Masjid Kariah Sg Sekamat

Masjid Kariah Sg Sekamat LAMAN RASMI MASJID KARIAH SG SEKAMAT.

🌙 Salam Maal Hijrah 1448HSempena kedatangan Awal Muharram 1448H, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam dan memper...
16/06/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H

Sempena kedatangan Awal Muharram 1448H, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam dan memperbaiki diri ke arah kehidupan yang lebih diredai Allah SWT.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, rahmat dan kebahagiaan buat kita semua.

🗓 Rabu, 17 Jun 2026
✨ 1 Muharram 1448H

Ikhlas daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah Sungai Sekamat.

🇲🇾 Daulat TuankuMerafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Du...
01/06/2026

🇲🇾 Daulat Tuanku

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan, kesejahteraan, serta memelihara Baginda Tuanku dalam memimpin negara dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada
🕌 Masjid Kariah Sungai Sekamat

Alhamdulillah, selesai sudah Program Ibadah Korban Aidiladha 1447H / 2026M anjuran Masjid Kariah Sungai Sekamat.Terima k...
28/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Ibadah Korban Aidiladha 1447H / 2026M anjuran Masjid Kariah Sungai Sekamat.

Terima kasih kepada semua peserta korban, para petugas, sukarelawan serta ahli kariah yang bersama-sama menjayakan program pada tahun ini. Semoga segala pengorbanan, tenaga dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

Berikut dikongsikan sebahagian suasana sepanjang program berlangsung 🤍




🌙 Salam Aidiladha 1447H 🐄Di hari penuh keberkatan ini,marilah kita sama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhl...
26/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🐄

Di hari penuh keberkatan ini,
marilah kita sama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. 🤍

Ikhlas daripada seluruh Jawatankuasa
Masjid Kariah Sungai Sekamat

Semoga Aidiladha kali ini membawa rahmat, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua ✨🤲🏻




Selepas Subuh esok insya-Allah ,kita akan mula Takbir selepas selesai solat Fardhu berjemaah di masjid² dan surau²...Sel...
25/05/2026

Selepas Subuh esok insya-Allah ,kita akan mula Takbir selepas selesai solat Fardhu berjemaah di masjid² dan surau²...

Selamat berpuasa pada esok hari.. moga Allah ampunkan dosa² kita semua.. aamiin



Jom hadir ramai-ramai ke Safari Dakwah Kemasjidan 🕌✨Kuliah Maghrib Khas bersama TN HJ YASIM MOHAMEDTokoh Nazir Masjid Te...
19/05/2026

Jom hadir ramai-ramai ke Safari Dakwah Kemasjidan 🕌✨

Kuliah Maghrib Khas bersama TN HJ YASIM MOHAMED
Tokoh Nazir Masjid Terbaik Negara 2014

📌 Tajuk:
Masjid Asas Pembangunan Ummah Bestari: Apa Peranan Kita?

🗓 Selasa, 19 Mei 2026
⏰ 7.45 malam
📍 Masjid Kariah Sungai Sekamat, Kajang

Semua dijemput hadir.
Masjid Diimarahkan, Kariah Diperkasakan.

PROGRAM MUSLIMAH: ZIARAH MAHABBAHAlhamdulillah, telah berlangsung Program Muslimah Ziarah Mahabbah bagi menziarahi ahli ...
25/04/2026

PROGRAM MUSLIMAH: ZIARAH MAHABBAH

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Muslimah Ziarah Mahabbah bagi menziarahi ahli kariah yang sedang diuji dengan kesakitan.

Ziarah ini sebagai tanda kasih sayang, keprihatinan dan ukhuwah sesama umat Islam, di samping mendoakan agar mereka dikurniakan kesembuhan dan kekuatan oleh Allah SWT.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab rahmat dan keberkatan kepada kita semua.

🤲 “Barangsiapa menziarahi orang sakit, dia berada dalam rahmat Allah sehingga dia kembali.”



Assalamualaikum.. Jemput hadir beramai-ramai untuk santapan Rohani, bersama Ust. Selebriti kita yang tidak asing lagi!Ay...
23/04/2026

Assalamualaikum..

Jemput hadir beramai-ramai untuk santapan Rohani, bersama Ust. Selebriti kita yang tidak asing lagi!

Ayuh Tuan/puan.

Psssttt.. dah daftar untuk ibadah Korban ka belum? Tempat di MKSS Masih ada kosong lagi..jangan lepaskan peluang utk masuk bahagian!

Dan sama² rebut peluang utk infaq kepada masjid juga..

Jazakumullahu Khairan Jaza'

🌙 Jom hadir memeriahkan Ceramah Perdana dan Moreh Raya Masjid Kariah Sungai Sekamat!📅 Jumaat, 17 April 2026🕋 Ceramah Per...
16/04/2026

🌙 Jom hadir memeriahkan Ceramah Perdana dan Moreh Raya Masjid Kariah Sungai Sekamat!

📅 Jumaat, 17 April 2026
🕋 Ceramah Perdana selepas Maghrib
🍽️ Moreh Raya selepas Isyak, jam 9.15 malam hingga selesai

Bersama:
🎙️ Ustaz Elyas Ismail
Tajuk ceramah:
“Korban Itu Perit, Syurga Itu Mahal”

Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan sahabat untuk mengimarahkan masjid dengan majlis ilmu serta menikmati juadah moreh raya bersama-sama.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

🐄✨ IBADAH KORBAN 1447H / 2026M ✨🐄Masjid Kariah Sungai Sekamat membuka penyertaan bagi Ibadah Korban tahun ini.🔹 Lembu Bi...
14/04/2026

🐄✨ IBADAH KORBAN 1447H / 2026M ✨🐄

Masjid Kariah Sungai Sekamat membuka penyertaan bagi Ibadah Korban tahun ini.

🔹 Lembu Biasa – RM950 / 1 bahagian
🔹 Lembu Sado – RM1100 / 1 bahagian

📍Penyertaan adalah terhad mengikut jumlah lembu yang disediakan.

Bagi yang ingin menyertai, boleh hubungi:

📞 En. Aqil – 010-547 6756

Marilah sama-sama merebut peluang melaksanakan ibadah korban sebagai tanda syukur dan ketaatan kepada Allah SWT.

Address

Sg Sekamat
Kajang
43000

Telephone

+60195427509

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kariah Sg Sekamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Kariah Sg Sekamat:

Shortcuts

Share