Kerasulan Umat Bahasa Malaysia (KUBM) adalah sebuah komuniti khas untuk jemaat Gereja Holy Family Kajang yang bertutur dalam Bahasa Malaysia, bertujuan untuk memupuk iman, kerohanian, perpaduan, dan semangat pelayanan dalam Kristus. Kami melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan rohani, liturgi, dan pastoral untuk memenuhi keperluan iman umat berbahasa Malaysia. Apa yang Kami Tawarkan?
✨ Liturgi da
n Sakramen: Misa dalam Bahasa Malaysia, doa rosari, dan adorasi sakramen maha kudus.
✨ Katekatikal: Kelas Inisiasi Dewasa Kristian (IKD) dan Kelas Minggu Katekatikal bagi individu yang berumur 17 tahun dan ke bawah untuk memperdalam pengertian ajaran Kristian Katolik.
✨ Komuniti dan Perkhidmatan: Sokongan kepada belia, keluarga, dan para pelayan liturgi seperti koir, warden, pelayan komuni dan pelayan altar.
✨ Program dan Aktiviti: Aktiviti khas untuk memperkuatkan iman seperti seminar, bengkel, formasi, dan retret bagi semua golongan usia. Matlamat Kami
Kami berhasrat untuk:
✅ Membina komuniti yang mesra, berpusatkan Kristus, dan saling mendoakan.
✅ Memberi ruang kepada umat berbahasa Malaysia untuk beribadah dan bertumbuh dalam iman.
✅ Mendorong penyertaan aktif umat dalam pelayanan gereja. Marilah menjadi sebahagian daripada perjalanan rohani ini. Sertai aktiviti mingguan kami, ikuti maklumat terkini tentang program gereja, dan perkongsian inspirasi. KUBM - Bersama Membina Gereja yang Hidup dalam Kristus!