31/07/2026
💚 KEMPEN INFAQ JUMAAT - QUBA CENTER & QURRA LEARNING CENTER - JULAI 2026 💜
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang telah mengizinkan segala kebaikan buat para hamba-Nya.
Terima kasih saya ucapkan atas setiap sumbangan dan kepercayaan yg diberikan yg menjadi asbab membolehkan operasi mengaji dan dakwah Quba Center dan Qurra Learning Center dapat terus dijalankan. Juga kepada Sahabat2 Ngaji yang masih terus setia mengaji bersama kami, ribuan terima kasih diucapkan buat Tuan/Puan semua.
Izinkan saya bentangkan kpd Tuan/Puan kos tajaan mengaji dan sewa yang diperlukan bagi bulan Julai 2026.
Kos perbelanjaan:
* Kos mengaji 18 orang peserta tajaan = RM 950 (4 peserta telah ada penaja tetap)
* Sewa bulanan = RM 1,200
*Jumlah perbelanjaan diperlukan = RM 2,150*
Jumlah pendapatan infaq Qurra dari 27 Jun 2026 hingga 30 Julai 2026:
Transfer ke Akaun Qurra = RM 133
Hasil kutipan Tabung cash = RM 168
*Jumlah Pendapatan = RM 301*
Perbelanjaan - Pendapatan
*Total jumlah yang kekurangan = RM 1,849*
Sumbangan boleh dimasukkan dalam akaun berikut:
Nama akaun: QURRA LEARNING CENTER
No akaun : 5622 6360 7616
Nama bank : Maybank
Tuliskan ref rujukan : infaqtajaan atau infaqoperasi
Dengan ini saya membuka peluang berkongsi kebaikan dan pelaburan di dalam saham akhirat ini dengan Tuan/Puan, untuk sama-sama mengambil kesempatan pada malam Jumaat yg mulia ini, untuk menyumbang seikhlas hati menampung dana yg diperlukan bagi tajaan mengaji dan kos operasi bulan ini.
Peluang infaq ini dibuka sepanjang hari ini sehingga jam 12 malam esok 31 Julai 2026 atau sehingga jumlah yang kekurangan mencukupi (yg mana datang dahulu). Apabila cukup jumlahnya saya akan maklumkan.
Diharap Tuan/Puan dapat bantu share kepada group sahabat2 yang lain untuk memaksimakan sumbangan yg dapat kita sampaikan.
Terima kasih pada semua. Semoga setiap yang bersama mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Baik para guru, para pelajar, para penyumbang, para pembantu, para ahli khidmat, para penyokong, para pencinta, yang bantu share, juga yang sentiasa mendoakan kebaikan buat kami, diberi kerahmatan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Amin..
Jazakumullahu khayral jaza'..
Ustazah Nur Atikah Abdullah
_Pengurus Qurra Learning Center_
Jumaah Mubarakah
30 Julai 2026
15 Safar 1448