Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang

Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang Rumah Allah yang cuba menjadi satu pusat sehenti bagi segala aktiviti bermanfaat untuk komuniti Muslim khasnya dan komuniti yang lain juga amnya.

Salam semua jemaah yang dihormati sekalian, ayuhla kita berinfaqUntuk bil elektrik, pengurusan perjalanan Masjid Al-Ubud...
05/08/2026

Salam semua jemaah yang dihormati sekalian, ayuhla kita berinfaq
Untuk bil elektrik, pengurusan perjalanan Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang kita semua

Salam semua jemaah Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang  yang dikasihi Allah, hadis pada harini 21hb Safar 1448H0...
05/08/2026

Salam semua jemaah Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang yang dikasihi Allah, hadis pada harini
21hb Safar 1448H
05hb Ogos 2026

Pengajaran:

1. Kesempurnaan iman bergantung kepada sejauh mana seseorang mengasihi saudaranya. Islam memerintahkan umatnya agar sentiasa memiliki sifat saling mengasihi sesama Muslim.

2. Jika kita s**a diri kita mendapat nikmat dalam hal keagamaan, maka wajib baginya menyayangi saudara Muslim yang lain agar mendapat nikmat yang sama. Jangan sesekali kita memiliki sifat dengki dan khianat dengan nikmat yang dimiliki oleh saudara kita yang lain.

3. Ibn Hajar al-‘Asqalani menegaskan bahawa kasih sayang itu bermaksud menginginkan kebaikan dunia dan akhirat untuk saudaranya sama seperti dia inginkan untuk dirinya sendiri, bukan sekadar perkara duniawi.

4. Imam al-Ghazali menghuraikan bahawa apabila seseorang mukmin benar-benar mencintai saudaranya, dia tidak akan sanggup menzalimi, menipu, atau mengambil kesempatan atas kelemahan saudaranya. Sebaliknya, dia akan berusaha menjaga hak-hak saudaranya dan menggembirakannya.

5. Hadis ini mendidik umat Islam agar membuang sifat hasad dengki, sentiasa mendoakan kebaikan sesama Muslim, tidak iri hati terhadap kejayaan orang lain serta tidak s**a melihat orang lain gagal.

6. Ambillah iktibar kisah Aus dan Khazraj di Madinah yang mana kedua-dua kaum ini begitu taksub dan fanatik dengan kaum masing-masing namun Allah telah satukan hati mereka dengan kasih sayang dan mereka saling mencintai antara satu sama lain apabila menerima Islam. Mereka bersatu atas nama Islam dan mereka berjuang atas nama Islam.

7. Ingatlah bahawa setiap mukmin ini bersaudara. Firman Allah:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara. Oleh itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah supaya kamu mendapat rahmat” (al-Hujurat: 10)

8. Saudara kita seagama adalah tanggungjawab kita untuk membantu jika mereka memerlukan bantuan, memberi nasihat ketika mereka memerlukan nasihat, meminjamkan telinga kita untuk mendengar masalah dan kisah mereka, memberi sokongan dan dorongan kepada mereka dan akhir sekali jangan kita lupa untuk mendoakan kepada mereka kerana doa adalah senjata terbaik apatah lagi doa yang tidak diketahui oleh saudaranya sendiri.

Salam semua jemaah Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang , jemput hadir untuk kursus umrah
04/08/2026

Salam semua jemaah Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang , jemput hadir untuk kursus umrah

Salam semua jemaah hadis pada harini20hb Safar 1448H04hb Ogos 2026  Pengajaran: 1. Sifat rahmah - saling mengasihi dan m...
04/08/2026

Salam semua jemaah hadis pada harini
20hb Safar 1448H
04hb Ogos 2026


Pengajaran:

1. Sifat rahmah - saling mengasihi dan menyayangi sesama manusia adalah suatu keperluan dalam mewujudkan kehidupan yang rahmah dan berkasih sayang. Mengasihi manusia ialah antara sebab memperoleh rahmat Allah SWT.

2. Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan bahawa maksud hadis ini ialah sesiapa yang tidak menzahirkan sifat rahmah (kasih sayang, belas ihsan, simpati, tolong-menolong) terhadap orang lain, maka Allah tidak akan melimpahkan rahmat-Nya kepadanya.

3. Imam al-Nawawi menyebut bahawa sifat Rahmah dalam hadis ini bersifat umum iaitu meliputi rahmat kepada semua manusia, sama ada Muslim atau bukan Muslim, kanak-kanak, orang tua, fakir miskin, hamba, atau sesiapa sahaja.

4. Kasih sayang hendaklah diterjemahkan melalui bantuan, layanan baik dan perlindungan.

5. Menyayangi sesama manusia dengan cara menunaikan tanggungjawab yang menjadi hak orang lain yang berada di sekeliling antaranya seperti sabda Rasulullah SAW:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim 4023) Status: Hadis Sahih

6. Kasih sayang sesama manusia akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan terhindar daripada penindasan.

7. Jauhilah sifat benci, dengki, sakit hati sesama kita juga kaum dan bangsa lain. Menjaga lidah daripada menghina, mengumpat dan menyakiti juga merupakan sebahagian daripada rahmah. Jadikanlah perbezaan bangsa untuk kita saling berkenal mesra dan menyebarkan kebaikan agar kita menjadi qudwah kepada mereka.

8. Sesiapa yang tidak menyayangi orang lain, Allah tidak akan menyayanginya. Sayangilah orang lain dengan sikap prihatin terhadap orang yang berada di sekeliling tanpa mengira Muslim mahupun non Muslim juga kedudukan mereka, agar kita sentiasa disayangi.

Salam semua jemaah Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang  yang dihormati, jemput kepada yang berkelapangan
04/08/2026

Salam semua jemaah Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang yang dihormati, jemput kepada yang berkelapangan

Alhamdulillah syukur syukur syukur padamu ya Allah..van jenazah baharu yang kedua untuk Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tamb...
03/08/2026

Alhamdulillah syukur syukur syukur padamu ya Allah..van jenazah baharu yang kedua untuk Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang sudah tiba, terima kasih banyak banyak kepada penyumbang. Terima kasih sekali lagi.

Salam semua jemaah Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang  yang dikasihi Allah. Ini antara program dan aktiviti yan...
03/08/2026

Salam semua jemaah Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang yang dikasihi Allah. Ini antara program dan aktiviti yang berjalan di MAU bermula bulan MAC..masih dibuka untuk join..jemput ye semua. Sebarkan kepada yang lain.

Salam semua jemaah Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang  hadis pada harini19hb Safar 1448H03hb Ogos 2026 Pengajar...
03/08/2026

Salam semua jemaah Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang hadis pada harini
19hb Safar 1448H
03hb Ogos 2026

Pengajaran:

1. Orang yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia. Sebagai anggota masyarakat dalam sebuah negara, berusahalah menjadi orang yang paling bermanfaat.

2. Hidup bermasyarakat menuntut setiap kita cakna terhadap orang di sekeliling. Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat orang lain bahagia antaranya dengan cara meringankan kesusahan seseorang, membantu melangsaikan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya.

3. Menggembirakan hati orang lain ialah amalan yang sangat mulia di sisi Allah. Justeru setiap Muslim hendaklah peka terhadap kesusahan orang lain dan tidak bersikap mementingkan diri.

4. Realiti hidup pada masa kini ada yang terkesan dengan pelbagai masalah antaranya kemiskinan, penyakit, masalah pekerjaan juga keluarga. Orang yang prihatin akan sentiasa menghulurkan bantuan bagi memenuhi keperluan serta meringankan kesusahan orang lain.

5. Rasulullah SAW menegaskan bahawa, ia berjalan untuk membantu memenuhi keperluan seorang saudara Muslim lebih Baginda s**ai daripada beriktikaf di Masjid Nabawi selama sebulan, yang menunjukkan betapa tingginya nilai khidmat kepada manusia apabila dilakukan dengan ikhlas kerana Allah.

6. Hadis ini menjadi asas penting dalam pembinaan masyarakat yang berteraskan rahmah, ukhuwah, kebajikan dan tanggungjawab sosial, selaras dengan maqasid syariah yang bertujuan memelihara kemaslahatan manusia di dunia dan akhirat.

7. Marilah kita menjadi orang yang bermanfaat dengan sentiasa berusaha mewujudkan masyarakat dan negara yang bersatu padu dan diredhai Allah. Berusahalah kita menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain. Keberadaan kita dalam organisasi, masyarakat dan negara amat dirasai manfaat kebaikannya.

Salam semua jemaah yang dihormati sekalian..silaturahim terbina di rumah Allah
02/08/2026

Salam semua jemaah yang dihormati sekalian..silaturahim terbina di rumah Allah

Salam semua jemaah Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang  hadis pada harini18hb Safar 1448H02hb Ogos 2026 Pengajar...
02/08/2026

Salam semua jemaah Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang hadis pada harini
18hb Safar 1448H
02hb Ogos 2026

Pengajaran:

1. Islam adalah agama rahmah. Rahmah bermaksud lembut hati terhadap seseorang, memberi kasih sayang, belas ihsan, santun dan simpati (al-Mu’jam al’Arabiy al-Asasiy, 1989)

2. Memiliki sifat rahmah dengan berkasih sayang sesama Muslim adalah tanda kesempurnaan iman seseorang.

3. Sifat rahmah berkasih sayang bukan hanya sesama Muslim malah juga kepada seluruh manusia termasuk yang bukan Islam serta makhluk alam yang lain seperti binatang dan tumbuhan.

4. Kasih sayang hendaklah dizahirkan melalui tindakan seperti menghulurkan bantuan, memaafkan, memberi nasihat, mendoakan, mengelakkan perbuatan yang menyakiti, menganiaya atau menzalimi orang lain serta menghilangkan kesusahan orang.

5. Proses ummah dijelmakan dalam peradaban Islam dari sudut kesatuan masyarakat manusia. Al-Quran mengarahkan untuk kita melakukan engagement dengan pelbagai kaum dan bangsa. Firman Allah:
يَٰأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari (sepasang manusia) lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali.” (al-Hujurat: 13)

6. Memiliki sifat rahmah kepada manusia termasuk bukan Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia adalah dituntut. Ia dilakukan dengan saling mengenali serta berusaha melakukan usaha dakwah melalui pelbagai pendekatan termasuk menunjukkan contoh terpuji serta bersifat rahmah terhadap orang lain.

7. Sifat berkasih sayang adalah fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua makhluk yang bernyawa. Bukan hanya kepada manusia tetapi juga kepada binatang. Naluri kasih sayang adalah sifat manusia seperti kasih kepada orang tua, kanak-kanak, golongan yang lemah, yang dikenali juga yang tidak dikenali.

8. Suburkanlah sifat rahmah dengan saling sayang menyayangi bukan hanya sesama Muslim malah berlaku rahmah kepada bukan Islam dalam usaha menyebarkan dakwah. Semoga sifat rahmah yang kita tunjukkan akan menjadi penyebab mereka cenderung kepada Islam.

9. Allah menyayangi orang yang menyayangi sesama makhluk. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ

“Sesungguhnya Allah hanya akan menyayangi hamba yang menyayangi (makhluk-Nya)”. (HR At-Thobrani dalam al-Mu’jam al-Kabiir Status Hadis Hasan dalam sahih Al-Jaami’ no 2377)

Bersifat rahmah kepada orang lain termasuk kawan dan lawan dengan engagement yang berterusan agar kita sentiasa teguh bersama membina negara.

Address

Jalan Tasik Tambahan 3
Kajang
68000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan Ampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category