Badal Umrah & Haji- Mutawwif Haramain

Badal Umrah & Haji- Mutawwif Haramain Menyediakan perkhidmatan BADAL UMRAH & HAJI.

𝐇𝐮𝐣𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐝𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐧𝐚𝐰𝐰𝐚𝐫𝐚𝐡 Suasana lembab, sejuk dan dingin menyelubungi Bumi Madinah hari ini.Alhamdulillah.. semog...
11/01/2022

𝐇𝐮𝐣𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐝𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐧𝐚𝐰𝐰𝐚𝐫𝐚𝐡

Suasana lembab, sejuk dan dingin menyelubungi Bumi Madinah hari ini.

Alhamdulillah.. semoga warga Madinah menjalani kehidupan harian dalam penuh berkat di samping Baginda Nabi SAW.

Sollualanabi..

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

10/01/2022

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐋 𝐔𝐌𝐑𝐀𝐇?
Beberapa tempoh selepas pemergian ahli keluarga kita kembali ke alam kekal, sebagai waris, banyak sebenarnya perlu dilakukan dan kita fikirkan. 🤔
Kita sudah selesaikan urusan pengebumian. Namun masih ada yang perlu diselesaikan bagi pihak jenazah. di antaranya adalah:
💛 Urusan Akaun Bank arwah
💛 Urusan Takaful (Jika Ada)
💛 Urusan Tanah & Harta
💛 Urusan arwah dengan bekas majikan
💛 Urusan Hutang arwah (Jika ada)
Pernahkah kita terfikir tentang urusan Haji atau Umrah 🕋 si mati? 😢
Sepanjang hayat arwah pernah tak melaksanakan sekurang-kurangnya Ibadah Umrah?
Ada 3 perkara yang kita boleh lakukan untuk ahli keluarga kita yang sudah pergi.
1) Sedeqah untuk Faqir Miskin yang diniatkan atas nama arwah.
2) Melaksanakan Haji atau Umrah buat arwah 🕋
3) Doa dari anak-anak & Ahli keluarga untuk arwah
Mutawwif Haramain Sdn Bhd sebagai peneraju No 1 Perkhidmatan Badal Umrah 🕋 dari Malaysia, ingin mengajak anda dengan izin Allah S.W.T, untuk melaksanakan Ibadah Umrah buat arwah.
Ibu Ayah kita, pasti sewaktu hayatnya berkeinginan untuk melaksanakan Umrah sekerap yang mungkin. Haruslah kita sebagai waris, kita niatkan dalam diri kita dan ahli keluarga kita "Setahun sekali akan aku tunaikan Badal Umrah untuk Mak, untuk Abah". 🤲🏼❤️
Inilah yang kita boleh 'hantar'kan kepada arwah Mak Ayah kita...
MashaAllah... besarnya saham akhirat Tuan-Puan, Ayah-Bonda Sekalian.
Sampai masanya nanti, bila kita sudah diizinkan, kita sendiri yang akan laksanakan Umrah buat mereka. Cuma kita tidak tahu bila. 🥺
Laksanakan Badal Umrah untuk ahli keluarga, Allah berikan sebaik-baik ganjaran untuk kita dan arwah. dengan izin Allah. 🤲🏼
Video & Gambar pelaksanaan menyebut nama arwah, Cenderahati Sijil Kayu, Air zam-zam atau Kurma Ajwa, kami berikan buat waris. 😊
Klik LINK dibawah untuk tempahan. InshaAllah,kami sedia membantu anda.
Moga Allah permudahkan urusan harian kita, dan semoga arwah ibu ayah, adik beradik dan ahli keluarga kita ditempatkan disisiNya InShaAllah. 🤲🏼❤️

𝗧𝗘𝗟𝗔𝗚𝗔 𝗜𝗭𝗜𝗞 (𝗕𝗜'𝗥 𝗜𝗭𝗜𝗞)Jika diberi peluang ke Madinah, pergilah menziarahi tapak rumah sahabat Nabi s.a.w iaitu Saidina ...
07/01/2022

𝗧𝗘𝗟𝗔𝗚𝗔 𝗜𝗭𝗜𝗞 (𝗕𝗜'𝗥 𝗜𝗭𝗜𝗞)
Jika diberi peluang ke Madinah, pergilah menziarahi tapak rumah sahabat Nabi s.a.w iaitu Saidina Kaltsum bin Hidmin r.a
Di saat hijrah Baginda SAW, telah bermalam di rumah beliau selama 4 hari ketika sampai ke Madinah dan dalam tempoh inilah Baginda SAW mula membina Masjid Quba' bersama para sahabat. Tapak rumah ini masih ada hingga ke hari ni berdekatan dgn Masjid Quba di dalam sebuah ladang kurma.
Ketika Nabi Muhammad berehat ditepi telaga ini dengan memegang setangkai Kurma, Nabi meminum air dari telaga ini. Dan airnya ketika itu masin. Apabila Nabi SAW meludah kedalamnya airnya tidak lagi masin bahkan terasa lemak pada airnya.
Nabi menamakan Izik kerana pada ketika itu Nabi memegang setangkai kurma. Yang dipanggil "Izik". Telaga asalnya yang kering tu, kemudian dialihkan airnya ke telaga yang baru.
Air dari telaga itu mengalir ke kawasan ladang kurma yg subur menghijau. Tempat ini agak jarang jemaah Malaysia datang ziarah. Dan kerajaan Arab Saudi kurang mempromosikan tempat ini.

Subhanallah. Sollu 'Alan Nabi

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد.

𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐌𝐚𝐪𝐚𝐦 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝.𝗦𝗮𝗶𝗱𝗶𝗻𝗮 𝗨𝗺𝗮𝗿 𝗕𝗶𝗻 𝗮𝗹-𝗞𝗵𝗮𝘁𝘁𝗮𝗯 𝗥𝗔 merupakan orang pertama yang ...
07/01/2022

𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐌𝐚𝐪𝐚𝐦 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝.
𝗦𝗮𝗶𝗱𝗶𝗻𝗮 𝗨𝗺𝗮𝗿 𝗕𝗶𝗻 𝗮𝗹-𝗞𝗵𝗮𝘁𝘁𝗮𝗯 𝗥𝗔 merupakan orang pertama yang melakukan perubahan terhadap rumah yang dibina oleh Rasulullah.Makam Rasulullah juga terletak di dalam rumah Aisyah.Beliau telah menggantikan pelepah tamar dengan dinding batu.Dinding itu p**a diubah oleh Abdullah bin al-Zubair RA kerana dinding yang Umar bina terlalu rendah.
𝗦𝗮𝗶𝗱𝗮𝘁𝗶𝗻𝗮 𝗔𝗶𝘀𝘆𝗮𝗵 𝗥𝗔 telah membuat dua perubahan.Beliau telah membahagikan rumah tersebut kepada dua bahagian iaitu satu bahagian dijadiakn tempat makam Rasulullah dan satu lagi dijadikan tempat kediamannya. Kemudiannya ,Saidatina Aisyah telah membina satu tembok supaya dapat menghalang perbuatan khurafat seperti mengutip debu-debu dan tanah perkuburan.
𝗨𝗺𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗔𝘇𝗶𝘇 telah membina dinding makam dengan menggunakan batu pejal yang mana warnanya hampir sama dengan warna batu pejal di Kaabah. Dinding tersebut tidak berpintu dan beratap yang berketinggian 6.5 meter. Kemudian menjadikan dinding makam kepada lima segi untuk membezakan bentuk makam. Setelah itu Sultan Qalawun as-Salihi telah membina kubah di atas makam bagi membezakan atap tempat adanya makam dengan atap masjid. Kubah tersebut terus diperbahrui dan diperkuatkan lagi. Kubah tersebut turut terkena kebakaran yang berlaku di Masjid Nabawi.
𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱 perintahkan supaya kubah tersebut dicat kepada warna hijau.Beliaulah yang pertama mengecat kubah dengan warna hijau.Kemudian cat tersebut terus menerus diperbaharui setiap kali diperlukan sehingga ke hari ini.

Struktur bangunan yang mengelilingi Maqam Nabi mempunyai empat pintu:Di situ, terdapat empat pintu yang masing-masing di...
05/01/2022

Struktur bangunan yang mengelilingi Maqam Nabi mempunyai empat pintu:

Di situ, terdapat empat pintu yang masing-masing dinamakan:
Pintu at-Taubah di kiblatnya,
Pintu ar-Raudhah di barat,
Pintu Fathimah di timur,
Pintu Tahajud di utara.

Makam Muhammad adalah makam Nabi dan Rasul iaitu Nabi Muhammad SAW, ia terletak di dalam Masjid Nabawi, Saudi Arabia.

Sebelum diperluas, di situ terdapat makam Muhammad yang dulu dinamakan Masqurah. Makam baginda terletak dalam bilik baginda Bersama Aisyah. Setelah masjid ini diperluas, makam Muhammad masuk di dalam bangunan masjid dengan kubah berwarna hijau di atasnya.

Sollualanabi...

Mudah mudahan Kita sentiasa berpeluang mendapat peluang beribadah Di bumi Mekah. insyaAllah.
04/01/2022

Mudah mudahan Kita sentiasa berpeluang mendapat peluang beribadah Di bumi Mekah. insyaAllah.

💥 𝑷𝑹𝑶𝑴𝑶𝑺𝑰 𝐘𝐄𝐀𝐑 𝐄𝐍𝐃 𝐒𝐀𝐋𝐄 ‼️ 💥2022 bakal tiba tak lama lagi, Mutawwif Haramain nak berikan sesuatu yang hebat untuk anda s...
04/01/2022

💥 𝑷𝑹𝑶𝑴𝑶𝑺𝑰 𝐘𝐄𝐀𝐑 𝐄𝐍𝐃 𝐒𝐀𝐋𝐄 ‼️ 💥
2022 bakal tiba tak lama lagi, Mutawwif Haramain nak berikan sesuatu yang hebat untuk anda semua sebelum 2021 melabuhkan tirai.
𝒀𝑬𝑺 𝑩𝒂𝒅𝒂𝒍 𝑼𝒎𝒓𝒂𝒉! - Dari awal tahun lagi merancang, kumpul duit. Dan sekarang tibalah masa yang sangat sesuai.
Tak perlu tangguh kalau nak buat kebaikan untuk orang lain. Itu kan untuk ahli keluarga kita juga? Kalau dah laksanakan pun, boleh buat lagi, sebab Badal Umrah ni boleh dilaksanakan setiap hari.
𝐾𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑠𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑙𝑎𝑔𝑖?
𝒀𝑬𝑺 𝑨𝒒𝒊𝒒𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒌𝒌𝒂𝒉!
Anak kita tu dari sejak lahir kita tak buat lagi aqiqah untuk dia. Duit tabung tahunan dia tu pun dah cukup dah. Ini Sunat Muakkad, dah mampu kena lah kita sebagai ibu bapa ni laksanakan. Yang Nenek & Atuk pun boleh buatkan untuk cucu taw, takda masalah.
Kalau bukan sekarang bila lagi?
𝐾𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑠𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑙𝑎𝑔𝑖?
Betul jugak kan apa yang dikatakan kat atas ni....
Hmm...
OK LAH!
𝑵𝒂𝒌 𝒀𝑬𝑺 𝑩𝒂𝒅𝒂𝒍 𝑼𝒎𝒓𝒂𝒉...!
Istimewa untuk akhir tahun 2021, hanya RM569 untuk 1 pendaftaran Badal Umrah. ada apa yang kurang ke dari pakej asal?
TAKKK! macam mana yang pakej RM599, macam tu juga lah anda akan dapat untuk promosi kali ini!
𝐵𝑒𝑟𝑏𝑎𝑙𝑜𝑖 𝑇𝑎𝑤!!
𝑵𝒂𝒌 𝒀𝑬𝑺 𝑨𝒒𝒊𝒒𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒌𝒌𝒂𝒉...!
Pelaksanaan Aqiqah istimewa untuk promosi kali ini, hanya dengan RM439 sahaja untuk 1 ekor. Bukti pelaksanaan dan gift yang best sangat.
Harga asal RM499 taw.., jimat RM60! Aqiqah by Chukoq ni memang dah dipercayai, dah banyak testimoni dari pelanggan.
Jimat sangat ni..
𝐵𝑒𝑟𝑏𝑎𝑙𝑜𝑖 𝑇𝑎𝑤!
Inikan untuk Ahli Keluarga kita juga, 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝑩𝒖𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒊𝒕𝒂 𝑺𝒊𝒂𝒑𝒂 𝑳𝒂𝒈𝒊?
Jom hubungi kami untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan & maklumat lanjut.
Kami di Mutawwif Haramain Sdn Bhd akan uruskan segalanya.
Serahkan semuanya kepada kami.

04/01/2022

BISMILLAH

Address

Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badal Umrah & Haji- Mutawwif Haramain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share