11/08/2019
IBADAH KORBAN DAN HAJI LAMBANG KEABDIAN SEJATI
Ibadah2 ini adalah syiar Islam bagi hamba2 Allah. Menghapuskan kesyirikan dan mendapat redha Allah jika dilakukan dgn ikhlas.
Daging darah haiwan korban x sampai kepada Allah, tp keikhlasan yg sampai. Beribadah haji bukan kerana menunjuk agal bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan.
Korbankanlah perkara yg kita sayangi bg membuktikan keabdian kepada Allah. Nescaya dibalas Allah dgn syurga.
Aidiladha mengimbau pengorbanan agung Nabi Ibrahim dan keluarganya berkorban kerana Allah. Hayatilah agar kita juga 100% mengabdikan diri kpd Allah.
Namun kita punya pelbagai isu termasuk keraguan akidah dan masalah2 lain. Kita dapat atasinya dgn tulus berkorban kerana Allah. Hadiri majlis ilmu dan pastikan pendidikan anak2 diambil berat.
Korbankanlah masa dan tenaga dalam menangani masalah masyarakat. Nasihat menasihatilah. Usahakan harta yg lebih dgn cara yg halal utk muncul sbg umat mulia dihormati.
Telah diciptakan pelbagai bangsa agar berkenalan dan bermesra. Yg paling mulia antara kita adalah yg plg tinggi takwanya tanpa mengira bangsa.
Pengajaran:
1. Yakinilah haji dan korban itu lambang keabdian kpd Allah
2. Korbanlah kerana Allah semata2
3. Istiqamahlah berkorban kpd Allah
Org2 yg berusaha memenuhi kehendak agama akan dipimpin ke arah kegembiraan dan keredhaan.
KHUTBAH AIDILADHA 110819
Surau Al-Islahiah Sg Kantan Kajang