Surau An Nur Ivory

Surau An Nur Ivory Rumah Allah

21/06/2022

"Dan diantara rahmatNya,Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang,supaya kamu berehat padaNya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaanNya dan supaya kamu bersyukur"
~Surah Al-Qasas:73~

JANGAN TERTIPUJangan tertipu oleh ibadah yang banyak, kerana Iblis yang paling banyak beribadat pun kufur setelah beriba...
21/06/2022

JANGAN TERTIPU

Jangan tertipu oleh ibadah yang banyak, kerana Iblis yang paling banyak beribadat pun kufur setelah beribadah selama ribuan tahun...

Jangan tertipu dengan masa, kerana berapa ramai di antara kita yang mati sebelum sempat melangsungkan taubat....

Jangan tertipu dengan ilmu yang banyak, kerana Bal'am Bin Baurah yang memegang pelbagai kelebihan dalam ilmu sehingga segala doanya sangat mustajab (doanya menyebabkan Nabi Allah Musa A.S tersesat selama 40 tahun di Semenanjung Sinai) tercabut keimanannya...

Jangan tertipu dengan kehebatan di sisi para ulama, kerana Abu Jahal yang bersama manusia paling mulia di sisi Allah, Muhammad s.a.w juga tidak menjadikannya seorang beriman....

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu. Dan itulah kemenangan yang besar.” [At taubah (9), Ayat 111]

-Muhasabah diri-

Selamat mengerjakan Solat Jumaat buat semua ayah².. abg² dan adik² Ivory. Semoga Allah menerima segala ibadah dan amalan...
21/01/2022

Selamat mengerjakan Solat Jumaat buat semua ayah².. abg² dan adik² Ivory. Semoga Allah menerima segala ibadah dan amalan kita semua. Aamiin Ya Mujib

17/01/2022

Bismillah..
4 keadaan aurat lelaki
5 keadaan aurat perempuan
InsyaAllah jom kita pakat share agar dapat di manfaat oleh hamba Allah yg lain

17/01/2022

Iman kita naik turun... Kenapa ya 🤔
InsyaAllah jom pakat share agar dapat di manfaat oleh orang lain.

SOAL JAWAB DENGAN USTAZAH1) Dalam keadaan *Haid* blh ka kita pi kuliah yg di buat di Surau Jumaat spt Surau Sri Saujana?...
09/01/2022

SOAL JAWAB DENGAN USTAZAH

1) Dalam keadaan *Haid* blh ka kita pi kuliah yg di buat di Surau Jumaat spt Surau Sri Saujana?
Ustazah : Boleh

2) Macam mana p**a dengan masjid..Bolehkah kita join kuliah di Masjid dalam keadaan *Haid*
Ustazah: Boleh datang tapi sebolehnya bukan duduk atas karpet. Atas tiles takpe dikhuatiri karpet terkena darah.

Jom pakat share..share..share agar dapat di manfaat oleh orang lain 😊

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISZikir Menjauhi Perkara Yang Tidak Diinginiعَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ ...
03/01/2022

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Zikir Menjauhi Perkara Yang Tidak Diingini

عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلاَةِ الفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ كُتِبَتْ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ وَكَانَ يَوْمَهُ ذَلِكَ كُلَّهُ فِي حِرْزٍ مِنْ كُلِّ مَكْرُوهٍ وَحُرِسَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَلَمْ يَنْبَغِ لِذَنْبٍ أَنْ يُدْرِكَهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ إِلاَّ الشِّرْكَ بِاللَّهِ.

Daripada Abu Dzar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata dia membaca: Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah tidak ada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan milik-Nya dan bagi-Nya seluruh pujian, Dia yang menghidupkan, serta mematikan, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu, sebanyak 10 kali, maka tercatat untuknya sepuluh kebaikan dan terhapus darinya sepuluh kesalahan serta diangkat untuknya sepuluh darjat, dan pada hari itu dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak diingini, serta terjaga dari Syaitan, begitu juga tidak layak ada dosa atasnya pada hari itu kecuali syirik kepada Allah." (HR Tirmidzi No: 3474) Status: Hassan Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim digalakkan berzikir dan berdoa selepas solat.

2. Antara zikir yang dianjurkan untuk dibaca selepas solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata yang lain adalah;

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Barang siapa membaca sebanyak 10 kali, maka:

a. Dicatat untuknya sepuluh kebaikan

b. Terhapus daripadanya sepuluh kesalahan

c. Diangkat untuknya sepuluh darjat

d. Pada hari tersebut dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak diingini

e. Terjaga dari Syaitan pada hari tersebut

f. Tidak layak ada dosa atasnya pada hari itu (terampun) kecuali dosa syirik kepada Allah

3. Orang yang membaca zikir ini selepas solat subuh sebanyak 10 kali dalam keadaan masih duduk seperti tahiyat akhir dan belum bercakap yang lain, maka akan terpelihara daripada sesuatu yang tidak diingini termasuklah pelbagai penyakit seperti virus Covid 19 juga dilindungi dari mara bahaya yang lain.

Marilah kita menjaga amalan wirid ini selepas solat fardhu subuh juga maghrib. Moga kita terhindar daripada sebarang penularan wabak penyakit juga dilindungi daripada sebarang musibah.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera






01hb Januari 2022
27hb Jamadil Awal 1443H

26/12/2021

RENUNGAN SUBUH 22 Jamadil Awal 1443 H Isnin 27/12/2021
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ* *ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد* *وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ*
*AMBILLAH REZEKI YANG HALAL DAN TINGGALKAN YANG HARAM*
Rasulullah SAW bersabda:
*Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yg haram." HR Hakim- wassallam

Bismillah .. Jaga Hak Allah,Allah Jaga Kita Bukan sekadar kisah "AJAIB" banjir. Kita sama² dengar dan ambik iktibar. Pin...
25/12/2021

Bismillah .. Jaga Hak Allah,Allah Jaga Kita
Bukan sekadar kisah "AJAIB" banjir. Kita sama² dengar dan ambik iktibar. Pintu taubat Allah Ya Rahman Ya Rahim amat LUAS utk kita selagi nyawa belum sampai di kerongkong.Subhanallah.
Jom kita pakat dengar..pakat share supaya org lain juga dpt manfaat dari sharing kita,insyaAllah.

InsyaAllah jom Kita Cuba hafal & amalkanInsyaAllah senang nk hafal
15/12/2021

InsyaAllah jom Kita Cuba hafal & amalkan
InsyaAllah senang nk hafal

Address

Ivory Residence, Mutiara Heights, Prima Saujana
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau An Nur Ivory posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share