26/08/2026
MAKLUMAN KUALITI UDARA PUTRAJAYA
Dimaklumkan bahawa bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) Putrajaya setakat 26 Ogos 2026, jam 7.00 pagi adalah pada tahap:
160 – TIDAK SIHAT
Sehubungan itu, seluruh warga kariah dan masyarakat setempat dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya dengan mengurangkan aktiviti fizikal yang berat di luar rumah serta memberi perhatian kepada golongan yang lebih terdedah seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang sensitif terhadap keadaan kualiti udara.
Dalam masa yang sama, berikutan keadaan cuaca panas dan fenomena El Niño, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi, mengelakkan pendedahan berlebihan kepada panas terik serta sentiasa mengambil berat keadaan diri dan keluarga.
Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Sama-sama kita mengambil langkah berjaga-jaga demi kesejahteraan bersama.
Pesanan Khidmat Masyarakat daripada
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa
Surau Al-Ittihad