Surau Al- Ikmal Taman Semarak

Surau Al- Ikmal Taman Semarak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Al- Ikmal Taman Semarak, Mosque, Kajang.

- Alhamdulillah, Hari Jumaat hari ini kita masih di berikan nikmat menghirup udara – Hari Jumaat hari penuh keberkatan d...
03/07/2026

- Alhamdulillah, Hari Jumaat hari ini kita masih di berikan nikmat menghirup udara – Hari Jumaat hari penuh keberkatan dan peluang untuk kita gandakan amalan.

🤲 Marilah sama-sama menyumbang melalui infaq Jumaat di Surau Al-Ikmal.

✨ “Sedekah itu tidak akan mengurangi harta, bahkan menambah keberkatan.” ✨

Semoga setiap infaq menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah.

Aidiladha Di Surau Al-Ikmal Yang LepasAlhamdulillah, segala puji bagi Allah atas kelancaran sambutan Aidiladha di surau ...
27/06/2026

Aidiladha Di Surau Al-Ikmal Yang Lepas

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas kelancaran sambutan Aidiladha di surau kami:
🕌 Solat Sunat Aidiladha
🥘 Sedikit jamuan pagi
🐄 Korban 2 ekor lembu

Terima kasih kepada semua jemaah dan sukarelawan yang terlibat. Semoga amalan kita diterima Allah dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

✨ Aidiladha, tanda pengorbanan dan kesyukuran. ✨

🌙 Infaq Jumaat di Surau Al-Ikmal 🌙Alhamdulillah, hari Jumaat adalah penghulu segala hari – peluang terbaik untuk kita ga...
26/06/2026

🌙 Infaq Jumaat di Surau Al-Ikmal 🌙

Alhamdulillah, hari Jumaat adalah penghulu segala hari – peluang terbaik untuk kita gandakan amalan dan bersedekah.

✨ “Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji.” (Al-Baqarah: 261) ✨

Marilah sama-sama menyumbang melalui infaq Jumaat di Surau Al-Ikmal bagi menyokong aktiviti surau, kebajikan jemaah dan pembangunan komuniti setempat.

🤲 Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah.

Program Khidmat Komuniti AF TVET Academy di Surau Al-Ikmal Pada Pagi Tadi Jam 9.00pagi 24/6/2026Alhamdulillah, Surau Al-...
24/06/2026

Program Khidmat Komuniti AF TVET Academy di Surau Al-Ikmal Pada Pagi Tadi Jam 9.00pagi 24/6/2026

Alhamdulillah, Surau Al-Ikmal telah menjadi lokasi bagi program khidmat komuniti yang dianjurkan oleh AF TVET Academy.

Tujuan utama program ini daripada AF TVET Academy adalah untuk:
✅ Memupuk semangat kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap masyarakat.
✅ Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan pelajar.
✅ Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan.
✅ Membina hubungan yang baik antara institusi latihan dan komuniti setempat.

Terima kasih diucapkan kepada pihak AF TVET Academy serta semua yang terlibat. Semoga usaha ini memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat dan menjadi amal jariah buat semua.

✨ “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.” ✨

Pengumuman Solat Sunat Aidilfitri InsyaAllah, solat sunat Aidilfitri akan diadakan pada pagi 1 Syawal di Surau Al-Ikmal....
19/03/2026

Pengumuman Solat Sunat Aidilfitri

InsyaAllah, solat sunat Aidilfitri akan diadakan pada pagi 1 Syawal di Surau Al-Ikmal.

Jemput semua jemaah hadir bersama-sama meraikan hari kemenangan dengan penuh kesyukuran.

Mohon hadir awal untuk sama-sama bertakbir raya sebelum solat bermula.

Syukr Alhamdulillah..Program Iftar Perdana Surau Al-Ikmal telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada 12 Mac 2026.Ter...
16/03/2026

Syukr Alhamdulillah..

Program Iftar Perdana Surau Al-Ikmal telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada 12 Mac 2026.

Terima kasih kepada semua jemaah dan penyumbang yang hadir serta bersama-sama memeriahkan majlis ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diberkati Allah SWT.

Alhamdulillah, Majlis Khatam al-Quran Surau Al-Ikmal telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada 10 Mac 2026 lepas.Te...
12/03/2026

Alhamdulillah, Majlis Khatam al-Quran Surau Al-Ikmal telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada 10 Mac 2026 lepas.

Terima kasih kepada semua ahli kariah yang hadir memeriahkan majlis ini. Semoga amalan membaca dan menghayati al-Quran terus subur dalam kehidupan kita.

"Jadikan al-Quran sebagai sahabat, cahaya dan penunjuk jalan."

Throwback Gotong-Royong Surau Al-IkmalPada 17 Februari 2026, Surau Al-Ikmal telah mengadakan program gotong-royong bersa...
07/03/2026

Throwback Gotong-Royong Surau Al-Ikmal

Pada 17 Februari 2026, Surau Al-Ikmal telah mengadakan program gotong-royong bersama jemaah dan penduduk setempat.

Alhamdulillah, suasana penuh semangat dan ukhuwah dapat dirasai apabila semua berganding bahu membersihkan kawasan surau serta memperindahkan persekitaran.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbang tenaga. Semoga usaha kecil ini menjadi amal jariah yang berpanjangan.

PELUANG MASIH TERBUKA🌙 Rebut pahala 10 malam terakhir!Surau Al-Ikmal membuka peluang infaq moreh bagi menghidupkan malam...
06/03/2026

PELUANG MASIH TERBUKA
🌙 Rebut pahala 10 malam terakhir!

Surau Al-Ikmal membuka peluang infaq moreh bagi menghidupkan malam Ramadhan yang penuh keberkatan.
-
Setiap sumbangan menjadi santapan jemaah selepas tarawih dan pahala yang berpanjangan di sisi Allah SWT.

Masih ada slot kosong lagi peluang Infaq Juadah Berbuka & Moreh di Surau Al-Ikmal-Mari bersama-sama menyumbang infaq ber...
16/02/2026

Masih ada slot kosong lagi peluang Infaq Juadah Berbuka & Moreh di Surau Al-Ikmal
-
Mari bersama-sama menyumbang infaq berbuka & moreh.
-
Klik pautan ini untuk tempahan infaq:
https://tinyurl.com/47zybpxd

Address

Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al- Ikmal Taman Semarak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category