Surau An Najah, Taman Universiti Jalan Pintar

Surau An Najah, Taman Universiti Jalan Pintar Komuniti Ahli Kariah Surau An Najah, Taman Universiti, Jalan Pintar *No.

Pendaftaran JAIS : JAI.Sel.BPM/01/034/357

*Bank Muamalah Surau An-Najah 1207-0004648-71-9

Carta Organisasi Surau An Najah TUJP 2024-2026
21/07/2026

Carta Organisasi Surau An Najah TUJP 2024-2026

Imam Masjid NabawiIsnin15 Jun 202629 Zulhijjah 1447SubuhBaca surah Taha 20Antara ayat yang patut kita bagi perhatian ada...
15/06/2026

Imam
Masjid Nabawi
Isnin
15 Jun 2026
29 Zulhijjah 1447
Subuh

Baca surah Taha 20

Antara ayat yang patut kita bagi perhatian adalah ayat 124 seperti di bawah

وَمَنْ اَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِيْ فَاِنَّ لَهٗ مَعِيْشَةً ضَنْكًا وَّنَحْشُرُهٗ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ اَعْمٰي

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Taha 20:124)

Pengajaran

1. Kalau kita rasa kehidupan kita sekarang sempit, menghimpit, menyesakkan dada dalam hal...

2. Emosi, jiwa, kesihatan, kehidupan, kewangan, rumahtangga...

3. Hingga mengganggu ketenangan hidup, rumahtangga, kejiranan dan juga kerjaya...

4. Mungkin ada sesuatu yang telah kita "hilang" "berpaling" sama ada kita sedar ataupun tidak

5. Sama-sama kita tambahbaik kehidupan kita sekeluarga

Penutup

Sama-sama kita hayati dan amalkan wasiat Nabi ﷺ

Rasulullah ﷺ berwasiat kepada kita semua melalui Muaz RA

Rasulullah ﷺ memegang tangannya dan berkata, “Wahai Muaz, demi Allah SWT, aku mencintaimu.” Lalu Baginda ﷺ berkata,

“Aku wasiatkan kepadamu, wahai Muaz, janganlah sekali-kali engkau meninggalkan doa ini di akhir setiap solat,

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
"Ya Allah, tolong aku dalam berzikir, bersyukur, dan memperelokkan ibadah kepadaMu." (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)

"Beruntung sesiapa yang hari ini lebih baik daripada semalam. Terpedaya sesiapa yang hari ini sama seperti semalam. Rugi (celaka) sesiapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam"

“Sungguh beruntung seseorang yang mendapati pada catatan amalnya istighfar yang banyak” (Hadis Riwayat Ibnu Majah No. 3818, dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah).

Foto selepas subuh di belakang Raudhah & belakang maqam Nabi ﷺ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ

Masjid Nabawi
Isnin
15 Jun 2026
29 Zulhijjah 1447

Perkongsian dicatatakan oleh Biro Dakwah Surau An Najah TUJP

Perkongsian juga boleh dibaca di 👇
https://chat.whatsapp.com/LT7R6GnGk5uLHPPtINz6lH
Group dari 2017 & ada sekitar 698 members (hanya admin @ Pengurusan Surau An Najah TUJP yang boleh post)

Juga di 👇
https://www.facebook.com/share/1CzZhDK6hF/

*Jadual Kuliah dan Khatib Jumaat Jun 2026 Surau An Najah TUJP*AssalamualaikumDisertakan *jadual kuliah dan khatib Jumaat...
31/05/2026

*Jadual Kuliah dan Khatib Jumaat Jun 2026 Surau An Najah TUJP*

Assalamualaikum

Disertakan *jadual kuliah dan khatib Jumaat Jun 2026 di Surau An Najah TUJP*

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz dan semua atas perkongsian ilmu sepanjang Mei 2026

جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

Selamat menikmati taman-taman syurga dan moga mendapat sebaik-baik ganjaran daripadaNya

*Pengurusan Surau An Najah TUJP*
*12100000523710 Bank Muamalat*
*Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar*

*“Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga.”* (Riwayat Muslim)

"Apabila kamu melalui taman-taman syurga, maka singgahlah." Para sahabat bertanya: "Apakah taman-taman syurga itu, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab:
*"Majlis-majlis ilmu (zikir kepada Allah)."* (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad dan al-Tabarani – hadis hasan)

*Kelas Makhraj Muslimah Setiap Isnin Surau An Najah TUJP*AssalamualaikumDijemput muslimah ke *Kelas Makhraj setiap Isnin...
03/05/2026

*Kelas Makhraj Muslimah Setiap Isnin Surau An Najah TUJP*

Assalamualaikum

Dijemput muslimah ke *Kelas Makhraj setiap Isnin 9 pagi di Surau An Najah TUJP bimbingan Ustazah Nor Azimah Abdul Razak*

جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

Selamat menikmati taman-taman syurga

*Pengurusan Surau An Najah TUJP*
*12100000523710 Bank Muamalat*
*Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar*

*“Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga.”* (Riwayat Muslim)

"Apabila kamu melalui taman-taman syurga, maka singgahlah." Para sahabat bertanya: "Apakah taman-taman syurga itu, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab:
*"Majlis-majlis ilmu (zikir kepada Allah)."* (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad dan al-Tabarani – hadis hasan)

*Jadual Kuliah dan Khatib Jumaat Mei 2026 Surau An Najah TUJP*AssalamualaikumDisertakan *jadual kuliah dan khatib Jumaat...
01/05/2026

*Jadual Kuliah dan Khatib Jumaat Mei 2026 Surau An Najah TUJP*

Assalamualaikum

Disertakan *jadual kuliah dan khatib Jumaat Mei 2026 di Surau An Najah TUJP*

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz dan semua atas perkongsian ilmu sepanjang April 2026

جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

Selamat menikmati taman-taman syurga

*Pengurusan Surau An Najah TUJP*
*12100000523710 Bank Muamalat*
*Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar*

*“Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga.”* (Riwayat Muslim)

"Apabila kamu melalui taman-taman syurga, maka singgahlah." Para sahabat bertanya: "Apakah taman-taman syurga itu, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab:
*"Majlis-majlis ilmu (zikir kepada Allah)."* (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad dan al-Tabarani – hadis hasan)

Tazkirah dan sumbangan daripada Surau An Najah TUJP kepada dhuyufurrahman 2026 1447Alhamdulillah acara tahunan berserta ...
18/04/2026

Tazkirah dan sumbangan daripada Surau An Najah TUJP kepada dhuyufurrahman 2026 1447

Alhamdulillah acara tahunan berserta dengan sambutan raya bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli kariah

"Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambungkan silaturrahim, dan solatlah di waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (Sunan Tirmidzi No. 2485, Status Hadis Hasan Sahih)

“Antara satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada baginya ganjaran melainkan syurga” (HR Bukhari No: 1773) Status: Hadis Sahih

*Jemputan Ke Jamuan Raya Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar (TUJP) Sungai Tangkas Bangi 2026*Assalamualaikum  ...
18/04/2026

*Jemputan Ke Jamuan Raya Surau An Najah Taman Universiti Jalan Pintar (TUJP) Sungai Tangkas Bangi 2026*

Assalamualaikum

Tuan Puan sekeluarga (ahli kariah & penceramah) dijemput ke Jamuan Raya Surau An Najah TUJP pada:

18 Apr 2026 Sabtu malam selepas solat isya 9pm - 11pm di perkarangan Surau An Najah TUJP

Kehadiran Tuan Puan sekeluarga bagi memeriahkan sambutan dan mengeratkan silaturahim amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا كَثِيرا

Pengurusan Surau An Najah TUJP

"Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambungkan silaturrahim, dan solatlah di waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (Sunan Tirmidzi No. 2485, Status Hadis Hasan Sahih)

Nota kaki

1. Menu utama disediakan. Pot luck dialu-alukan

2. Harap semua ahli kariah dapat berkerjasama untuk persiapan sebelum, semasa & selepas majlis

___

*Tentatif Sambutan Raya Surau An Najah TUJP 2026 Sabtu 18 Apr 2026 9pm-11pm* (tertakluk kepada perubahan)

Pengerusi: Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood

Emcee: PM Dr Jalal & Tuan Haji Megat Azlan

1. 7.30pm solat maghrib berjamaah & solat hajat kepada semua jemaah haji

2. 8.00pm serahan sumbangan kepada bakal jemaah haji

3. 8.30pm solat isya berjamaah

4. 8.50pm ucapan aluan Pengerusi

5. 9.00pm mula jamuan raya

6. 10.30pm gotong royong kemaskan peralatan

7. 11pm majlis bersurai

Assalamualaikum InsyaAllah kuliah subuh esok Sabtu 4 April 2026 di Surau An Najah TUJP oleh Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmo...
03/04/2026

Assalamualaikum

InsyaAllah kuliah subuh esok Sabtu 4 April 2026 di Surau An Najah TUJP oleh Ustaz Dr Abdull Rahman Mahmood

Semua dijemput untuk menikmati taman-taman syurga

InsyaAllah sarapan pagi disediakan

*Surau An Najah TUJP*

Address

Jalan Pintar Taman Universiti
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau An Najah, Taman Universiti Jalan Pintar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category