Surau Al Ikhlas Taman Berjaya Sg. Chua Kajang

Surau Al Ikhlas Taman Berjaya Sg. Chua Kajang Surau Solat Jumaat

24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H
12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H kepada seluruh warga UPM dan umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani keperibadian mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan memperbanyakkan selawat serta menjadikan sunnah dan akhlak Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.

“MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk kita memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW, menyuburkan ukhuwah serta membentuk masyarakat yang berakhlak, penyayang dan saling menghormati.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik…”
(Surah al-Ahzab, 33:21)

💚 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

🕌 KHUTBAH JUMAAT | HAKIKAT KEPAHLAWANAN ISLAM24 Julai 2026,Alhamdulillah, Surau Al Ikhlas Taman Berjaya Sg. Chua berbesa...
24/07/2026

🕌 KHUTBAH JUMAAT | HAKIKAT KEPAHLAWANAN ISLAM

24 Julai 2026,
Alhamdulillah, Surau Al Ikhlas Taman Berjaya Sg. Chua berbesar hati menerima kehadiran Ustaz Rahimi daripada PAID Hulu Langat, yang juga merupakan Pengurus Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam, sebagai khatib bagi Solat Jumaat hari ini.

Khutbah Jumaat pada hari ini bertajuk "Hakikat Kepahlawanan Islam", yang mengingatkan kita bahawa kepahlawanan sebenar bukan sekadar keberanian di medan perjuangan, tetapi turut terserlah melalui keteguhan iman, keikhlasan berbakti, mempertahankan kebenaran serta sanggup berkorban demi agama, masyarakat dan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Rahimi atas kesudian menyampaikan khutbah serta berkongsi peringatan yang begitu bermakna kepada para jemaah. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dakwah beliau, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan dan terus istiqamah dalam menyebarkan syiar Islam.

Bagi yang ingin membaca atau memuat turun teks penuh khutbah "Hakikat Kepahlawanan Islam", ia boleh diperoleh melalui sistem e-Khutbah JAIS. Portal e-Khutbah JAIS

🤲 Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba Allah yang berani menegakkan kebenaran, ikhlas berkhidmat dan sentiasa berjuang di jalan-Nya.

14/12/2025

Address

Taman Berjaya
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Ikhlas Taman Berjaya Sg. Chua Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al Ikhlas Taman Berjaya Sg. Chua Kajang:

Shortcuts

Share