sedari.

Barangkali dalam sibuknya kita melakukan pelbagai ibadah, ada terselit perasaan ujub, bangga diri. Barangkali ketika terdengar kisah aib orang lain, ada menyusup perasaan sombong dan menghina orang tersebut tanpa sedar.

Tak dapat tidak, memang kita tidak terlepas daripada dosa. Tiada manusia yang benar-benar suci di dunia.

Lazimi mohon ampun dan taubat setiap masa kerana kita sangat memerlukan bantuan Tuhan dalam semua urusan.

Kita bukan seperti malaikat yang berada dalam satu keadaan sahaja. โ€“ Hidup tanpa sebarang dosa.

Tapi, Tuhan juga tetap memberi kita harapan untuk terus menyucikan diri daripada dosa kerana Dia Tuhan al-Afuww yang Maha Pemaaf dan sentiasa memaafkan, al-Tawwab yang Maha Menerima Taubat dan sentiasa menerima taubat hamba-Nya tanpa peduli seberapa banyak kesalahan yang kita lakukan.

Jika sekian lama kita masih lagi dibelenggu dengan masalah sama, sudah sampai masa kita kembali kepada Tuhan dengan sebenar-benar taubat kerana Tuhan sayang kita dan sentiasa menginginkan kebaikan buat kita,

Katakanlah, โ€œWahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.โ€ (Surah al-Zumar : Ayat 53)

Setiap pendakwah akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Rasulullah SAW mengajar kita untuk tidak cepat marah, sebaliknya mendidik dengan penuh hikmah, sabar dan bersangka baik.

Sabar itu cahaya. Dengan kesabaran, dakwah menjadi lebih berkesan, hati lebih tenang, dan ukhuwah sesama manusia semakin utuh. Mari bersama kita hayati erti sabar dalam kehidupan seharian.

โ˜ช Ceramah Khas Maal Hijrah Masjid Kampung       Sungai Merab, Sepang, Selangor.๐Ÿ“… : Jumaat | 18 Julai 2025       ( Bersam...
01/08/2025

โ˜ช Ceramah Khas Maal Hijrah Masjid Kampung
Sungai Merab, Sepang, Selangor.

๐Ÿ“… : Jumaat | 18 Julai 2025
( Bersamaan 22 Muharram 1447H)

๐Ÿ‘ณโ€โ™‚๏ธ : ๐˜ฟ๐™„๐™Ž๐˜ผ๐™ˆ๐™‹๐˜ผ๐™„๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™Š๐™‡๐™€๐™ƒ ๐™Ž๐˜ผ๐™ƒ๐™„๐˜ฝ๐™๐™‡
๐™๐˜ผ๐˜ฟ๐™ƒ๐™„๐™‡๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐™Š' ๐™ƒ๐™… ๐˜ฝ๐˜ผ๐˜ฟ๐™‡๐™„ ๐™Ž๐™ƒ๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ฝ๐™„๐™‰
๐™ƒ๐™… ๐˜ผ๐™ƒ๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ ๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™๐˜ฟ๐˜ฟ๐™„๐™‰
(๐™๐™ž๐™ข๐™—๐™–๐™ก๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™ช๐™›๐™ฉ๐™ž ๐™‰๐™š๐™œ๐™š๐™ง๐™ž ๐™‹๐™–๐™๐™–๐™ฃ๐™œ)

๐Ÿ“– : "Satu Hati, Satu Kariah :
Hijrah Menuju Kesatuan & Ketenangan"

๐Ÿ•ฐ๏ธ : 8.00 Malam (Selepas Solat Maghrib)

๐Ÿ•Œ : Bertempat di Perkarangan Masjid
Kampung Sungai Merab

๐Ÿฒ : Jamuan akan disediakan Selepas Solat
Isyak

๐Ÿ‘๐Ÿผ Like, Follow & Share FB , WhatsApp & IG ๐Ÿ•Œ
Masjid Kampung Sungai Merab | Sepang
Selangor

๐Ÿ“– ๐ˆ๐ง๐Ÿ๐š๐ช ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ | ๐Ÿ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ-๐Ÿ—๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ-๐ŸŽ๐Ÿ“๐Ÿ๐Ÿ”-๐Ÿ๐Ÿ‘
(๐๐š๐ง๐ค ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ)








Kuliah Maghrib bersama Penceramah Jemputan Ustaz Muhadir Hj Joll dgn tajuk โ€œAmalan Sedikit Pahala Bergandaโ€
11/07/2025

Kuliah Maghrib bersama Penceramah Jemputan Ustaz Muhadir Hj Joll dgn tajuk โ€œAmalan Sedikit Pahala Bergandaโ€

Jom Muhasabah diri
06/07/2025

Jom Muhasabah diri

"๐—๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐˜‚, ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—”๐˜†๐—ฎ๐—บ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฐ๐—ถ๐—ป๐—ด." ๐Ÿข๐Ÿ”๐Ÿฑ

โ€“ Pesan Baba Abdul Aziz Al-Fathoni
Satu kalimat ringkas, namun seluas lautan makrifat.

๐Ÿญ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐˜‚ โ€“ ๐—›๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ง๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐˜†๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ

Penyu itu tidak pantas, tidak juga menjadi tumpuan. Tetapi ia tahu jalan p**angnya.
Dalam sunyi dan perlahan, ia mengharungi samudera luas, memikul amanah tanpa keluh.

Di malam yang sepi, penyu naik ke pantai.
Ia menggali tanah, bertelur... dan menangis.
Bukan kerana sakit, tetapi kerana syukur.
Syukur atas kekuatan yang Allah pinjamkan untuk menunaikan taklif kehidupan.

Tiada yang menyaksikannya, tiada yang memujinya โ€“
hanya Allah yang menjadi saksi.

Setelah selesai, penyu itu pergi.
Meninggalkan telurnya dalam penuh tawakal.
Tiada cemas, tiada dendam, tiada mementingkan diri sendiri โ€“
hatinya telah menyerah kepada Tuhan sepenuhnya.

Inilah hamba yang arif.
Ia bangkit di malam hari, sujud dalam tangisan, dan beramal bukan kerana manusia,
tetapi kerana cinta.

Penyu tidak meminta disaksikan, tidak menunjuk.
Ia hanya mahu p**ang โ€“
kembali kepada Allah,
dalam reda, sabar, dan fanaโ€™.

๐Ÿฎ. ๐—”๐˜†๐—ฎ๐—บ โ€“ ๐—๐—ถ๐˜„๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฅ๐—ถ๐˜‚๐—ต ๐—ง๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ž๐—ผ๐˜€๐—ผ๐—ป๐—ด

Ayam itu bertelur sebiji,
tetapi riuhnya satu kampung.

Begitulah manusia yang sedikit amalnya,
tetapi hebohnya tak bertepi.

Sekali bersedekah, satu dunia harus tahu.
Sekali bangun malam, terus dimuat naik.

Amalnya bukan kerana Allah,
tetapi kerana pandangan manusia.

Ayam tahu berbunyi,
tetapi tidak tahu menyembah.
Ia bangun awal,
tetapi bukan untuk bersujud.

Begitulah hati yang tertipu dengan amal.
Ujub, riyaโ€™, dan takabbur jadi racun ibadah.

Sedang Allah hanya menerima yang bersih,
dari segala lintasan mahu dipandang.

๐˜—๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข:
"๐˜‘๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฎ โ€“ ๐˜ด๐˜ช๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ช, ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ."

๐Ÿฏ. ๐—ž๐˜‚๐—ฐ๐—ถ๐—ป๐—ด โ€“ ๐—ก๐—ฎ๐—ณ๐˜€๐˜‚ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ถ, ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜€

Kucing itu dimanja, disayangi, dan diberi makan.
Namun ia hanya tahu menerima,
tanpa pernah tahu bersyukur.

Hidupnya sekadar makan, tidur, berak dan bermain.
Tidak mengenal amanah, tidak kenal tanggungjawab.

Seperti manusia yang hidup hanya untuk dunia.
Lalai dari sujud, berat untuk berzikir,
malas untuk bangkit beribadah.

Ia hidup untuk jasad โ€“ bukan untuk Tuhan.
Malam bukan qiyam, siang bukan amal.
Setiap detik hanya untuk nafsu diri.

๐˜—๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข:
"๐˜‘๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ค๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ. ๐˜•๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ, ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ด. ๐˜”๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ข, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ซ๐˜ข๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜›๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ."

๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ: ๐—ฃ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—บ๐˜‚

Wahai jiwaโ€ฆ

Setiap hari engkau diberi pilihan:
Menjadi seperti penyu โ€“ yang sabar, tunduk, dan tawakal,
atau seperti ayam โ€“ yang riuh tetapi kosong,
atau seperti kucing โ€“ yang lalai dalam kenikmatan dunia.

Pilihlah jalan penyu.

Yang perlahan tetapi pasti,
yang menangis dalam sunyi,
yang sujud penuh syukur,
yang menyerahkan hidup hanya kepada Allah.

Kerana hanya jalan itu
yang membawa p**ang
ke Lautan Kasih Tuhan.

๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ป๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ: ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ฎ๐—ป๐—ฎโ€™ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ๐—ฎ๐˜

Pesanan Baba bukan sekadar kisah haiwan,
tetapi sirr suluk โ€“ rahsia perjalanan menuju Allah.

๐Ÿข Penyu bukan sekadar lambang sabar.
Ia adalah lambang fana fiโ€™llah โ€“
lenyapnya kehendak diri dalam kehendak Tuhan.
Ia tidak memerlukan pujian kerana telah cukup dengan pandangan Allah.

๐Ÿ” Ayam mewakili jiwa yang masih mencari pengiktirafan.
Masih ada rasa โ€œakuโ€ dalam amal:
Akulah yang bersedekah, akulah yang berzikir, akulah yang beramal.
Sedang selagi โ€œakuโ€ itu wujud,
tauhid belum sempurna.

๐Ÿฑ Kucing p**a mewakili nafsu ammarah,
yang hidup hanya untuk kesenangan,
tidak kenal sujud, tidak kenal mujahadah.
Hidupnya jauh dari Allah.

๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐˜‚ โ€“ ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ฎ๐—ป๐—ฎโ€™ ๐—™๐—ถ๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต, ๐—•๐—ฎ๐—พ๐—ฎโ€™ ๐—•๐—ถ๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต

Ia adalah jalan mereka yang tidak lagi melihat diri.
Tidak ada amal, tidak ada daya, tidak ada kehendak โ€”
Yang ada hanyalah Allah.

" ูˆูŽู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ู’ุนูุฒู‘ูŽุฉู ูˆูŽู„ูุฑูŽุณููˆู’ู„ูู‡ู– ูˆูŽู„ูู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู’ู†ูŽ "

โ€œDan bagi Allah lah kemuliaan itu, dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman.โ€
(Surah Al-Munafiqun: 8)

Itulah hakikat:

ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡
ู„ูŽุง ู…ูŽุนู’ุจููˆุฏูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ูฑู„ู„ู‘ูŽู‡ู
ู„ูŽุง ู…ูŽู‚ู’ุตููˆุฏูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ูฑู„ู„ู‘ูŽู‡ู
ู„ูŽุง ู…ูŽูˆู’ุฌููˆุฏูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ูฑู„ู„ู‘ูŽู‡ู

La ilaha illa Allah โ€“
Tiada yang disembah
Tiada yang dimaksud
Tiada yang wujud... melainkan Allah.

Buanglah โ€œakuโ€ itu.
Kerana selama masih ada aku
yang menyembah,
penyembahanmu belum
sampai ke hakikat.

Apabila โ€œakuโ€ itu lenyap,
yang tinggal hanyalah DIA โ€“
dan itulah Tauhid sebenar
menurut para arif billah.

๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎโ€ฆ ๐—๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐˜‚, ๐—ช๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ธ.

Berjalanlah perlahan,
dalam sabar, sunyi dan syukur.
Menangislah dalam sujud,
dan kembalilah kepada Allah
sebagai tiada โ€”
agar DIA sahaja yang ADA.

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…ู

โœ๏ธ Sumber Penulisan: MEDIA RAIWF
Jika dikongsi secara copypaste, mohon sebutkan sumber sebagai amanah ilmu ๐Ÿ™

[ 5 Pesanan Tuan Guru Syeikh Baba Abdul Aziz Al-Fathoni โ€” silakan lihat di ruang komen ]

FW: ๐Ÿ•Œ โœจ โœจ    ๐“ ๐€ ๐™ ๐Š ๐ˆ ๐‘ ๐€ ๐‡  ๐’ ๐„ ๐‘ ๐ˆ ๐„ ๐’   ๐ŸŒณ   |   โœจ Kerana Mulut Badan Binasa  |   1 9  S y a w a l  1 4 4 6   ๐ŸŒณ ๐Ÿ•‹  ๐Ÿƒ
18/04/2025

FW: ๐Ÿ•Œ โœจ โœจ ๐“ ๐€ ๐™ ๐Š ๐ˆ ๐‘ ๐€ ๐‡ ๐’ ๐„ ๐‘ ๐ˆ ๐„ ๐’ ๐ŸŒณ | โœจ Kerana Mulut Badan Binasa | 1 9 S y a w a l 1 4 4 6 ๐ŸŒณ ๐Ÿ•‹ ๐Ÿƒ

FW: ๐Ÿ•Œ โœจ โœจ    ๐“ ๐€ ๐™ ๐Š ๐ˆ ๐‘ ๐€ ๐‡  ๐’ ๐„ ๐‘ ๐ˆ ๐„ ๐’   ๐ŸŒณ   |   โœจ T a n d a  H i d u p  T a k  B e r k a t  ! ! !  |   1 7  S y a w ...
16/04/2025

FW: ๐Ÿ•Œ โœจ โœจ ๐“ ๐€ ๐™ ๐Š ๐ˆ ๐‘ ๐€ ๐‡ ๐’ ๐„ ๐‘ ๐ˆ ๐„ ๐’ ๐ŸŒณ | โœจ T a n d a H i d u p T a k B e r k a t ! ! ! | 1 7 S y a w a l 1 4 4 6 ๐ŸŒณ ๐Ÿ•‹ ๐Ÿƒ


โœจ T a n d a H i d u p T a k B e r k a t ! ! !
๏ฟผ ๏ฟผ 1 7 S y a w a l 1 4 4 6 H

Antara 5 tanda hidup tak berkat yang mesti kita kenal pasti.

Lepas tu kita cuba baiki.

Dari masa ke masa kita lihat hidup akan berubah jadi lebih baik.

3 tindakan utama untuk hidup berkat:

1. Jaga hubungan dengan Allah (hablumminallah)

Solat awal waktu

Lazimi taubat & zikir

Baca Al-Quran walau satu ayat sehari

Bila hubungan dengan Allah baik, Dia permudahkan semua urusan hidup.

2. Jaga hubungan dengan manusia (hablumminannas)

Minta maaf & maafkan

Tunaikan janji & amanah

Doakan kebaikan untuk orang lain

Kadang-kadang hidup sempit bukan sebab dosa kita pada Allah, tapi sebab kita abaikan hak sesama manusia.

3. Bersihkan rezeki dengan sedekah & syukur

Bersedekah walau sedikit

Ucap syukur selalu

Elakkan rezeki dari sumber syubhah

Bila rezeki bersih dan disyukuri, berkatnya terasa walau tak banyak di tangan.Jom pujuk hati kita dan bina hidup yang berkat!

Subject: ๐Ÿ•Œ โœจ โœจ ๐“ ๐€ ๐™ ๐Š ๐ˆ ๐‘ ๐€ ๐‡ ๐’ ๐„ ๐‘ ๐ˆ ๐„ ๐’ ๐ŸŒณ | โœจ ๐—”๐——๐—”๐—• ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐——๐—จ๐—œ๐—ง ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” | 1 0 S y a w a l 1 4 4 6 ๐ŸŒณ ๐Ÿ•‹ ๐ŸƒPemb...
09/04/2025

Subject: ๐Ÿ•Œ โœจ โœจ ๐“ ๐€ ๐™ ๐Š ๐ˆ ๐‘ ๐€ ๐‡ ๐’ ๐„ ๐‘ ๐ˆ ๐„ ๐’ ๐ŸŒณ | โœจ ๐—”๐——๐—”๐—• ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐——๐—จ๐—œ๐—ง ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” | 1 0 S y a w a l 1 4 4 6 ๐ŸŒณ ๐Ÿ•‹ ๐Ÿƒ

Pemberian duit raya kepada ibu bapa, sanak saudara mahupun kanak-kanak sepanjang bulan Syawal bukan sekadar amalan tradisi, tetapi juga termasuk dalam perbuatan bersedekah yang amat digalakkan dalam Islam. Namun begitu, adab dalam memberi dan menerima duit raya perlulah dijaga agar keberkatan dan kemanisan Aidilfitri dapat dirasai bersama.

Ayuh kita hayati beberapa adab penting agar budaya memberi dan menerima ini kekal indah dan bermakna buat semua.

(๐—ฎ) ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ

Adab yang mulia mengajarkan kita agar sentiasa menerima dengan hati terbuka, bukan menuntut atau memaksa. Biarlah pemberian itu datang daripada keikhlasan hati orang yang memberi, bukan kerana kita memintanya.

(๐—ฏ) ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ธ

Duit raya bukanlah untuk dijadikan bahan perbandingan atau kebanggaan di kalangan ahli keluarga, rakan-rakanatau kenalan. Tindakan menunjuk-nunjuk jumlah yang diterima boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan perasaan iri hati. Bersederhanalah dan hargai setiap pemberian, tanpa perlu menunjuk kepada orang lain.

(๐—ฐ) ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป

Memberi dengan niat untuk menggembirakan orang lain adalah satu amalan yang mulia dan sangat dianjurkan dalam Islam. Walaupun nilainya kecil, jika disertai dengan keikhlasan, ia mampu mengukir senyuman dan menyentuh hati si penerima. Ingatlah, pahala bukan terletak pada jumlah, tetapi pada niat dan keikhlasan ketika memberi.

(๐—ฑ) ๐—จ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต

Adab menerima duit raya juga penting. Ucapkanlah terima kasih dengan senyuman dan penuh hormat. Elakkan daripada membuka atau membelek isi sampul di hadapan tuan rumah atau si pemberi, kerana ia boleh dianggap tidak sopan dan tidak beradab. Hargailah pemberian tersebut walau berapa jumlahnya kerana setiap yang diterima perlu dianggap sebagai rezeki daripada Allah s.w.t. yang patut disyukuri.

(๐—ฒ) ๐—ง๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—ก๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ

Tidak semua orang mampu memberi dalam jumlah yang sama banyak. Apa yang penting adalah keikhlasan hati si pemberi, bukan nilai yang tertera dalam sampul. Jangan membandingkan, dan jangan memandang rendah kepada pemberian yang kecil. Setiap jumlah yang diberi dengan niat yang baik membawa erti yang besar kepada si penerima.


๐Ÿ›‘ โ€œ๐‘…๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘๐‘ข๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ก๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘๐‘Ž ๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘˜ ๐‘˜๐‘–๐‘ก๐‘Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘ก, ๐‘ก๐‘’๐‘ก๐‘Ž๐‘๐‘– ๐‘ก๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘๐‘Ž ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘– ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘˜๐‘–๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘ข ๐‘”๐‘’๐‘š๐‘๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘›. ๐‘†๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘ข๐‘ก๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘†๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘™ ๐‘‘๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘– ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘–โ„Ž, ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘ ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘”๐‘”๐‘–, ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘ก ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘– ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ก๐‘ข๐‘™๐‘ข๐‘  ๐‘–๐‘˜โ„Ž๐‘™๐‘Ž๐‘ . - Selamat Hari Raya

FW:  ๐Ÿ•Œ โœจ โœจ    ๐“ ๐€ ๐™ ๐Š ๐ˆ ๐‘ ๐€ ๐‡  ๐’ ๐„ ๐‘ ๐ˆ ๐„ ๐’   ๐ŸŒณ   |   โœจ Keutamaan Syawal   |  0 9  S y a w a l  1 4 4 6   ๐ŸŒณ ๐Ÿ•‹  ๐Ÿƒ     โœจ Ke...
08/04/2025

FW: ๐Ÿ•Œ โœจ โœจ ๐“ ๐€ ๐™ ๐Š ๐ˆ ๐‘ ๐€ ๐‡ ๐’ ๐„ ๐‘ ๐ˆ ๐„ ๐’ ๐ŸŒณ | โœจ Keutamaan Syawal | 0 9 S y a w a l 1 4 4 6 ๐ŸŒณ ๐Ÿ•‹ ๐Ÿƒ

โœจ Keutamaan Syawal

Address

Surau Al-Ridhwan Kg Dato' Abu Bakar Baginda
Kajang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Mustaqim KDABB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category