Ayuh Korban

Ayuh Korban Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ayuh Korban, Kajang.

1)AyuhKorban.com adalah satu platform mesra pengguna yang diuruskan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) untuk memudahkan tempahan korban secara atas talian dan berlandaskan syariat

Terima kasih kepada team ISMA Damansara & Komuniti Penduduk Gugusan Semarak atas kesudian membantu aktiviti korban. Syia...
14/07/2022

Terima kasih kepada team ISMA Damansara & Komuniti Penduduk Gugusan Semarak atas kesudian membantu aktiviti korban. Syiar Islam mengeratkan serta mengukuhkan ukhwah sesama Islam.

Kemeriahan suasana aktiviti korban bersama Komuniti Orang Asli Pos Kenang, Sungai Siput, Perak
14/07/2022

Kemeriahan suasana aktiviti korban bersama Komuniti Orang Asli Pos Kenang, Sungai Siput, Perak

14/07/2022

Alhamdulillah. Seramai 384 orang perserta AyuhKorban berkesempatan melaksanakan ibadah korban dengan kerjasama ISMA.

Sebanyak 45 ekor lembu & 69 ekor kambing telah disembelih oleh ahli komuniti kampung & perumahan setempat di seluruh Malaysia, termasuk di 7 buah negara luar, di Mekah, Mesir, Pakistan, Sri Lanka, Kemboja, India & Malawi.

Kesemua daging-dagin korban telah selamat diagihkan kepada penduduk komuniti, golongan asnaf & fakir miskin.

Tidak dinafikan, kami selaku pemudah-cara program AyuhKorban ini turut merasa gembira dengan kemeriahan sambutan hari raya korban tahun ini.

Terima kasih kepada semua peserta, penderma & mereka yang terlibat menjayakan program AyuhKorban tahun ini. Semoga Allah terima segala amal ibadah kita serta mengampunkan dosa kita.

Kami doakan agar kita bertemu lagi tahun hadapan. Insyallah. 🤲

"Insyallah, saya akan join lagi tahun hadapan" - Zahariah, peserta AyuhKorban bersama ISMAAlhamdulillah. Rata-rata peser...
13/07/2022

"Insyallah, saya akan join lagi tahun hadapan" - Zahariah, peserta AyuhKorban bersama ISMA

Alhamdulillah. Rata-rata peserta AyuhKorban begitu berpuas hati dengan pengedalian proses Korban bersama kami.

Kami turut berharap dapat melaksanakan syiar agama ini bersama anda semua pada tahun hadapan. Mudah-mudahan Allah redha dengan amal ibadah kita.

Amin. 🤲

Alhamdulillah Ala Kulli Haal 🤲Selesai operasi korban 61 ekor kambing di Tanah Suci, Mekah, petang semalam waktu Saudi.In...
13/07/2022

Alhamdulillah Ala Kulli Haal 🤲

Selesai operasi korban 61 ekor kambing di Tanah Suci, Mekah, petang semalam waktu Saudi.

Insyallah, kesemua daging ini akan diagihkan kepada umat Islam yang memerlukan di seluruh dunia. Semoga pengurusan ini dipermudahkan. Amin.

Alhamdulillah selesai operasi korban di Sri Lanka & Kemboja dua hari lepas. Daging-daging korban juga telah selamat diag...
13/07/2022

Alhamdulillah selesai operasi korban di Sri Lanka & Kemboja dua hari lepas. Daging-daging korban juga telah selamat diagihkan kepada masyarakat muslim disana.

Senyuman jelas terukir di wajah mereka semasa menerima daging korban ni. Betapa nikmatnya, apabila dapat menjamu daging setelah sekian lama tidak merasainya.

Saudara kita disana diuji dengan kemiskinan & tekanan hidup yang sangat berat. Kita harapkan, dengan sedikit sumbangan ini mampu meringankan beban mereka, serta menimbulkan rasa syukur terhadap rezeki yang dikongsikan bersama mereka ini.

Mudah-mudahan, Allah terima segala pengorbanan dan amal kebaikan yang kita lakukan, demi mencari keredhaan-Nya. Insyallah. 🤲

Korban Di Malaysia Lebih Afdal?Hukum laksanakan korban di luar negara adalah harus untuk daging korban diagihkan kepada ...
12/07/2022

Korban Di Malaysia Lebih Afdal?

Hukum laksanakan korban di luar negara adalah harus untuk daging korban diagihkan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira tempat termasuklah negara lain berdasarkan persidangan kali ke-66, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia bertarikh 25 November 2004.

Sungguhpun begitu, penyembelihan di tempat sendiri adalah cara yang terbaik dan lebih afdal untuk dilaksanakan kerana ianya bukan sahaja menaikkan syiar Islam tetapi merupakan salah satu cara untuk berkongsi rezeki.

Di AyuhKorban, kami memastikan setiap pengurusan & proses penyembelihan binatang korban di dalam negara adalah bersama-sama dengan komuniti penduduk setempat. Kesemua daging-daging korban akan diagihkan kepada golongan asnaf yang berdekatan.

Kami percaya, hanya dengan cara ini, kita dapat menghidupkan kembali semangat & nadi kemasyarakatan sesama muslim, disamping mengukuhkan kesatuan ummah. Insyallah.

Alhamdulillah. Selesai ibadah korban untuk tahun ini. Orang Alor Gajah & Kuala Lumpur lega proses pengendalian korban le...
12/07/2022

Alhamdulillah. Selesai ibadah korban untuk tahun ini. Orang Alor Gajah & Kuala Lumpur lega proses pengendalian korban lebih mudah bersama AyuhKorban.

“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.” (Riwayat al-Hakim)

Bagi yang tidak berkesempatan untuk berkorban tahun ini, insyallah, mari kita sama-sama tanam niat agar dapat sertai ibadah korban untuk tahun akan datang.

Korban lebih mudah & dipercayai, bersama AyuhKorban.

"Kami berkorban demi menjaga kebajikan mereka yang lebih memerlukan."IBADAH korban yang dilakukan dapat menangkis jiwa m...
12/07/2022

"Kami berkorban demi menjaga kebajikan mereka yang lebih memerlukan."

IBADAH korban yang dilakukan dapat menangkis jiwa manusia daripada sikap bakhil sekali gus melatih diri supaya sanggup berkorban dan berkongsi nikmat rezeki kurniaan ALLAH SWT demi kepentingan orang lain.

Alhamdulillah, orang kampung di Kuala Terengganu dapat menjalankan ibadah korban dengan mudah bersama AyuhKorban.

Setiap bahagian yang dikorbankan telah selamat diberikan kepada penduduk kampung sekitar Kuala Terengganu.

Terima kasih kepada semua yang menyertai ibadah korban pada tahun ini. Semoga Allah terima amal ibadah & pengorbanan kita. Insyallah.

Kemeriahan aktiviti melapah lembu di Gombak, Kuala Lumpur bersama team AyuhKorban.Ibadah Korban pada Hari Raya Aidiladha...
12/07/2022

Kemeriahan aktiviti melapah lembu di Gombak, Kuala Lumpur bersama team AyuhKorban.

Ibadah Korban pada Hari Raya Aidiladha terbukti menyatukan ahli-ahli dalam satu komuniti.

Ia tidak hanya memupuk semangat pengorbanan dalam diri, bahkan juga hubungan sesama insan dalam masyarakat selain berpeluang untuk kita berkongsi nikmat dengan orang lain.

Firman Allah yang bermaksud; “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhan mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai ber...
12/07/2022

Firman Allah yang bermaksud; “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhan mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Al Kauthar: 2)

Ibadah Korban bersama Ayuh Korban di Port Dickson & Gombak.
Terima Kasih kepada semua peserta & para budiman yang menyumbang.

Address

Kajang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ayuh Korban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Ayuh Korban:

Share