Masjid Saujana Impian

Masjid Saujana Impian Masjid Saujana Impian terletak di Persiaran Saujana Impian, Kajang, Selangor. Nazir Masjid bagi sesi penggal 2026-2030 ialah Dato' Hj. Ahmad Shamsuddin B. Hj.

Berhampiran dengan Lotus Kajang dan bersebelahan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. Ramli. Latarbelakang Projek Pembangunan Surau Baru Saujana Impian
Pengenalan dan Latarbelakang Projek

Rasional / Justifikasi Pembinaan Bangunan Surau Saujana Impian

Bangunan surau sediada telah didirikan di sebuah tapak seluas 1.045 hektar dengan menggunakan bahan-bahan terpakai pejabat tapak / jualan (sales

office) atas ehsan pemaju dan berkat usaha Jawatankuasa Surau pada tahun 1997. No pendaftaran surau adalah 008/131/HL

Ia telah berkali-kali diperbesarkan bagi menampung pertambahan penduduk yang kian ramai dari tahun ke setahun, namun dengan keadaan fizikal asalnya, ianya tidak lagi memungkinkan sebarang ubahsuai dibuat. Keadaan struktur bangunan surau juga agak uzur dan kerap berlaku kebocoran bumbung lalu menyebabkan kerosakan pada siling dan permaidani. Jumlah penduduk Islam Taman Saujana Impian dan sekitarnya adalah dianggarkan berjumlah 3,000 orang berbanding dengan saiz surau sekarang yang hanya boleh menampung lebih kurang 400 jemaah sahaja

Surau menerima kunjungan jemaah yang agak ramai ketika menunaikan solat sunat Tarawikh pada setiap bulan Ramadan sehingga terpaksa solat diluar bangunan surau. Situasi sama juga berlaku ketika menunaikan solat sunat Aidul Fitri dan Aidul Adha. Keadaan fizikal bangunan surau sediada yang agak kecil dan serba kekurangan ini juga secara jangka panjangnya ia tidak bersesuaian untuk dinaiktaraf bagi mendirikan solat fardhu Jumaat. Menyedari hakikat ini, maka pihak Jawatankuasa Surau Saujana Impian telah memutuskan melalui mesyuaratnya pada 28hb September 2004, untuk membina bangunan baru surau dengan kadar segera bagi menampung pertambahan penduduk serta menjamin keselesaan jemaah yang hadir. Pihak Jawatankuasa Surau Saujana Impian juga telah mengambil kira pelan jangka pendek dan keperluan jangka panjang dimana sebuah bangunan baru surau yang akan didirikan mestilah luas dan boleh menampung jemaah seramai 2,000 orang disamping memenuhi keperluan dan spesifkasi sebuah Masjid sekiranya dinaiktaraf pada masa akan datang. Pihak Jawantankuasa Surau juga merancang untuk memohon kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor mendirikan solat fardhu Jumaat sebaik saja bangunan baru surau disiapkan.

05/09/2026

KULIAH MAGHRIB

TARIKH :05 Sept 2026
MASA : Selepas Solat Fardhu Maghrib
KITAB : Hadith 40
PENGKULIAH : Ust Malek Afifi


05/09/2026

🌹 KULIAH DHUHA MUSLIMAT 🌹

📆 17 & 24 Ogos 2026
🎤 Ustaz Ab. Razak bin Mahadi
📙 Sirah Nabawiyyah

⚔️ AKTIVITI KETENTERAAN

SELEPAS BANI QURAIZAH

🎯 FOKUS RASULULLAH SAW

Selepas selesai peristiwa Bani Quraizah, Rasulullah SAW memberi tumpuan kepada dua perkara utama:

⚔️ 1. MENANGANI ANCAMAN PENGHASUT YAHUDI

Pembunuhan Sallam bin Abi al-Huqaiq
(Abu Rafi’) di Khaibar.

🔸 Seorang pembesar Yahudi
🔸 Antara individu yang kuat menghasut untuk memerangi Islam
🔸 Membekalkan senjata dan dana kepada musuh Islam

⬇️

🛡️ 2. OPERASI MUHAMMAD BIN MASLAMAH

Pasukan Islam menjalankan operasi terhadap Bani Bakr.

🎯 Hasil operasi:

• Merampas harta musuh
• Menawan tawanan

⚔️ PENGHANTARAN UTUSAN & OPERASI BERTERUSAN

🐪 OPERASI UKASHAH BIN MIHSAN

✨ Tentera Islam berjaya memperoleh:

➡️ 200 ekor unta

🐫 OPERASI ABU UBAIDAH BIN AL-JARRAH

✨ Berjaya memperoleh harta rampasan:

➡️ Unta
➡️ Kambing

🛡️ OPERASI ZAID BIN HARITHAH

Dengan bantuan seorang wanita bernama Halimah:

✨ Berjaya memperoleh:

➡️ Unta
➡️ Kambing
➡️ Tawanan

🌊 OPERASI AL-KHABAT

Rasulullah SAW mengutus:

👥 300 orang penunggang

🛡️ Diketuai oleh:
Abu Ubaidah bin al-Jarrah

🎯 Tujuan:

➡️ Mengintip rombongan perdagangan Quraisy

🌸 PENGAJARAN & MATLAMAT UTAMA KETENTERAAN 🌸

🛡️ 1. MENGHAPUSKAN ANCAMAN MUSUH

✔️ Menangani pihak yang menghasut
✔️ Menghalang ancaman terhadap umat Islam

⬇️

💰 2. MENGUKUHKAN EKONOMI ISLAM

🌾 Khaibar merupakan pusat pertanian yang penting

Apabila Khaibar berjaya dikuasai:

➡️ Kedudukan ekonomi umat Islam semakin kukuh
➡️ Kekuatan umat Islam dapat dipertingkatkan

⬇️

🌎 3. MEMBUKA JALAN UNTUK DAKWAH

🕌 Keamanan memberi ruang kepada dakwah Islam berkembang.

❤️ Semakin ramai manusia:

➡️ Mengenali Islam
➡️ Menerima Islam

💭 KESIMPULAN

Aktiviti ketenteraan pada zaman Rasulullah SAW bukan semata-mata untuk peperangan, tetapi bertujuan menjaga keselamatan umat Islam, menangani ancaman musuh, mengukuhkan kedudukan ekonomi serta membuka ruang yang lebih luas untuk dakwah Islam.

🌹 WALLAHU A’LAM 🌹

04/09/2026

KELAS TADABBUR AL-QURAN

TARIKH :05 Sept 2026
MASA : Selepas Solat Fardhu Subuh
KITAB : Tadabbur Al-Quran
PENGKULIAH : Ust Abdullah Mansor


04/09/2026

KULIAH MAGHRIB

TARIKH :04 Sept 2026
MASA : Selepas Solat Fardhu Maghrib
KITAB : Tafsir Hukum & Perbandingan Mazhab
PENGKULIAH : Ust Abdullah Mat


04/09/2026

KHUTBAH JUMAAT

TARIKH: 04 SEPTEMBER 2026M / 22 RABIULAWAL 1448H
KHATIB/IMAM: USTAZ NOOR HARRAZ HARIRY
MUAZZIN: USTAZ ZULKARNAI
TAJUK: “MEREALISASIKAN HAKIKAT KEMERDEKAAN”


🌙✨ MAJLIS SELAWAT, MUNAJAT & TAUSIAH MSI 1448H ✨🌙Ayuh bersama kita menyemarakkan malam penuh keberkatan dengan selawat, ...
04/09/2026

🌙✨ MAJLIS SELAWAT, MUNAJAT & TAUSIAH MSI 1448H ✨🌙

Ayuh bersama kita menyemarakkan malam penuh keberkatan dengan selawat, munajat, maulid & qasidah serta tausiyah yang akan dipimpin oleh Ustaz Ahmad Syawal. 🤲🏻❤️

📅 10 September 2026 (Khamis)
🕌 Selepas Solat Fardhu Maghrib
📍 Masjid Saujana Impian

💚 Jemputan khas buat seluruh ahli kariah.

Mohon hadir bersama-sama memberikan sokongan dan memeriahkan majlis.

Jangan lupa panjangkan jemputan ini kepada jiran, sahabat dan kenalan agar lebih ramai dapat bersama-sama mengimarahkan rumah Allah.

“Jom berselawat, bermunajat dan menghidupkan hati dengan tausiyah.” 🌹

🤲🏻 Semoga setiap langkah menuju majlis ini menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Dato' Hj. Ahmad Sam
Nazir
Masjid Saujana Impian


Assalamualaikum w.b.tMari kita sama-sama bermuhasabah dalam Solat Jumaat di Masjid Saujana Impian, Kajang dengan tajuk k...
04/09/2026

Assalamualaikum w.b.t

Mari kita sama-sama bermuhasabah dalam Solat Jumaat di Masjid Saujana Impian, Kajang dengan tajuk khutbah:

✨“MEREALISASIKAN HAKIKAT KEMERDEKAAN”

📅 04 SEPTEMBER 2026 | 22 RABIULAWAL 1448H
🕌 Masjid Saujana Impian, Kajang
🎙️ Imam/Khatib: Ust Noor Harraz (Imam 1 MSI)
🗣️ Muazzin: Ust Zulkarnai (Bilal 1 MSI)

Datanglah lebih awal, hadirkan hati, dan pulang dengan iman yang lebih hidup.
Semoga langkah kita ke masjid menjadi sebahagian daripada perjalanan agung menuju reda Allah.

🤍 Sebarkan pengumuman ini sebagai satu dakwah.


03/09/2026

KULIAH DHUHA

TARIKH : 03 SEPTEMBER 2026
MASA : 9.30 AM - 10.30 AM
KITAB : TASAWUF - SUATU PENGENALAN ASAS
PENGKULIAH : YBHG. UST ABDUL RAHIM RAFFIEE


02/09/2026

KULIAH MAGHRIB

TARIKH :02 Sept 2026
MASA : Selepas Solat Fardhu Maghrib
KITAB : TANBIHUL GHAFILIN
PENGKULIAH : Ust Wan Ali Wan Jusoh


Jadual Kuliah Masjid Saujana Impian Bagi Bulan September 2026JANGAN SAMPAI TERLEPAS! JADUAL 'UPGRADE' DIRI SEPTEMBER 202...
02/09/2026

Jadual Kuliah Masjid Saujana Impian Bagi Bulan September 2026

JANGAN SAMPAI TERLEPAS! JADUAL 'UPGRADE' DIRI SEPTEMBER 2026

​Bulan baru, semangat baru, iman pun kena "renew"! 🚀

​Masjid Saujana Impian membawakan Jadual Kuliah & Tazkirah SEPTEMBER 2026 yang sangat komprehensif.

Dari Kuliah Subuh yang menyegarkan hingga ke Kuliah Dhuha dan Kuliah Maghrib yang menginsafkan.

​Highlight Minggu Ini:
✅ Kuliah Dhuha khas buat Muslimin & Muslimat (9.30 pg).
✅ MAJLIS SELAWAT, MUNAJAT & TAUSIAH MSI 1448H yang akan dipimpin oleh Ust Ahmad Syawal
✅ Bacaan Tahlil & Doa setiap hari Khamis malam Jumaat.
✅ Kupasan Kitab & Hadis oleh barisan Ustaz bertauliah (Kuliah Subuh & Kuliah Maghrib)
✅ Kelas Fardhu Ain, Kelas Tadabbur Al-Quran & Ceramah Kesihatan (Sakit Lutut)

​Simpan gambar ini (Save Image), jadikan wallpaper kalau perlu! Biar setiap hari kita diingatkan untuk singgah ke rumah Allah.

​"Ilmu itu dicari, bukan menanti."

Sebarkan khabar gembira ini kepada semua!


Address

Persiaran Saujana Impian
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Saujana Impian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Saujana Impian:

Shortcuts

Share