Yayasan Youssefiyyah Al Hasani Malaysia

Yayasan Youssefiyyah Al Hasani Malaysia Melahirkan Generasi ‘Alimat Muta’alimat yang berjiwa rijal sebagai madrasah pertama bagi generasi ulama’ dan auliya’ kelak.

Assalamualaikum. Infaq Jumaat!
22/05/2026

Assalamualaikum. Infaq Jumaat!

Jom Pilih & Order!
22/05/2026

Jom Pilih & Order!

PELBAGAI COMBO ISTIMEWA....

Dapatkan EDISI TERBARU Kitab Zikir!
22/05/2026

Dapatkan EDISI TERBARU Kitab Zikir!

 EDISI BARU Po...

14/05/2026

Salam Jumaah!

Please Follow, Like & Share. Tq
19/03/2025

Please Follow, Like & Share. Tq

Check out BY Mall - Banaat Yusufi Mall’s video.

Bismillahirrahmanirrahim. Ramadan Kareem. Edisi Istimewa untuk Peserta Khalwah 4-8 Mac 2025 biiznillah. Tulisan terjemah...
03/03/2025

Bismillahirrahmanirrahim. Ramadan Kareem. Edisi Istimewa untuk Peserta Khalwah 4-8 Mac 2025 biiznillah.

Tulisan terjemahan ini adalah petikan daripada "Kitab Maqamat Ahli Zikir ketika berzikir dengan Asmaul Husna karangan Duktur Muhd Khair Fatimah. "
.........................

"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu (Tafsir Ibn Abbas: mengenalKu)": (Adz Dzariyaat: 51).

Hal yang terindah dalam mengenal Allah swt adalah pada hati yang merasai kedekatanNya, sentuhanNya melalui tajalli pada ciptaanNya, segala limpah kurniaNya, kemesraanNya, dan getaran hati yang menikmati kehadiranNya pada setiap tempat dan ketika.
Allah, itulah lafzul jalalah, lafaz yang penuh keagungan, kata nama khas yang menunjukkan kepada Zat yang suci, nama yang teragung menghimpun sekalian makna dan sifat-sifat yang selayaknya bagi Ilahi.

Allah, itulah nama yang paling banyak disebut di dalam al Quran dan Hadis. Sekalian nama-namaNya al Husna kembali kepada nama Allah. Maka dengan itu disebut Asmaullah Al Husna. Tidak pernah disebut dengan nama Asmaurrahman atau Asmaurrahim dan lain-lain.

Agungnya nama Allah itu mutlak hanya milikNya. Dialah yang menamakan diriNya dengan nama Allah. Bahkan disebut dengan khusus di dalam firmanNya: " Sesungguhnya Akulah Allah. Rabb yang mentadbir sekalian alam." (Al Qasas: 30).

Maka hati yang bergejolak tidak akan tenang melainkan dengan Zikrullah. "Mereka yang beriman dan tenangnya hati mereka dengan Zikrullah (mengingat dan menyebut nama Allah). Ketahuilah dengan Zikrullah, hati akan menjadi tenang." (Ar Ra'du: 28).

Antara tuntutan Zikrullah itu adalah menunggalkan namaNya yang esa "Allah Allah Allah" di dalam hati. Sesuai firmanNya: " Sebutlah Allah, kemudian biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatan mereka." (Al An'aam: 91)

Nama Allah terus diulang-ulang oleh seorang Mukmin tanpa bosan, bahkan ia sebenarnya menjadi kerehatan pada jiwa, menenangkan hati ketika mendengarkannya, terngiang-ngiang pada pendengaran dan ruh-ruh mereka yang mengulanginya.

Bahkan nama Allah tidak ada lafaz jama' nya di dalam Bahasa Arab (perkataan yang menunjukkan banyak/plural) sebagai isyarah bahawasanya Allah adalah nama khas yang menunjukkan kepada Sang Pencipta yang Esa, yang menghimpun segala sifat kesempurnaan, dan hanyalah Dia yang selayaknya disembah, tiada selainNya.

Allah, itulah kalimah tauhid. Itulah kalimah yang pertama di seawal penerimaan Islamnya seorang hamba. "Maka ketahuilah bahawasanya tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah." ( Muhammad : 19).

Ketahuilah bahawa tiadanya Sang Pencipta selain Allah. Tiadalah yang layak untuk hamba mengabdi diri melainkan kepada Allah. Tiada tempat untuk hamba menuju dalam segenap hal yang dihajatkan melainkan kepada Allah. Dialah Sang Pencipta, Dialah yang disembah, Dialah satu-satunya yang menjadi tujuan, tiada sekutu bagiNya. Lantas itulah yang menjadi sebab bahawa sebaik-baik zikir adalah "La Ilaha Illallah".

Allah. Lafaznya sendiri adalah sebuah mukjizat. Ketika berkurangnya huruf daripada huruf-huruf yang membentuk kalimah الله, namaNya tetap kekal menunjukkan kepadaNya swt.

Ketika dibuang Alif, ia tetap kekal menunjukkan kepada Allah menjadi Lillah. "Walillah (Dan bagiNya) nama-nama yang indah, maka berdoalah kalian dengannya" (Al 'Araaf: 180)

Ketika dibuang p**a Alif dan Lam, tetap juga menjadi namaNya iaitu Lahu. " Lahu (MilikNya) segala apa yang ada di langit dan di bumi. Semuanya tunduk kepadaNya." (Al Baqarah: 156).

Ketika dibuang 3 huruf yang pertama dari lafaz Allah sehingga yang tinggal hanyalah Hu, tetap juga Hu (asalnya Hua) menujukkan kepadaNya swt. " Hua (Dialah) Allah yang tiada Tuhan selayaknya disembah melainkan Dia yang Maha Mengetahui yang ghaib dan nyata. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." (Al Hasyr: 22).

Moga Allah swt hidupkan hati kita dengan namaNya yang teragung ini. Allah. Allah. Allah. Amin.
........................

■ Dikhidmati terjemahannya: Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01).

05/02/2025

■ Renungan Ayat CintaNya (5 Sya'ban 1446 H)

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (21)

Terjemahan: Demi sesungguhnya pada diri Baginda saw itu adalah suri tauladan yang baik bagi yang mengharapkan (rahmat) Allah dan kehidupan pada Hari Akhirat dan mereka berzikir mengingati Allah sebanyak-banyaknya. (Al Ahzab: 21)
.....................

Penjelasan:

▪︎ Saranan untuk kita berpegang teguh kepada Rasulullah saw sebagai qudwah. Tetaplah setia dengan Baginda saw dan janganlah sekali-kali menyalahi apa yang dicontohkan oleh Baginda saw.

▪︎ Sesungguhnya orang - orang yang jujur menjadikan Nabi saw sebagai tauladan adalah mereka yang mengharapkan rahmat dan kebaikan di sisi Allah swt, maka mereka menjauhi diri daripada mengikuti keinginan nafsunya sendiri.

▪︎ Lantas mereka juga memperbanyak zikrullah dalam keadaan senang mahupun sukar.
.................

Moga Allah swt menjadikan kita sebahagian daripada mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda saw.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
................

■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01)

31/01/2025

Marhaban Bi Sya'ban ( 1 Sya'ban 1446 H)

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (21)

"Demi sesungguhnya pada diri Baginda Rasulullah saw itu adanya suri tauladan yang baik bagi mereka yang menginginkan Allah dan Hari Akhirat, dan mereka mengingati Allah sebanyak-banyaknya." (Al Ahzab: 21)

بسم الله الرحمن الرحيم..في رحاب شعبان.. حياكم الله!

حياكم الله للتحلي بالفضائل بعد أن تتخلى عن الرذائل .
حياكم الله بالذكر والصلاة على الحبيب صلى الله عليه وسلم . حياكم الله بالصدق في محبة الله ورسوله.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.

Bismillahirrahmanirrahim. Pada hamparan Sya'ban.. Hayyakumullah!

Moga Allah panjangkan usia kalian untuk menghiasi diri dengan kemuliaan akhlak setelah menyucikan diri dari peribadi yang tercela.

Moga Allah panjangkan usia kalian dengan zikir dan selawat ke atas Sang Kekasih, Rasulullah saw.

Moga Allah panjangkan usia kalian dalam kejujuran mahabbah kepada Allah dan RasulNya.

Ya Allah limpahilah selawat dan salam ke agas junjungan kami, Nabi Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga Baginda serta para sahabatnya.
................

■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01)

❣️Jom membeli sambil berinfaq.
29/01/2025

❣️Jom membeli sambil berinfaq.

TELEKUNG ISTIMEWA

27/01/2025

■ Petikan Kitab Al Isra' wal Mikraj Fadhilatush Sheikh Mutawalli Sya'rawi rahimahullah.
................

Bismilllahirrahmanirrahim.

Para ahbabku, sedikit renungan untuk penghayatan Isra' dan Mikraj yang telah dituliskan Fadhilatus Sheikh Mutawalli Sya'rawi rahimahullah yang sempat al Faqirah khidmati terjemahannya, mudah-mudahan memberi manfaat pada jiwa-jiwa yang merindukan Allah dan RasulNya.

Ketika kita menelusuri sirah tentang perjalanan dakwah Rasulullah saw, kita mendapati dakwah yang dilakukan oleh Baginda saw adalah secara berperingkat. Allah swt telah menjadikan pelbagai asbab untuk kejayaan dakwah Baginda saw walaupun Dia sama sekali tidak berhajat kepada apa jua asbab untuk memenangkan agamaNya. Akan tetapi, sudah menjadi sunnatullah dalam kehidupan manusia yang diminta untuk mengambil asbab/berusaha sebelum mencapai satu-satu tujuan, maka dicerminkan keperluan mengambil asbab pada qudwah ummat ini sendiri iaitu Baginda Rasulullah saw

Maka pada peringkat awal dakwah Baginda saw, Allah swt telah mengirimkan dua insan yang memainkan peranan sangat penting dalam melindungi perjalanan dakwah ini. Pertamanya adalah perlindungan dari ancaman kuffar di luar rumah yang Baginda saw dapatkan daripada bapa saudaranya, Abu Talib. Kedua merupakan perlindungan daripada dalam rumah Baginda saw sendiri dalam bentuk ketenangan dan kerehatan jiwa yang Baginda saw temukan daripada isterinya, Ummul Mukminin, Sayyidah Khadijah r.a

Pada saat dua insan ini berada dekat dengan Baginda saw, urusan dakwah yang walaupun dirasakan sangat berat menjadi sedikit ringan dengan perlindungan dan ketenangan yang Baginda saw temukan pada kedua-dua insan ini. Akan tetapi takdir Allah berkehendak untuk menjemput kembali isteri Baginda saw pada tahun yang sama dengan pemergian bapa saudara Baginda saw, Abu Talib.

Rasulullah saw merasakan kehilangan akan ketenangan yang selama ini Baginda saw dapatkan dari kehangatan seorang isteri, bahkan kehilangan juga perlindungan luar yang Baginda saw dapatkan melalui Abu Talib. Baginda saw meyakini bahawa Allah sama sekali tidak akan pernah membiarkan Baginda saw, namun Baginda saw hanya menggunakan akalnya serta mata hatinya untuk mengambil asbab di sisi manusiawi untuk melindungi dakwah ini

Di situlah akhirnya Baginda saw telah memutuskan untuk ke Toif dengan harapan Baginda saw menemukan penolong untuk menghadapi kekerasan kaum kuffar Makkah. Akan tetapi, Baginda saw justeru menemukan hal yang tidak sesuai dengan harapan Baginda saw. Di Toif, Baginda saw sekali lagi disakiti dengan perkataan bahkan perbuatan yang dahsyat hingga mengalir darah mulia dari kedua tumit Baginda saw.

Lantas di sinilah Baginda saw akhirnya mengadukan segala perihal dirinya kepada Allah swt setelah didapati hilangnya segala asbab yang berkaitan dengan sisi manusiawi.

Intinya, Allah swt ingin kita fahami bahawa jika masih ada ruang untuk kita mengambil asbab (berusaha) untuk mencapai tujuan, maka hendaklah kita bersungguh-sungguh dan memaksimumkan usaha untuk sampai pada tujuan. Akan tetapi jika segala hal yang diusahakan tidak lagi nampak sinarnya bahkan semakin menyulitkan, maka di sanalah kita sebagai hamba tunduk merendah dengan penuh pengharapan kepada Allah swt agar diberi jalan keluar atas usaha yang dikerjakan.

Baginda saw akhirnya mengangkat tangan berdoa kepada Allah yang intinya mengisahkan tentang aduan kepada Allah atas paksi keimanan dan keyakinan bahawasanya di sana ada redhaNya yang bakal ditemukan. Bahkan Baginda saw juga menyatakan seluruh asbab yang telah diusahakan untuk kejayaan dakwah, akan tetapi yang Baginda saw temukan tidak lain hanyalah permusuhan.

Allah swt Maha Mendengarkan rintihan kekasihNya ini , maka di sinilah Allah swt menjemput Baginda saw ke hadrahNya melalui Isra' Mikraj untuk mengubati duka Baginda saw sekaligus menggantikan kekerasan yang Baginda dapatkan daripada penduduk bumi dengan kehangatan daripada penduduk langit. Bahkan diperlihatkan kepada Baginda saw akan tanda-tanda kekuasaanNya swt serta rahsiaNya hingga dianugerahi lagi Baginda saw ini dengan satu jiwa dan semangat yang lebih teguh demi perjalanan dakwah.

Hakikatnya, dari awal lagi Allah swt boleh sahaja menurunkan bantuanNya tanpa memerlukan apa jua asbab. Akan tetapi Allah swt ingin mengajarkan kepada umat ini melalui RasulNya saw agar tidak meninggalkan asbab dan menadahkan tangannya ke langit memohon pertolongan.

Maka berlakulah yang dikatakan malam yang penuh keagungan, Malam Isra' wal Mikraj selepas kekerasan yang Baginda saw dapatkan daripada penduduk bumi pada saat Baginda kehilangan dua insan yang menjadi tulang belakangnya selama ini.

Allah swt berkehendak untuk menjadikan perjalanan yang penuh ketinggian ini hingga terlihat teguhlah tanda kemuliaan Baginda saw dan Dialah yang Maha Menggantikan segala yang hilang. Sambutan hangat yang diberi penduduk langit ternyata menyapu bersih semua derita dan lelah yang dirasakan dari perlakuan penduduk bumi sekaligus sebagai "recharge" buat diri Baginda saw pada lapangan dakwah yang baru dengan izin RabbNya swt.

Allahu'alam. Moga kita dapat memaknai keagungan perjalanan Isra' Mikraj, merasakan hangatnya pelukan kasih sayang Allah pada saat kita merasakan kehilangan yang lain di dunia ini agar tetaplah keimanan dan kemuliaan bagi diri kita sebagai hamba Allah swt dan umat Rasulullah saw. Amin. Amin. Amin.
...................

■ Dikhidmati terjemahannya Unit Akademik Banaat Yusufi (AR01).

Address

10, Jalan Melati 2, Seksyen 8
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Youssefiyyah Al Hasani Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Yayasan Youssefiyyah Al Hasani Malaysia:

Share